Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Sep 10, 2012

Catatan : Ringan-ringan jer.

N3 ini tidak diiklankan di FB. Pasal N3 ni tak perlukan audien. Just catatan gua. Lu nak baca, baca. Tak nak baca sudah. Janji nasyid. Peduli apa gua..


[1]
Masa gua berniaga kecil2 dulu, beberapa kali juga tolak percintaan bila rasa2 gua masih belum boleh bagi anak-bini makan. Dari membazir masa, mainkan harapan orang, baik gua lepaskan. Biar dorg terseksa sebulan dari tak tahu sampai bila.

Last2, Allah jodohkan gua dengan isteri yang Allah tahu lebih bertepatan dengan gua. Dah ada anak 1 1/2 pun. Umur 10 tahun dan dalam perut 5 bulan. Kalau lahir nanti jarak tahun kelahiran 2 tahun (30.10.2011 dan Januari 2013). Alhamdulillah. Yeyeh!

Masa g klinik, bini gua kena 'marah' kat doktor. Sebab enggan ambil pil. Kan dah melekat. Gua ada teori dan dah diskus dengan isteri sebenarnya. Adik-beradik gua semua ada 'fasa'.

Fasa 1 : Along-Angah (gua) beza setahun.
Fasa 2 : Alang-Andak-Achik beza setahun dua. 6-7 tahun dengan gua.

Fasa 3 : Adik. Beza dengan Achik 5 tahun.

[2]
Gua perhatikan, adik2 fasa 1 dan 2, memang independent. Kebal dan 'degil'. Gua rumuskan fasa 1 dan 2 membesar dalam keadaan mereka ada partner untuk belajar bergaduh, bermesyuarat, merancang dan sebagainya.

Fasa 3 ni, adik gua yang bongsu. Tapi maybe rakan sebaya dia di sekitar rumah ramai, maka, dia pun mempunyai patner. Ada nabi membesar tanpa adik-beradik, ada nabi yang membesar dengan adik-beradik, tapi pembolehubahnya ialah patner dalam membesar itu sangat penting. Muhammad SAW patner dengan anak Halimatussaadiah.

Walaupun tidak ada keputusan terhadap teori gua, dan tiada pemerhatian kepada anak tunggal dalam satu2 keluarga yang lain, gua ambil keputusan untuk menyediakan kepelbagaian partner kepada setiap anak gua, selain partner rakan sebaya yang bersesuaian. Perancangan manusia lah ni. Amin.

So, doktor tu mana tau dalam kepala otak gua ni apa. Lu dengan ilmu lu, gua dengan ilmu sesat gua ni la. Insyallah, selepas, KMT 1 dan KMT 2, ibunya berehat pula menanti ke fasa 2. Wallahualam.

[3]
Masa diambang perkahwinan dulu, ketika kalut dengan persiapan dokumen dan niaga kecil2 gua, campur sedang bertempur dalam membentangkan KEPIMPINAN ISLAM, BUKAN KEPIMPINAN ULAMA di blog gua; Zainulfakar dan Ali Abu menghubungi gua. Katanya, Anwar Ibrahim nak jumpa.

Gua cakap, gua peniaga kecil pertamanya. Pembentang idea keduanya (blog just medium). Sedang kumpul duit nak kawin dengan seadanya yang mampu. Nak penuhi undangan perlu tutup at least 2 hari. So, gua minta ganti rugi RM500 (seingat gua) untuk berjumpa. Terus tak jumpa. Maybe Anwar anggap sogokan kot. Anwar memang tegas pasal rasuah. Itu fakta.

Perkahwinan gua, antara yang bantu gua di Kelantan ini ialah Pink Turtle dan Topeng. Masa tu gua tak kenal ramai. Gua belum tubek ke alam fizikal. Haji Joe plak masa tu UMNO (kah3). Gua ingat lagi, 2 hari lepas majlis bersanding, gua kerja mengecat di hotel milik kakak Pink Turtle untuk kos balik Seremban. Gua mana bagitau mak gua, yang gua takda duit. Gua lelaki ma..

Cuma kesian yang menambahkan sayang kepada isteri gua. Dalam keadaan terumbang-ambing baru kawin tu, peristiwa setan Johor plak berlaku. Pun tak bagitau mak gua. Bagitau member dulu. Kah3... maka episode menetap di Kelantan pun bermula.

[4]
Dengan sijil dan kemahiran yang ada, gua dapat Graphic Designer kat syarikat buat baju. Tapi, kerja jam 9-6. Sambung plak OT wajib 10-12 malam. Payahnya la nak join aktivis. Kalau begini, baik gua sambung belajar sampai tinggi2 dulu. Pastu kerja kerajaan. Pastu pencen. Pastu mati atas tilam ditemani anak2. Selesai objektif gua lahir ke dunia ni.

Last2 berhenti dan kerja Pak Guard. Baru bleh ejas masa. Barulah boleh berusrah Barbican, buat gerakan bawah carpet dan sebagainya. Kerja punya kerja dapat plak lesen senjata api. Naik pangkat dan dihantar ke Kuala Lumpur. Nak tolak pun tak bleh sebab kontrak jaga kawasan di Kelantan tamat. Dengan gaji + elaun RM2000. EX5 kompeni. Rumah kompeni bayar. Kerja sana yang stabil, dunia Pak Guard yang bleh ejas masa, gua boleh beraktivis dengan JATI ke PERKASA ke.

Tapi beberapa rakan Kelantan keberatan plak gua berhijrah. Nak ejas GLC Kelantan, gua bukan PAS. Lawan Presiden PAS lagi ada. Akhirnya terima tawaran sementara UTTV sebelum kerja part time dengan member (peniaga Kelantan) + bantuan dari kumpulan R.

[5]
Baru-baru ni, ada rakan ajak masuk PKR. Gua cakap, belum terfikir gua masuk jemaah2 politik ni. Tak ramai yang masuk jemaah politik ni untuk berjuang hak rakyat. Yang fikir nak ubah dasar negara kepada yang lebih baik.

Yang ramai ialah bagaimana menyusun orang-orang politik. Aku perlu bergambar dengan siapa hari ini. Aku perlu berkawan dengan siapa hari ini. Aku perlu iring dan sambut siapa hari ini. Apa yang perlu aku buat untuk memastikan aku disebut?

Biarlah... gua nak belajar duduk dalam jemaah dulu. Jemaah sekecil R. Kekuatan menahan diri untuk melawan di luar saluran tu kena kukuh dulu. Yerla.. bila dah masuk jemaah, tak bebas macam di luar jemaah. Kena professional dengan jemaah yang kita sendiri mahu sertai.

Cumanya, taklah sampai gua berfahaman "Kalau tak suka buat parti sendiri la. Kalau tak suka buat negara sendiri la. Bukan ahli tak layak kritik."

[6]
Masuk bab bola plak. Gua nak mohon yang sesat baca N3 ni doa sama-sama Kelantan ke Final Piala Malaysia. Mesti main kat Bukit Jalil. Sejarah R antaranya bermula di situ. Sekarang ni, boleh dikatakan setiap anak Kelantan tahu simbol R. Sokong dengan tidak sahaja yang bezanya.

Kalaulah berjaya lepasi kekangan politik yang wajib berlaku kali ni, semangat R akan melanda Stadium Bukit Jalil itu untuk dipancarkan ke televisyen yang sudah pasti tidak dapat mengelakkan dari masuk ke dalam rumah-rumah di Malaysia ini. Amin.

Wallahualam.

5 comments:

jon marwan said...

semoga lu berjaya..all the best..
Jon Marwan

encik cool said...

semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki..InsyAllah!!

aljo said...

Lu nampak banyak berubah bro dan semakin matang walaupun geng rusila nampak makin teruk tak nak berubah.

Anyway congratulation to u bro. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Esok perlu lebih baik dari hari ini.

DeGuevaraz ER Hjjoe said...

Gua umno?lu jangan bai.nanti pinangan gua ditolak oleh abby

CUPING MERAH said...

Jangan sebut nama abby....puiiiii