Skip to main content

Islam sempit giler…

Oleh : AdukaTaruna

Hari ni wa nak lepaskan rasa hati wa terhadap pengamal dan pendakwa penjaga Islam. Ukuran sempit yang digunapakai bertahun-tahun lamanya. Sedangkan ulama mazhab berijtihad di zaman mereka (bukan zaman sekarang), malah ada yang meminta membatalkan sekiranya terjumpa yang lebih kukuh. Dan pelbagai lagi tafsiran sempit tahap melampau ulama-ulama ni yang menyusahkan Islam itu sendiri.

Helmet vs serban.

Ntah malaun mana yang mengatakan serban lebih utama dari helmet ketika menunggang motosikal, wa pun tak tau. Al-Quran suruh jangan campakkan diri ke arah kebinasaan. Kalau pemalas nak pakai serban semula lepas pakai helmet, cakaplah terus-terang. Janganlah kotori Islam itu. Takpayah guna motor lagi senang, guna unta. Sunnah original nabi. Tak nak pulak. Pemalas!

Bila jadi macam ni, bukankah mendatangkan fitnah kepada Islam? Akhirnya penganut Islam yang sempit gile menyebabkan ke-praktikal-an Islam itu hilang. Menyondol buta dengan Mazhab Shafie. Bukannya dia nabi, dia ulama di zamannya. Kalau dia hidup sekarang, wa rasa banyak yang dia mansuhkan.

Pembesar suara.

Kalau duduk kat kawasan majority bukan Islam, hormatilah. Bukan bermakna Islam itu tunduk kepada mereka, tetapi itulah keindahan Islam. Soal aikidah dia dengan Allah adalah urusan Allah. Soal hubungan manusia jer yang kita campur. Dakwah, bergaul, membantu dan sebagainya. Kalau yang jenis perang, baru perang. Ikut standard dia ma.

Jadi, kalau time azan, barulah guna pembesar suara. Kalau setakat nak pasang keset mengaji, untuk apa? Baik korang yang mengaji. Pasti ke dapat pahala pasang keset ngaji, memekak sehingga menimbulkan fitnah kepada Islam? Kalau bahasa yang diorang faham, logic la jugak. Kalau korang sendiri yang mengaji, pun logic la juga. Ini pasang keset. Pemalas cakap jer la pemalas.

Islam Melayu.

Orang lain bawa Islam tu, nampak indahnya. Kat barat tu, walau disekat, berkembang dengan pesat. Nabi bawa sampai seluruh Arab terima Islam. Cina bawa puluh juta peluk Islam. India bawa merata yang peluk. Sampai Melayu bawa, dah beratus tahun, Islam masih setengah populasi kat Malaysia ni ha. Masih secoit ni jer. Ikut anak la. Kalau musim ramai, ramai la muslim. Kalu musim sikit, sikit la balik.

Dengan jumud ala UMNO lagi, dengan jumud ala PAS lagi. Kerja diorang.. nak melenting jer. Takmo ikut standard langsung.

Comments

  1. hehehe

    bahasa dgn TGHH 'Aku-Kau' pun dikira biadap ker...???
    dah macam yg Allahyarahm Sheikh Ahmed Deedat sendiri kabo dulu, 'Malay are Racist, and proud of their race'...kalau boleh semua nak di'melayu'kan...baik Melayu kat M'sia, Indon, Africa Selatan, sama jer...

    ReplyDelete
  2. wa teringat mase dolu2..wa naik teksi nk blk rumah dari bandar..huhu..teksi nie pemandu dier cine..dier citer ler..cam2 ..biasa la pemandu teksi..pastu sentuh tentang org melayu..die citer pasal islam..die kata org melayu mesia nie ingat depa jer ker yg islam..huhu..dier pon ader ckp kat negara China tue pon ramai org islam lebih ramai dari org islam kat mesia nie..huhu..tue ler susah bile islam dimelayukn...
    org cine yg nk kenal islam kat mesia nie susah ler.. byk sgt memelayukan islam..hehhe..

    ReplyDelete
  3. Tu la bro apakes. Kau aku dengan TGHA pun dah kire berdosa? Tak ke bengap tahap power rangers pink colour tu.

    Kalau wa, wa-lu jer dengan dia. Syurga bukan bawah tapak kaki dia. Janji respek dah la. Panggil Dato ke, Tuan Guru ke, lebih baik. Tapi kalau kau-aku dah hukum berdosa, kepala paip die. Hahaha..

    Bukan wa bantah sangat blog antihusam tu, bro. Dia nak belasah husam ke, khlaid ke, hatta ke, silakan. Memang wa galakkan, walau wa sokong golongan husam ni.

    Takleh kena belasah, duduk rumah. Jangan jadi pemimpin. Diorang mesti ada keupayaan menjelaskan keadaan / meredakan keadaan, baru leh manage negara ma.

    ReplyDelete
  4. kalo camnih kan, sok lusa mesti ada orang jual serban-ready-to-use.. jual yg siap lilit... hahaha.. memudahkan org2 yg pakai serban. senang nak dipakai mcm helmet jek

    ReplyDelete
  5. haha.. xpon helmet ala serban. haha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...