Skip to main content

Cayalah Kedah. Bravo!



Oleh :
AdukaTaruna

Nampaknya Kedah menghormati intelek pengundi mereka. Kerajaan Kedah telah menggunakan medium intelek dalam memacu sesuatu aspirasi baru dan segar untuk rakyat. Semoga selepas ini, bila kena masanya, kerajaan Kedah (PAS), melalui satu NGO yang dikenal pasti, dapat mengadakan satu seminar atau forum terbuka mengenai hudud pula. Umumkan bahawa hudud hanya untuk orang Islam secara terbuka pada ketika itu. (banyakkan forum2 sahaja dulu untuk hudud).

Dr, wa cadang, konsert terbuka 'artis bersih' dibolehkan. Tapi lepas Asar hingga 6.30 petang. Kira waktu riadah / sukan la. Waktu malam susah sket la... Anak dara tido hotel plak kang.

Cayalah Kedah. Satu pendekatan yang mesra dan first class. Kalo Ostad Fadhil ado, mosti banggo punyo.

Kedah bincang gubal garis panduan hiburan.

(sumber Malaysiakini)

Kerajaan PAS Kedah akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak untuk menggubal garis panduan hiburan di negeri berkenaan, kata exco kebudayaan negeri Dr Hamdan Mohamed Khalib.

“Kita mungkin mengadakan konvensyen atau seminar untuk membincangkan perkara ini,” kata Dr Hamdan.

Beliau berkata, garis panduan itu akan memfokuskan kepada kawalan penonton melibatkan masa persembahan dan pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.

Sebagai contoh, beliau berkata, semua persembahan hendaklah bermula selepas waktu solat Maghrib dan Isyak.

(Dr, wa cadang, konsert terbuka 'artis bersih' dibolehkan. Tapi lepas Asar hingga 6.30 petang. Kira waktu riadah / sukan la. Waktu malam susah sket la... Anak dara tido hotel plak kang)

Minggu lalu, Exco kerajaan negeri, Dr Ismail Salleh dilaporkan berkata, kerajaan Kedah mengharamkan sepenuhnya persembahan konsert di tempat terbuka.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata, 100 peratus penyanyi wanita turut dilarang membuat persembahan terbuka di negeri itu atas alasan “suara wanita adalah aurat”.

Dr Hamdan yang bertanggungjawab terhadap belia, sukan, kesenian, warisan dan kebudayaan negeri berkata, garis panduan itu dibuat kerana kerajaan risaukan “faktor selepas konsert” yang boleh mendorong ke arah peningkatan masalah sosial di negeri itu.

Menurutnya, beliau bimbangkan kerana kini terdapat pelbagai jenis aliran muzik dengan pelbagai imej negatif seperti 'black metal' dan 'gothik' di negeri itu.

Perbincangan itu akan dikelolakan oleh Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian Negeri - unit di bawah kerajaan negeri yang turut dipengerusikannya - yang dianggotai lebih 30 ahli daripada pelbagai bidang, termasuk pentadbir dan penggiat budaya.

Surat Karyawan

Beliau menjangka, sebelum hujung tahun ini, garis panduan itu akan selesai dirangka sebelum dibawa kepada mesyuarat exco kerajaan negeri untuk kelulusan dan penguatkuasaan.

Dr Hamdan berkata, garis panduan itu akan dirangka berdasarkan penelitian semula panduan hiburan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pendekatan hiburan di negeri Kelantan - sebuah lagi negeri sebuah lagi negeri yang ditadbir PAS sejak tahun 1990.

Menurutnya lagi, garis panduan Jakim yang sedia ada perlu diteliti semula kerana terdapat beberapa bahagian yang bersifat terlalu umum dan terbuka terhadap pelbagai tafsiran.

“Contohnya kalau sebut tarian yang lenggoknya menghairahkan adalah dilarang. Bagi setengah orang, mungkin tidak ghairah, sesetengah yang lain, lain pula pendapat," kata beliau.

Mengenai surat yang dihantar oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) kepada Menteri Besar, Azizan Razak, menggesa supaya kerajaan negeri memperhalusi semula keputusan tersebut, Dr Hamdan berkata: “Saya tidak tahu, saya belum lihat surat itu.”

Dalam surat yang dihantar Khamis lalu itu, Karyawan juga memohon untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri mengenai perkara tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...