Skip to main content

Jemaah PAS tiada deria maruah ke?

Oleh : AdukaTaruna

Wawancara Mat Sabu (seperti di bawah ini) telah wa hantar sebagai thread di tranungkite dan utaraonline. Menggunakan tajuk yang sama dengan blog wa ni.

Dan sekali lagi thread berkenaan telah dipadam di kedua web berkenaan. Malah wa telah diban buat sekian kalinya di TKO. Wa tidak menghantar di ruangan artikel mereka kerana professional dengan garis panduan mereka, tetapi wa menghantar di bahagian forum.

Dalam kelantangan mereka menuding jari ke arah kerajaan di zaman Mahathir, nampaknya mereka terbukti menggunakan standard Mahathir apabila terkena batang hidung sendiri. Persoalannya, adakah mereka semua, satu jemaah PAS, tidak berasa segan atau bermaruah? Pelik.

1. Mereka satu jemaah besar, manakala wa hanya individu. Tidak segankah mereka menggunakan kaedah ‘ISA’ berhadapan dengan individu?

2. Mereka terdiri dari golongan yang mendabik menjunjung Quran dan sunnah. Sepatutnya sebarang ‘idea sesat’ tidak boleh menumbangkan golongan ahli sunnah wal jemaah. Tidak segankah mereka? Tiada maruahkah? Pelik.

Jadi, di mana maruah jemaah PAS? Dan apakah ketetapan PAS sebenarnya dalam standard pertembungan falsafah dan idealogi? Pelik. Tiada sebutir perasaan malu.

Comments

  1. Bila aku dengar perwakilan Dewan Ulama dan beberapa perwakilan lain yang dipanggil Ustaz atau berlakun jadi Ustaz dalam muktamar PAS baru-baru ini, aku pun berkata dalam hati:

    "Bodohnya! Macam mana nak memerintah!"

    Di mana ulama cerdik seperti Allahyarham Ustaz Fadzil Noor...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.