[1]
Dalam keadaan normal (kumpulan kecil), solidariti tanpa bantuan parti politik tidak mengubah apa2. Tetapi dalam keadaan kemuncak (kumpulan menjadi besar), solidari mengundang parti politik untuk menuai hasil perubahan.
Begitulah solidariti BERSIH, ANAK, Stop Lynas dan ROYALTI. Kumpulan ini membesar sehingga pimpinan politik yang ikhlas bergabung dengan aktivis otai untuk membentuk satu gerakan yang mencantumkan kumpulan solidariti yang besar ini.
Ianya di namakan Seketariat HKR Malaysia. Himpunan Kebangkitan Rakyat. Menjana rakyat Malaysia ke perhimpunan terbesar sejak merdeka. KL112.
[2]
Untuk setup road show di setiap negeri, HKR Malaysia memerlukan jentera parti politik negeri. Tenaga manusia, kewangan dan sebagainya.
Permulaan HKR peringkat negeri ialah Seremban. N9. Objektifnya, tuntutan rakyat diberikan platform untuk setiap negeri. Menggunakan kekuatan pengaruh pimpinan utama parti politik bagi mendapatkan audien.
Di Seremban, setiap tuntutan rakyat diberikan 10-15 minit. Pimpinan utama politik diberikan 20-30 minit.
[3]
Selepas Seremban, giliran Kota Bharu. Jentera parti politik negeri memberikan peluang maksimum kepada tuntutan rakyat negeri sendiri.
PAS Kelantan telah menyediakan 10k bendera kecil 4 warna utama tuntutan bagi melonjakkan program kepada objektif tuntutan rakyat.
Kejayaan pihak R menguasai perhatian audien malam itu dengan pelbagai kreativiti telah dijadikan modul oleh HKR Malaysia.
Giliran seterusnya HKR Johor. Johor perlu menampilkan NGO tuntutan sinonim Johor sebagai added value kebangkitan rakyat negeri tersebut.
Di Johor, bilangan NGO tuntutan bertambah. Setiap NGO diberikan 10-15 minit. Menggunakan audien malam. Audien pengaruh pimpinan utama politik. Sehingga masa Anwar terpaksa dianjakkan sehingga 12.30 malam.
[4]
Selepas Johor berjaya menyediakan platform kepada tuntutan rakyat, kami dikejutkan oleh perubahan HKR Kedah.
Kedah memberikan pentas untuk tuntutan rakyat pada audien sebelah petang. 7 minit sahaja. Manakala audien sebelah malam, pemimpin politik Kedah mengambil kesempatan pentas HKR itu untuk memperkenalkan diri masing2.
Hanya ROYALTI sahaja yang hadir. Manakala yang lain boikot. ANAK yang memperjuangkan Felda juga tidak hadir. Ramai yang tertanya2 sehingga timbul satu teori MB Azizan takut sepentas dengan ANAK di waktu malam kerana kes beliau beli saham FGVH. Jadi, semua NGO tuntutan rakyat ditendang ke sebelah petang.
[5]
HKR Melaka keadaan kelam-kabut kerana tempat dibatalkan saat akhir dek ugutan UMNO kepada tuan punya tempat. Bagaimana pun, HKR Melaka tetap berjaya menepati objektif dengan menyediakan pentas pada waktu malam bagi tuntutan rakyat.
Kehitaman HKR Kedah menjelma di Pahang. NGO tuntutan rakyat hanya di sebelah petang. Di sebelah malam HKR telah menjadi platform introduce pimpinan politik. Yang paling meluat ialah Syeikh Kadir pun nak berucap juga. Cerita tentang merdeka sebab pimpinan UMNO dulu. Ini Himpunan Kebangkitan Rakyat. Tuntutan Rakyat. Bukan nak dengar sejarah UMNO dan merdeka. Cerita UMNO dulu dan sekarang.
Kebebuluan dengan penganjur HKR Pahang ditambah dengan aksi Cucu Mat Kilau yang berlagak sebagai tuan rumah. Tu pon member suruh tengok gelagat manusia yang dikatakan cucu kepada Mat Kilau.
Me-sound kumpulan manusia yang menonton bola. Sedangkan tayangan itu disediakan penganjur. Mujur la gua ada situ atas tugas dan jenama R. Memang koya mamat ni. Kira VIP Pahang la ni.
Mujur penganjur Pahang memberi sedikit slot malam untuk melancarkan R Pahang.
[6]
Di Terengganu, Penang dan Perak gua tidak hadir kerana bini sarat sangat. Presiden R ganti dengan Dr Syed dan Jeming Hassan.
Di Penang berbangkit soal berebut jadi MC. Oleh Zainulfakar dan Abu Nawas. Inilah titik mula gua turut kongsi cerita dengan lu orang semua.
Kehebatan program HKR berbanding cerama politik tipikal telah menyebabkan pemimpin politik negeri berebut2 tayang muka.
Menyedari hal ini, SAMM muncul bergerak sendiri dalam hal penganjuran. Program yang dinamakan Countdown KL112 ini khusus untuk menyediakan pentas tuntutan rakyat.
Pemimpin politik pula dijemput bagi mendapatkan audien. Supaya audien tuntutan rakyat berkembang. Tidak hanya kepada audien bebas yang rata2 anak muda.
Nantikan KL112. Jika HKR Malaysia menetapkan stadium dengan angka sejuta, kita akan berada di jalan raya biar hanya 100 orang.
Wallahualam
Bhai AT...
ReplyDeleteBiler orang politik dah cuba amik alih... tue yang jadi payah.. pasai tue la jugak gua boikot takmo pergi HKR di Paka walaupun dekat benar dengan rumah gua...
Sebab HKR bukan tempat untuk tunjuk gempak politik peribadi.. tapi lebih kepada kebangkitan rakyat...
KL112 gua akan pegi mewakili satu organisasi luar negara sebagai jurugambar... Tak lebih dari tue..
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Bagi wa yg terbabit dlm menjayakan HKR di NT Penang.
ReplyDeleteNgo diberikan peluang bercakap mulai 8 mlm. Masa terhad. Pentas jd terlalu pack. Ito nyanyi dua lagu pun dah curi slot. Adun Jawi n Sg Bakap cukup bercakap. Mat sabu x perlu cakap sampai 45 mi dan Anwar 1 jam. Cukup sorg 30 min.
Ini himpunan kebangkitan rakyat. Bukan ceramah politik semata2 bro