Skip to main content

Sapa-sapa blogger nyamuk, baca sini jap…

Oleh : AdukaTaruna

Sapa-sapa yang rasa diri mereka blogger nyamuk macam wa, minta baca benda alah ni jap. Hehe. Blogger cicak (pemakan nyamuk) tak payah kot. Hahaha.

Begini, nyamuk-nyamuk sekalian. Masing-masing mempunyai idealogi dan impian yang berbeza. Wa dah lama isytihar yang wa beridealogi Islamic State. Terus terang ni. Walau apa pun idealogi nyamuk2 sekalian, tetapi kini kita berada dalam satu perjalanan yang sama. Nanti, bila dah sampai di persimpangan, kita fight la dengan sihat, gentlemen, dewasa lagi hensem. Sebelum sampai di persimpangan, kita berada di jalan yang sama.

Ok. Wa terus terang. Tidak kira apa idealogi korang, semua mahu UMNO ditewaskan. Semua mahu Malaysia yang baru. Wa cadangkan kita bersama, bersatu dalam perjalanan yang ini. Bersatu bagaimana?

Yakni bersatu menggagalkan golongan yang mengganggu perjalananan kita semua. Kita hisap darah mereka sampai habis. Aku suntik kuman denggi, kau suntik malaria, ekau pulak suntik Chikungunya. Muahahaha. Takder la.. gurau jer. Camni.

Ada 3 orang striker UMNO dalam mengganggu perjalanan kita ni. Beliau ialah :

1. Mustapha Ali (Master Mind)
2. Hadi Awang (Pak Turut 1)
3. Nasha Mat Isa (Pak Turut 2)

Apa yang boleh dilakukan oleh sekumpulan nyamuk?

Sebagai nyamuk, kita tak banyak pilihan dan kemampuan. Selain dari menyuntik kuman-virus, mungkin kita boleh :

1. Sesapa yang terer cipta logo tu, cipta la logo yang menggambarkan bahawa team blogger nyamuk seMalaysia bersatu menentang 3 makluk jumud ini. Kemudian, kita pakai di blog masing-masing.

2. Berkongsi maklumat, bahan bagi menulis artikel menampan gerak-geri 3 makhluk tersebut. Jadi, pimpinan yang lain mempunyai banyak masa dan ruang setelah kerja-kerja ‘membuang kemuncup’ ini dilakukan oleh kita.

3. Sebarang idea lain.

Jadi, sapa-sapa yang ngaku dirinya nyamuk (hahaha) dan kalau korang setuju atau ada pandangan lain, sila bagitau wa. Kat komen pon buleh, kat email pon buleh. Ni email wa :
adukataruna2008@gmail.com

Amacam? Nging…. Nging….. nging….. (sambil melibas2kan kepak)

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...