Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Tanah Tumpah Darah

Klik untuk gambar besar

Berkhalwat di PUTIK

[1] Oleh kerana panasnya isu salun, maka isu khalwat bukan Islam disaman MPKB turut menjadi perhatian. Gua menjelaskan kepada rakan2 bukan Islam bahawa sama ada muslim atau bukan muslim, kalau berkelakuan sumbang di tempat awam, maka mereka itu melanggar hak asasi kanak2 yang melihat. Keluarga yang beriadah. Bukan muslim boleh berkhalwat di tempat persendirian. Bukan di tempat awam. Tiada pencegah maksiat yang akan mendenda mereka. [2] Pasangan khalwat selalunya didenda di tepi jalan airport Pengkalan Chepa. Menariknya di sini, tepi jalan tepi pagar airport sudah menjadi tempat riadah keluarga pada waktu petang dan selepas magrib. Selain diambil alih oleh remaja di larut malam. Tempat ini sangat bahaya bagi kanak2 terutamanya. Sempit. Selekoh. Hanya ada satu wakaf sahaja. Ramai yang berkelah tepi jalan di antara kereta.  Peniaga kecil menambah kesempitan ruang riadah. [3] Gua tak sure kerajaan negeri Kelantan tiada duit atau tiada idea. Tapi alangkah baiknya jika dibina jejanta

Cerita sebenar di sebalik tabir HKR

[1] Dalam keadaan normal (kumpulan kecil), solidariti tanpa bantuan parti politik tidak mengubah apa2. Tetapi dalam keadaan kemuncak (kumpulan menjadi besar), solidari mengundang parti politik untuk menuai hasil perubahan. Begitulah solidariti BERSIH, ANAK, Stop Lynas dan ROYALTI. Kumpulan ini membesar sehingga pimpinan politik yang ikhlas bergabung dengan aktivis otai untuk membentuk satu gerakan yang mencantumkan kumpulan solidariti yang besar ini. Ianya di namakan Seketariat HKR Malaysia. Himpunan Kebangkitan Rakyat. Menjana rakyat Malaysia ke perhimpunan terbesar sejak merdeka. KL112. [2] Untuk setup road show di setiap negeri, HKR Malaysia memerlukan jentera parti politik negeri. Tenaga manusia, kewangan dan sebagainya. Permulaan HKR peringkat negeri ialah Seremban. N9. Objektifnya, tuntutan rakyat diberikan platform untuk setiap negeri. Menggunakan kekuatan pengaruh pimpinan utama parti politik bagi mendapatkan audien. Di Seremban, setiap tuntutan rakyat diberikan 10-15 mi

Isu MPKB vs non muslim

Oleh : AdukaTaruna Ini adalah rentetan yang berlaku dalam N3 sebelum ini. Penguasa salon terbabit telah menjemput gua untuk menyiasat sendiri. Siasatan awal mendapati, peraturan MPKB untuk kedai gunting rambut jelas tidak menganiaya bukan Islam. Syarat no 10 menyatakan, pekerja wanita dilarang menggunting rambut lelaki, atau sebaliknya, SEKIRANYA salah seorang atau kedua-duanya muslim dan bukan muhrim. Ini bermakna, tidak menjadi kesalahan sekiranya wanita bukan muslim gunting rambut lelaki bukan muslim. Kekeckhan dunia non muslim Kelantan terjadi apabila penguatkuasa MPKB telah menyaman tokey salon kerana wanita bukan Islam gunting rambut lelaki bulan Islam. Dalam surat saman itu ditulis kesalahan wanita menggunting rambut lelaki. Ketika soal jawab dengan penguatkuasa, maka timbullah dakwaan peraturan seperti yang En Lau dakwa. Sebenarnya penguatkuasa MPKB tersebut yang melanggar undang-undang yang disediakan MPKB sendiri. Berkenaan dengan isu tiada lesen, memang pr

Projek Langgar TGNA

Oleh : AdukaTaruna [1] Selepas kes Langgar TGHA di Rusila dulu, gua dihubungi oleh beberapa media perdana. Gua enggan. Kerana tidak mahu isu itu dinilai oleh audien media perdana. Gua hanya mahu isu itu dinilai oleh audien internet. Selepas menolaknya, gua dihubungi oleh sekumpulan manusia. Merundingkan harga (cecah juta beb) jika gua buat Projek Langgar TGNA di Pulau Melaka. Mereka kasi gua senarai isu yang gua boleh pilih sendiri. Mereka kasi gua perlindungan politik. Mereka kasi gua peguam, polis dan media. Ketika itu gua hanya maklumkan kepada sahabat. Tidak dikongsi dalam blog. Kerana tidak mahu dilihat koya. Poyo. Berlebih2an dalam isu langgar TGHA. [2] Hari ini gua dihubungi (tag) oleh Lau Chit Fang. Mengenai isu salon rambut KB Mall. Isu ini sangat melukakan orang bukan Islam. Dan isu ini bukan isu agama atau bangsa. Tetapi isu hak seorang bukan Islam. Salon rambut A di KB Mall ini gagal mendapatkan lesen perniagaan. Tetapi beroperasi selama 2 tahun atas sistem bay

Bashar lebih jahat dari Mahathir

Perbualan dengan sahabat mengingatkan gua satu lagi perbualan yang lain. Gua ditanya mengenai sebahagian pendapat mengatakan Bashar adalah benar. Gua katakan Bashar lebih jahat dari Mahathir. Member gua seakan melenting. Pertama gua katakan Bashar lebih jahat. Kedua gua katakan Mahathir lebih baik. Gua percaya kalau Mahathir itu adalah Bashar, sebelum rakyatnya memberontak sehingga angkat senjata. Sehingga mengundang peluang kuasa asing campur tangan; sudah pasti beliau akan melaksanakan peralihan kuasa. Walaupun Bashar boleh melaksanakan peralihan kuasa ke bonekanya yg fresh, kenapa dia enggan? Perapa peratus pertumpahan sesama rakyat reda kalau Bashar letak jawatan? Berapa peratus peluang tangan asing tertutup kalau Bashar menyerahkan kuasanya walau secara boneka? Perkara ini telah pun dicadangkan oleh Erdogan Turki. Tetapi di sinilah manusia IQ bangang tak nampak logik Bashar adalah penjahat yang gila kuasa. Memang kita tidak tahu perkara sebenar. Muhammad saw pun melalui tak

Dating pada 17/11/12 ni

Ini adalah maruah dan sistem.

Ingatlah wahai anak. Hasil bumi itu perlu melalui kerajaan negeri yang dipilih rakyat. Supaya kerajaan yang uruskan duit hasil bumi itu terpaksa melalui perbahasan dewan. Dan terpaksa menerima penolakan rakyat apabila salah urus. Ianya seperti air Selangor. Sudah diserah kepada pusat. Apabila air Selangor disalah urus, rakyat Selangor terpaksa lawan pusat. Peringkat Malaysia. Tiada peluang mengajar kerajaan peringkat negeri. Sahabat dan anak semua. Ini adalah berkenaan maruah dan sistem.

Video peribadi

Warna-warni Himpunan Tuntutan Rakyat. Seremban.

Antara yang menziarahi gua di gerai adalah Edyes, Saufi, Azizi. Geng SAMM. Selain itu Otai Manjung, Milo Suam, Akob Project, Abu Jementah, pendengar Radio Budu, rakan2 facebook, Presiden Persatuan Anak kelantan N9 dan pekerja2 Petronas. Abu Nawas tak datang gerai gua. Mengikut maklumat dalaman, beliau masih segan ekoran tewas bola api dengan team Kelantan di Janda Baik hari tu. Manjung Mari plak tak berani keluar kereta sebab hujan. Kaki dia ada besi. Ceh.. Kaki gua pun ada besi, bro... Antara baju cetak rompak yang ditemui. Hahaha. Meriah. Positifnya, cetak rompak membantu perkembangan hasutan perjuangan. Negatifnya, falsafah yang salah. Tiada bayaran royalti kepada NGO R. Hujan lebat baik punya turun sebelah petang. Disertai ribut. Owner The Yellow Boutique dan Benz Ali sedang kalut memastikan khemah tak terbang. Cuaca ni kalau kena dengan program UMNO kompom batal terus. Sebab audien mereka tiada nilai pejuang. Bersama team PAS Lenggeng yang menziarahi gua sebagai pengun

Cerita KB : Women driver yang bekeng.

Oleh : AdukaTaruna Member dari KL datang. Menginap di Sabrina Court. Sebelah Pizza Hut KB. Member kol gua ajak makan malam dengan family. Gua dengan bini gua park kete situ. Naik kete member. Settle makan malam, hantar gua. Gua pun menuju ke kereta gua. Sekali gua nampak satu perempuan terjerit2. Dikelilingi ramai lelaki. Ni kes samun ke rogol nih? Agak2 bukan kes bahaya, baru gua ajak isteri gua jadi pak sibuk. Belum apa2 gua dah tangkap gambar. Kah3.. tak sangka dulu gua selalu kutuk makcik astro kat kg gua. Skang gua plak. Sampai2 gua tanya sorang brother duk terlap2 cermin kereta. "Apa kes ni bey?" "Kunci kereta tinggal bey. Lamo doh. Takut budok daley lemah jah." Rupanya2 ada 2 budak dalam kereta. Cermin dah berkabus dari dalam. Seorang lelaki umur 7-8 tahun. Seorang perempuan umur 10-11 bulan. Budak lelaki tidur tak sedar diri. Budak perempuan menangis sampai takda suara. Suara ramai terjerit2 suruh budak lelaki bangun menyebabkan bayi tu semakin panik

Video polis yang zalim terhadap penyokong TRW

Video piket di DUN Kelantan

Ini adalah warna politik baru Kelantan beb. Kusam dan lemau akibat terlalu lama memerintah kepada lebih berwarna-warni.

Hasutan bergerak yang meletup.

Klik gambar untuk lebih jelas. RM20 sehelai. Kain jenis T Shirt. Hubungi gua untuk maklumat lanjut. AdukaTaruna (FB), adukataruna2008@gmail.com (email).

Program Qurban di Kemboja

Ingin kenal watak Jeming Hassan?

Cerita KB : Pasar Tani / Malam Taman Bendahara

Oleh : AdukaTaruna [1] Lama dah gua nak suarakan benda ni. Tapi sebab cadangnya nak tulis dalam kategori berat, bergambar dan sebagainya, menyebabkan gua mencari masa luang. Last2, tak jadi tulis secara itu. Balik dari Taman Bendahara tadi, gua terus tulis lah. [2] Gua tak tahu peranan siapa, sama ada Ahli Majlis atau Perancang Bandar, tapi di Kelantan, pemikir terhadap tajuk ini seolah2 mandul. Mungkin kerana Ahli Majlisnya adalah lantikan politik yang tidak boleh dicabar (selesa). Taman Bendahara yang menempatkan Pasaraya Pantai Timur, UMK, restoran segera ternama itu, terdapat tapak pasar malam / tani. Bermakna 2 jenis pasar dlm seminggu. [3] Keseluruhan kawasan Taman Bendahara itu tidak 'hidup' secara seimbang. Di bahagian depan di mana Pasaraya, UMK hidup. Tetapi di belakangnya mati. Yang menjadi peliknya, berpuluh2 tahun keadaan itu menjadi begitu, tidakkah Majlis Bandaraya memikirkan jalan penyelesaian? Itu salah satu sebab. [4] Gua berpendapat Pasar Mal

Apabila TGNA jadi mesin cuci dosa.

Oleh : AdukaTaruna Entah macamana, dek kerana kuatnya pengaruh TGNA dalam keagamaan, sedar tak sedar, TGNA dah jadi satu mesin cuci dosa manusia. 1. Ahli politik wanita yang tersebar gambar tidurnya dulu, walaupun bukan salahnya, jumpa TGNA bagi meredakan keadaan. Tersebarlah gambar wanita tersebut bersama TGNA. Dosa yang tak dosa pun hapus. 2. Ahli politik wanita bukan Islam yang diserang isu masuk surau sampaikan bantuan. Pun jumpa TGNA. Tersebarlah gambar bersama TGNA. Dosa yang tak dosa pun hapus. 3. Statement Anwar berkenaan Zionis, video seks, tuduhan liwat. Dikritik hebat. Jumpa TGNA gak. Cuma Anwar lebih hebat. Jumpa ulama dunia yang lain juga. Dosa yang tak dosa pun hapus. 4. Gua faham hakikat ini awal lagi. Sebab tu, walau gua ada gambar berdua dengan TGNA (TGNA tak tahu gua AdukaTaruna masa bergambar tu), gua tak publish pun. Simpanan keluarga jer. Kecuali gambar tahnik anak gua. Tu pun bukan majlis khas. Gua beratur bersama puluhan rakyat lain. Kalau gua publis

Video rahsia latihan The Red Warrior.

Blogger APA masuk PAS.

Blogger APA dulu UMNO. Tapi sekarang sudah isytihar tidak berpihak pada mana-mana parti. Dan ingin meletakkan dirinya kepada apa sahaja tajuk yang dia fikir betul. Mula2 sampai ke rumah Pak Syed (abah Uncle Seekers), gua tak perasan brother ni. Bila melintas depannya, dia berdehem. Skali toleh.. eh... APA pun ada siot. Tak pernah berjumpa pun sebelum ni, tapi boleh peluk2 ala2 ulama. Keh2.. Lepas makan tengah hari, ada sedikit space masa untuk berehat. Time berbual, Abu Nawas tiba2 angkat laptop komunis tinggi2. Gua ingat laptop tu guna tenaga solar ke apa untuk cahaya matahari yang lebih. Rupa2nya ambil gambar guna laptop. "Komunih tak bagi aku guna kamera. Aku guna laptop saja.." Banglo ni kalau nak sewa semalam RM2500. Ketinggian paling tinggi di Janda Baik. Kolam renang tepi gaung. Gua hadir ke sini atas objektif ambil kesempatan aktivis berkumpul untuk bentang satu kertas kerja. Tapi lu tengok aksi Jeming dan Abu Nawas. Kelakar giler time tu. Mereka kata

Video bacaan Resolusi Bulatan Jam Besar.

Kota Bharu : Video burung singgah di Al-Quran.

Burung singgah tu hanya kebetulan dan sekadar tajuk N3. Pada Sabtu, 22 September 2012 lalu, satu Resolusi Bulatan Jam Besar Kota Bharu telah sepakat dicapai. Berkenaan Bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 28 September 2012 ini. Ianya telah mendapat liputan Sinar Harian Edisi Kelantan selain dari media blog dan facebook. Video bacaan resolusi masih peringkat upload, gua laporkan sebahagian dulu di sini. Insyaallah.

Siapalah yang buat video nih.

Paling kelakar wartawan Ibrahim Ali tu. Hahaha.. Apa pun jangan lupa. Sabtu ini. 22/09/12. Program : Piket dan resolusi awam Kota Bharu. Tarikh : Sabtu 22 September 2012 Tempat : Bulatan jam besar. Berhampiran mahkamah KB. Masa : 2.30 petang. Pakaian : Merah putih. Warna negeri Kelantan. Identiti politik dilarang. Kemuncak : Bacaan resolusi bersama. Menyerahkan bendera Kelantan kepada wakil MP. Melepaskan merpati dan sidang media.

Bajet 2013 : Piket dan resolusi awam Kota Bharu.

Salam semua anak Kelantan yang bermaruah. Sempena Bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh PM pada 28 September ini, satu piket dan resolusi awam akan diadakan untuk menggesa kerajaan pusat menunaikan Rancangan Malaysia yang lepas terhadap Kelantan. Dan juga memasukkan Kelantan dalam bajet 2013. Kami bukan negeri asing. Program : Piket dan resolusi awam Kota Bharu. Tarikh : Sabtu 22 September 2012 Tempat : Bulatan jam besar. Berhampiran mahkamah KB. Masa : 2.30 petang. Pakaian : Merah putih. Warna negeri Kelantan. Identiti politik dilarang. Kemuncak : Bacaan resolusi bersama. Menyerahkan bendera Kelantan kepada wakil MP. Melepaskan merpati dan sidang media.

Gambar aktiviti hasutan R

Konvoi 50 buah kenderaan menjelajah Malaysia. Setup R di negeri2 singgahan. R mendapat sokongan GLC Kelantan. Kecuali PKINK. Bukan tak sokong. Tapi belum beri sokongan lagi. Di Himpunan Hijau, Machang. Di atas bot sungai Melaka. Puak2 R ni turun dalam bot setiap 10 orang. Then ambil alih bot dengan speaker corner. Hasutan dilakukan ke atas pelancong dalam bot tu. Driver bot berbulu jer dengar point2 hasutan. Nasib baik dia tak wheely  bot tu kasi terbalik. R ditubuhkan sehingga ke Sabah. Alhamdulillah. Konvoi R. Set2 Klate ni boikot terus Petronas. 50 buah kereta round JB dengan bendera R. Blok habes traffic light. Masuk felda, masing2 diingatkan jaga akhlak dan maruah. Sebab bawa jenama Kelantan. Ada yg bawa bendera Kelantan. No plate pun Kelantan. Sepanjang perjalanan, KB-Terengganu-Pahang-Johor-Melaka-Negeri Sembilan- Kuala Lumpur; mahupun tempat singgah, terdapat golongan yang tahu mengenai R. Mereka beam lampu, hon, angkat tangan simbol R

Video PM bermain dengan kucing.

Pertandingan foto dasyat.

Pertandingan foto R paling 'DASYAT' & persembahan paling 'DASYAT. 1. Mesti tutup aurat dan tidak melanggar batasan syarak. 2. Upload gambar R DASYAT anda di http://www.facebook.com/groups/aktivisroyalti/ 3. Pemenang ditentukan juri. Ada 3 pemenang jer. Takda dakwa-dakwi. 4. Pemenang akan diumumkan pada malam HARI MALAYSIA TUNTUT ROYALTI. Stadium Sultam Muhammad IV. 9 malam. 5. Hadiah misteri dan liputan media R akan menanti pemenang. Sapa2 malu nak naik pentas untuk terima hadiah, bleh bawak keluarga, kawan2. No prob. Perjuangan R takda kasta2, VIP2. 6. Persembahan terbaik hanya ada 1 pemenang sahaja. Hadiah misteri dan keputusan melalui juri. 7. Juri untuk pertandingan ini ialah Jeming Hassan Full, Topeng Perak Unmasked I, Asrol Affandi dan Ahmad Dhani. Pepandai la lu rasuah diorang. So, jangan lupa. HARI MALAYSIA TUNTUT ROYALTI. Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV Tarikh : 15 September 2012 Masa : 9 malam - 12 pagi Selamat Hari Malaysia. Kelanta

Catatan : Ringan-ringan jer.

N3 ini tidak diiklankan di FB. Pasal N3 ni tak perlukan audien. Just catatan gua. Lu nak baca, baca. Tak nak baca sudah. Janji nasyid. Peduli apa gua.. [1] Masa gua berniaga kecil2 dulu, beberapa kali juga tolak percintaan bila rasa2 gua masih belum boleh bagi anak-bini makan. Dari membazir masa, mainkan harapan orang, baik gua lepaskan. Biar dorg terseksa sebulan dari tak tahu sampai bila. Last2, Allah jodohkan gua dengan isteri yang Allah tahu lebih bertepatan dengan gua. Dah ada anak 1 1/2 pun. Umur 10 tahun dan dalam perut 5 bulan. Kalau lahir nanti jarak tahun kelahiran 2 tahun (30.10.2011 dan Januari 2013). Alhamdulillah. Yeyeh! Masa g klinik, bini gua kena 'marah' kat doktor. Sebab enggan ambil pil. Kan dah melekat. Gua ada teori dan dah diskus dengan isteri sebenarnya. Adik-beradik gua semua ada 'fasa'. Fasa 1 : Along-Angah (gua) beza setahun. Fasa 2 : Alang-Andak-Achik beza setahun dua. 6-7 tahun dengan gua. Fasa 3 : Adik. Beza dengan Achik 5 tahun.

MAZA dan Hari Malaysia (Kelantan bukan negeri luar)

[1] Bendanya dah lama. Basi dah pun. Tapi gua tulis juga lah. Sebab baru lepas berdialog dengan sahabat. Katanya MAZA hebat berhujah dengan Tun Faizal (UMNO). Gua cakap, dalam pertembungan twitter MAZA-Faizal, yang menang ialah Faizal. MAZA bijak dalam kategori berilmu. Tapi dia tidak bijak dalam kategori psiko / strategi / EQ (emosi). Tun Faizal sebenarnya sudah berjaya membuatkan MAZA memilih label untuk dirinya. Mengisytiharkan kepihakan. MAZA kata beliau lebih semangat menentang UMNO. Menentang label UMNO bermakna menentang secara total. Bukan menentang secara bertajuk. Sebelum ini UMNO sukar dengan tokoh yang bebas. MAZA hadir himpunan UMNO. MAZA sokong apa yg baik dalam UMNO. Cumanya, jahay UMNO lebih banyak, membuatkan banyaklah tentangan MAZA terhadap kejahatan UMNO. Sekarang sudah mudah. MAZA dah isytihar dan merasmikan dirinya. Inilah label aku. [2] Begitu juga MAZA dan Abby. Abby tu pompuan ma.. Ilmu MAZA tahu pompuan ni 9 pintu emosi, 1 pintu akal. Tapi MAZA cer

Bimbang TGNA akur dengan Anwar.

Oleh : AdukaTaruna [1] TGHA muka keras. Tapi pendirian lembut. Contoh dalam kes UG. Kejap tutup kejap buka. TGNA muka lembut. Tapi pendirian keras. "Saya adalah nakhoda" adalah ayat tertinggi kekerasan pendirian yang pernah dipamerkan TGNA sepanjang gua hidup. Dalam 100 tajuk mengenai Anwar pula, 90 gua diam tanda kagum dengan beliau ni. 10 lagi gua lawan sebagai fitrah tidak setuju dalam diri gua. Antara yang paling gua kagum ialah, ketika dia remaja, di zaman Malaysia gelap, satu zaman yang apa sahaja UMNO buat dianggap betul, termasuk membunuh sebuah perkampungan, Anwar tidak takut untuk melawan sehingga di ISA. Cumanya, lepas tu dia masuk UMNO. Ntah apa2 ntah... spoil paling besar dalam sejarah dirinya. Gua pun boleh buat. Buat satu projek yang membuatkan tumpuan UMNO kepada gua, lepas tu, gua masuk UMNO. Kompom mempunyai kekuatan untuk naik dalam UMNO. [2] Semasa Taikun Cina suruh Najib buat judi bola, Najib test market dengan minta Awang Adek buat kenyataan m

Gambar disebar : Polis Kedah buru lelaki ini.

Polis Kedah meminta kerjasama orang awam bagi mengesan lelaki dalam gambar. Lelaki itu disiasat di bawah Akta Hasutan Terpilih - ABF R merebak ke negara bersalji. R bersedia masuk dalam gelombang The Red Warrior. R di Pelantar Minyak bumi Kelantan. Kembalikan maruah anak-isteri kami itu! Dan kepada rakyat Kelantan, jangan lupa. Program : HARI MALAYSIA. Kelantan bukan negeri luar. Tarikh : 15 September 2012 Masa : 9 malam Tempat : Perkarangan Stadium Muhammad IV Tertakluk kepada pindaan yang akan diumumkan dari masa ke semasa. Apa pun standby. Kelantan bukan negeri luar!! Kita ulangi kemeriahan / keghairahan / kehangatan seperti dalam video ini!!

Cerita projek MERDEKA TUNTUT ROYALTI

[1] Setiap projek R, gua pasti akan catit perjalanan projek itu dari sudut belakang tabir. Tujuannya untuk dijadikan rujukan beberapa pihak sasaran di masa depan. Semasa gua sedang menguruskan Sidang Meja Bulat 58 NGO, Edyes SAMM kol gua. Untuk projek Janji Bersih. Time tu gua tengah kalut. Kemudian, setelah metting, R setuju memberikan sokongan. Ada ramai R di Lembah Kelang. Sedia maklum, Lembah Kelang dah macam Kota Bharu kedua. So, wakil2 R dari Kelantan akan membawa bahan2 propaganda. Objektif wakil R adalah memastikan R tidak tenggelam dalam setiap pertukaran isu dalam negara. Alhamdulillah. Syabas kepada wakil R yang mengupload gambar2 propaganda. Terutama Cikgu Tomoi R, Asri, yang berjaya menampal R di baju Mat Sabu. [2] Tiada sambutan merdeka R di Kelantan pada mulanya. Sebab tidak mahu dianggap sabotaj sambutan kerajaan negeri. Tetapi, menjelang tibanya 30hb, barulah diketahui tiada sambutan malam kemerdekaan oleh mana-mana pihak. Pertanyaan berpusu-pusu masuk meng