Skip to main content

Projek Langgar TGNA

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Selepas kes Langgar TGHA di Rusila dulu, gua dihubungi oleh beberapa media perdana. Gua enggan. Kerana tidak mahu isu itu dinilai oleh audien media perdana. Gua hanya mahu isu itu dinilai oleh audien internet.

Selepas menolaknya, gua dihubungi oleh sekumpulan manusia. Merundingkan harga (cecah juta beb) jika gua buat Projek Langgar TGNA di Pulau Melaka. Mereka kasi gua senarai isu yang gua boleh pilih sendiri. Mereka kasi gua perlindungan politik. Mereka kasi gua peguam, polis dan media.

Ketika itu gua hanya maklumkan kepada sahabat. Tidak dikongsi dalam blog. Kerana tidak mahu dilihat koya. Poyo. Berlebih2an dalam isu langgar TGHA.

[2]
Hari ini gua dihubungi (tag) oleh Lau Chit Fang. Mengenai isu salon rambut KB Mall. Isu ini sangat melukakan orang bukan Islam. Dan isu ini bukan isu agama atau bangsa. Tetapi isu hak seorang bukan Islam.

Salon rambut A di KB Mall ini gagal mendapatkan lesen perniagaan. Tetapi beroperasi selama 2 tahun atas sistem bayar denda demi denda.

Menurut En Lau, dalam Peraturan PBT Fasal 107 (2), wanita dilarang menggunting rambut lelaki. Kerana peraturan tersebutlah MPKB tidak boleh mengeluarkan lesen.

Baru-baru ini, penguatkuasa MPKB telah menyaman salon tersebut kerana pekerja wanita bukan Islam telah menggunting rambut lelaki bukan Islam. Isu salon tersebut keluar dalam The Star. Keesokan harinya MPKB datang dan mengeluarkan saman berkenaan lesen dan papan iklan.



[3]
Menurut En Lau, beliau sebagai masyarakat bukan Islam sudah habis punca untuk mengadu bagi mendapatkan hak bukan Islam wanita menggunting rambut bukan Islam lelaki.

En Lau berkata masyarakat bukan Islam hanya mahu menambah perkataan kecuali bagi bukan Islam sahaja dalam peraturan PBT tersebut. Ini hanya soal gunting rambut. Bukan soal urut.

[4]
Gua ada bertanya pihak lain yang beliau minta tolong. Gua bimbang, gua mendahului keadaan. En Lau kata, semuanya tidak boleh berbuat apa kerana mendakwa ini di luar bidang tugasnya.

Gua mengambil keputusan begini. Dalam masa terdekat, gua akan sampaikan memorandum, bertempoh yang munasabah, kepada TGNA secara tertutup. Kita semua mahu mendengar penjelasan. Bimbang kalau2 ada perkara yang kita tak tahu. Tapi berhak tahu dan sebarkan penjelasannya.

Seandainya masih tidak mendapat penjelasan, maka terpaksa mengumpul orang, bagi memfizikalkan hasrat memohon penjelasan mengapa peraturan itu tidak boleh dikecualikan kepada orang bukan Islam.

Apabila perkara ini sudah sampai bentuk fizikal terhadap tokoh manusia, maka, sekali lagi gua terpaksa menelan maki dan tanggapan jahat dari jutaan manusia dan juga kecederaan fizikal. Takpa. Gua dah lali. Gua yang pilih jalan ni. Lillahitaala.

Dan mengikut kebiasaannya, untuk persediaan terhadap itu, gua akan menulis penjelasannya dalam blog gua. Jika anda mengatakan hukum neraka untuk mendapatkan penjelasan seorang tokoh kepada manusia, maka, itulah dia anda. Itulah dia gua.

Wallahualam.



Comments

  1. Bhai AT...

    Gua akan folo lu... Gua takder hal... Hak orang bukan Islam sepatutnya terjaga dan dijaga oleh pemerintah yang Islam...

    Itulah bezanya Islam....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Lu mntk pnjelasan btl2 dlu bro. Bg hon dlu jgn main lggr terus. Dh hon klu org dh bg jln, lu jln. Jgn lggr. Klu dh hon org masih tak bagi jalan, langgarlah. Tapi jangan marah kalau kena saman. Sebab memang takde undang-undang kata boleh langgar orang dengan sengaja

    ReplyDelete
  3. alamakkkk... jumudnya... ni xleh jadi... kesian org bukan islam... ni bukan soal politik tp ni soal pengurusan yg sgt x adil dan x relevant... mohon pihak yg berkenaan amik langkah yg betul... saya setuju klu ada tag "only for non-muslim"

    www.humairah.net

    ReplyDelete
  4. sebelum tu...

    kamu duk depan kedai tu senyap...

    selema semingggu ka apahari...

    bawak kamera skali....

    ha ha.. baru kamu tahu...

    dah le pakai skirt 1/2 incije bawah jubo...

    ReplyDelete
  5. TGNA out now !

    Apa la si 'tua kutuk' tu buat syarat bukan-2 sampai menganiaya seorang bukan Islam tak boleh nak potong rambut orang dia... apa punya bangsat la nampak Islam yg universal ni kalu dia buat syarat MPKB cenggitu. Sial wa cakap lu.

    Ubah atau sedia diubah..PAS tak PAS, tok guru tak tok guru... Keadilan Islam yg kita dahulukan!

    yup wa like u, polo lu... tagged!

    ReplyDelete
  6. harakah dah buat penjelasan... aku setuju nga armagedon punye cadangan...sbb ada yg name jer kedai gunting, tp dalam buat kedai ayam...

    ReplyDelete
  7. Supo nate cih mu denge geng mu ni Aduka. doh la mari menumpe rumoh oghe, nok wak kacau pulok denge puok2 mu tu. Kijo sapo bakar gambar sultan negeri aku pahtu buat report sendiri? Terimo tawaran 'juto-juto' konon. juto rupiah? ingat rakyat kelate bodo serupo mu ko??!

    ReplyDelete
  8. hahaha...demo kene perbetulkan balik cerito demo ni...klu nk orang respect in future... demn it cane la aku leh tercaya cerite ko ni....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...