Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Insyaallah, gua turun PRK Galas.

Oleh : AdukaTaruna Kalau diizinkan Allah, gua turun PRK Galas. Tapi tak la macam Topeng Perak dan team. Diorang level tinggi. Gua nyamuk banyak pun dah bersungut dah. Hua3.... Mana AbangHensem? Gua ingat nak belanja lu Mekdi kat Galas. Tapi sebab Galas takda Mekdi, gua nak belanja lu sup belut. Tapi sebab fatwa Terengganu baru keluar, yang lu diharamkan berkawan dengan gua, nanti jatuh hukum munafik plak kat lu. Ngeee... Jadi, kita perlu jadi ulama. Kita cilok fatwa. Fatwa berbunyi begini : "Barang siapa yang berkawan dengan AdukaTaruna adalah munafik, celaka dan belahak." Jadi, lu jangan kawan dengan gua. Biar gua jer berkawan dengan lu. Wakakakaka. Ke guane? Benti perang hujah sesama kabilah. Dengan ini gua nasihat diri gua sendiri terutamanya, henti perang hujah sesama kita. Kita perang hujah dengan UMNO plak. Apa kaedah terbaik nak dekati pengundi Melayu tahap hutan ni eh? Galas ni kira macam Pekan Pahang ni beb. Cuma Melayu hutan kat Kelantan ni, tinggi

Menteri Samseng, Akhlak Hancur.

Beginikah sifat dan akhlak seorang yang bergelar Ahli Parlimen dan Menteri. Lagak mengalahkan samseng... bongkak, angkuh dan takbur. Layakkah dia kekal sebagai calon PRU-13 nanti. Kepada pencacai umnoApco dalam kawasan Parlimen malaun samseng nih... lihatlah peribadi Ahli Parlimen lu orang nih.... macam sial wa cakap luuuu... untuk bergelar sebagai seorang Pemimpin. Watak dalam interaksi sms ini ialah: Sang Nila Utama – SNU: Bekas Penulis dan Moderator Kelab Maya UMNO Malaysia yang juga ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah. DS Nazri: Y.B Dato’ Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz, Menteri diJabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Padang Rengas SNU : As’kum w.b.t, YB Dato’ Seri Mohd. Nazeri bin Tan Sri Abd. Aziz, hari ini org Melayu telah dikejutkan dgn kenyataan Dato’ Seri menyatakan YABhg Tun Dr. Mahathir sebagai racist berikutan kenyatan beliau mengenai module BTN tidakperlu dirombak. Izinkan saya menyatakan bebe

Kisah Designer power BI

Oleh : AdukaTaruna Nate bewok! Sebenarnya tadi petang berlaku satu peristiwa niamakahai. Menjelang hari2 berhenti gua plak, boleh berlaku satu peristiwa yang menjahanamkan reputasi gua sebagai Graphic Designer yang cool dan macho. Cilakak sungguhla. Tengah releks2 curi tulang, tiba-tiba member kerja gua cari gua. "Jang... jang. Tolong mentar. Ado Cino kecek ore putih. Cina luar segho. Cino Klate tak gitu. Kecek Klate." Ah sudah... bahana nih. Apsal plak panggil gua? Bangsat sungguh la. Tapi takpa. Apa2 hal kita kaber ensem dulu. Mana tau amoi cun. Gua pun pergi. Tu dia ada satu Cina lelaki chubby2. Lu bayangkan dia pegang 2 bungkus besar tisu tandas kiri dan kanan. Satu bungkus besar tu ada sepuluh gelung tisu gua rasa. "Kecek dengan dio." Member gua tunjuk gua. Ah sudah.... gua dapat rasakan yang hari ni hari malang gua. "%&%* (&*%^$# ^%$#$^ toilet?" Dia start speaking. Gua faham toilet jer nih bai. Toilet = tandas. Gua dah dapat

Blog gua ada malware ke?

Oleh : AdukaTaruna Sesiapa yang komputer dia cakap blog gua ada malware, cer angkat tangan kat sini. Komputer gua ok jer. Setakat ni, 2 gadis pingitan dari MyKMU jer yang komplen blog gua ada malware. Kak Memot dan Kak Jie. Gua pun tak tahu cara2 nak buang ni. Ah sudah.. mampos. Tak pasal2 gua kena study manual yang Kakjie berikan. Hua3..

Klik sini untuk tahu calon PAS DUN Galas.

Gua Musang, 28 September (ABF) – Seorang ahli sukan yang sangat dikenali, diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Galas malam tadi. Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Stadium Muhammad ke 1V, yang sendat dengan ribuan manusia. Hadir sama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Perkarangan stadium sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah. Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan. Biarpun telah lama berhijrah ke luar negara, namun beliau mempunyai keluarga yang ramai di Dun Galas. Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh. Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun. Kl

Antara PAS Manik Urai dan PAS Galas.

Oleh : AdukaTaruna PAS Terengganu menjadikan keputusan Manik Urai dan Kuala Terengganu (wei.. Manik ke Manek nih?) sebagai hujah penangkis tekanan kekalahan PAS Terengganu PRU12. Manek Urai PAS Kelantan kalah tipis. Kuala Terengganu PAS Terengganu menang besar. Merampas semula. Gua lawak gak hujah cenggini. Tu pasal malas counter masa dedulu. Pada gua, asal PAS menang sudah.Stendet IQ ustaz Azhar Idrus kot. Mana tahu bab pembolehubah. Nanti2lah. Kalau Allah bagi gua kelengkapan, gua nak terjah ramai orang politik dan agama. Ostaz Azhar Idrus dan Ibrahim Perkasa diantaranya. Kalau Allah izinkanlah. Ada satu ustaz lain, Ganu lah; guna BMW hasil kuliah. Bagus. Tak salah. Kereta yang bagus adalah penting. Jangan bangang macam Hadi dan Nik Abduh dah. Belanja atau mengeluarkan tenaga bagi kerja2 sia2 seperti No Plat. meninggalkan satu sirah rujukan yang Maha Pundek. Belanja untuk kereta yang baik, bagus. Belanja untuk no plat memang lancau. Kalau orang dermakan pun, tenaga dan bela

Pemilihan PKR.

Oleh : AdukaTaruna Kalau gua ni PKR Tajdid ke Reform ke, memang lumat dah PKR nih. Macam2 hal. Cuma gua respek sket dengan pemilihan Kepala AMK jer, walau banyak juga yang perlu diperbetulkan. Zaid Ibrahim guna media Utusan. Memang tak salah. Tak salah dari prinsip. Tapi dari taktikal tak semestinya selari dengan prinsip. Zaid perlu ingat bahawa PAS dan PKR tak mungkin sama setiap masa. Dulu, masa Utusan promosi Nasha dan barisan Terengganu, ahli PAS wala'. Menang besar Nasha beb. Tapi kali ini, jika Zaid memaksa Utusan promosi beliau, belum tentu PKR wala'. PKR menatang wala' pun takda dalam kamus. Tian Chua vs Azmin. Dari prinsip, gua lebih kepada Tian Chua. Azmin JAUH GILA BABAS tak layak berbanding Tian Chua. Gua malas kemukakan hujah gua. Tapi dari taktikal tertentu, gua sokong Azmin kali ini, untuk Timbalan PKR. Sehingga waktu tertentu kelak. Lain2 gua malas komen. Selamat gua ucapkan kepada semua ahli PKR. Semoga anda berjaya membantu kami.

Imbasan. Tima kasih kat lu orang. Hon satu kali!!!

(Gua dan isteri) Oleh : AdukaTaruna Tengah gua merayap2 guna broben cap maxis, gua terjumpa balik N3 sahabat gua time kes gua dulu. Tak lama lagi plak, kes gua akan dibicarakan. 20, 21 dan 22 bulan 10 nih. Kat sini. Ustad One-G tengah update blog melalui nsetnya yang canggih-manggih tu. Gaya macho seorang wartawan Harakahdelay. Opps. Harakahdaily la bai. Edyes dan Aduka memperagakan gaya terhangat masakini. Disamping gua mengharapkan doa lu orang, gua jugak nak ucapkan terima kasih kat lu orang yang banyak sapot gua. Nak sebut nama, memang kompom ada yang tertinggal nih. Tapi gua try la eh. Hua3.. Gua ucapkan terima kasih kepada : 1. Team blog Malaysia Reform. Evelyn nyle xenan (gilo kayo dio skang. kemain bz. bila nak belanja gua Hummer bro?) bumblebee 2. Member terdekat gua. Ali Abu Edyes Dayat 3. Member blogger 1 Malaya. Pink Turtle dan rakan2nya Topeng Perak Pakaq Ostad 1G Pak Din Mountdweller Blogger Klate badan besar2 yang turut serta. Sori br

1 Oktober : Lagi himpunan Melayu berdarah ajaib di Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna. Melayu adalah baka special one. Darah dia kaler putih. Buktinya ada Mahsuri. Kena tikam, darah putih bai. Melayu juga adalah satu2nya bangsa hebat yang makan makanan dari langit. 2-3 talam makanan dari langit pernah turun untuk Melayu makan. Melayu juga hebat kerana mempunyai banyak nabi2. Tu belum citer Ayah Pin yang sampai skang UMNO gagal tangkap tuh. Melayu juga hebat kerana banyak Melayu tercatat dalam penemuan ilmu, teknologi, tamadun. Ibnu Sina sebenarnya Melayu, tapi guna nama Arab. Cheng Ho pun Melayu bai. Tapi ngengada nak guna nama Cina. Newton plak Melayu Pekan. Parlimen Najib. Tapi omputih selewengkan fakta. Kitab2 agama dari langit juga 3/4 adalah diturunkan dalam bahasa Melayu. Untuk semua ini, demi kehebatan Melayu, gua AdukaTaruna, mewakili PAS Reform mengumumkan satu Himpunan 100 000 Melayu akan diadakan di Kelantan ini. Gua akan jemput satu pemimpin baka India yang mengaku Melayu sebagai perasmi dan ikon kepada perjuangan Melayu. Tempat p

Notis gua berhenti kerja.

Per : Notis Berhenti Kerja. Merujuk perkara di atas, saya, Khairul Nizam Bin Abd Ghani ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan berhenti kerja pada 1 Oktober 2010. Ini bermakna hari saya terakhir bekerja dengan pihak tuan ialah pada 30 September 2010. 2. Tujuan pertamanya saya berhenti adalah kerana saya ingin menumpukan perhatian kepada kerja-kerja aktivis kemasyarakatan, politik dan perniagaan sendiri. 3. Selain itu, tujuan keduanya saya berhenti adalah kerana telah mendapat tawaran kerja di sebelah malam, dengan beberapa kelebihan yang sesuai bagi tujuan pertama di atas. 4. Untuk semua ini, pertamanya saya memohon ribuan maaf kepada seluruh kakitangan syarikat di sepanjang waktu bertugas saya di XXX xxxxx. Kemudiannya, saya ucapkan terima kasih kepada pihak syarikat dan kepada seluruh kakitangan kerana banyak membantu dan mengajar saya. 5. Ke guane? Sekian, terima kasih. …………………............. (Khairul Nizam Abd Ghani)

Gempar! Suspek pembunuh Sosilawati dibela Timbalan Speaker BN.

Oleh : AdukaTaruna Pergh.. tajuk dah macam Parpu Kari nih beb. Gempar la, panas la, panas berapi la. Hua3... kalau dah DKK tu, pempaham jer la.... Suspek pembunuh Sosilawati diwakili peguam bekas Timbalan Speaker BN. Bekas pelakon lucah plak tu. Peguam tu plak dilindungi oleh UMNO. Melalui Peguam negara. Tan Sri Abu Talib Osman. Negara dah jadi filem Tamil dah. Tukar jer Malaysia kepada Malayalam. Berkat melayu2 mengangkat India masuk UMNO kot. Racistnya gua seumpama papa gomo. Ngeee.... Melayu hutan dan pinggir hutan pasti mengamuk dengan dakwaan gua nih. Sumber : Wikipedia Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat , D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut. Dua bulan kemudian , Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan M

Untung kawan dengan budak2....

Oleh : AdukaTaruna Jiwa gua memang cam ni. Dengan elitis, gua takda perasaan. Dengan bebudak atau OKU, gua friendly. Gua tak kata gua bagus, gua pun tak tau tu sifat baik atau jahat. Tapi gua, setakat yang gua tulis ni, gitu la gua lebih kurang. Gua kerja as grafik design kat kompeni buat baju dan cenderahati dan sewaktu dengannya. Skang ni plan nak benti sebab gua dah mula niaga kecil2. Mampos bos gua mengamuk dengan gua nih. Minta2 dia baca blog gua Sabtu. Sebab Sabtu baru gua nak bagi surat benti. Hua3... Sori la bos.. gua memang jenis gini. Merdeka dan berdikari. Citer bab sifat gua terhadap elitis, gua nak story lu satu kisah. Pasal gua berbulu dengan elitis nih. Member bos gua, bisnesman la, parking Camry Hitam dia kat depan kedai. Dah la melintang tak ikut peraturan, pastu terpacak kat muka pintu sambil hentak2 hujung kaki dia. Salam tak bagi, apa tak bagi, dia nak suruh gua tegur dia dulu ke apa? "Yer bang? Cari siapa?" "Ha! bos ada?" Lancau!
Sumber  Idea: Ikut Suka Haku Bodoh Melayu ni. Nak lantik pemimpin, bukan atas jenama PAS atau UMNO. Nak lantik pemimpin bukan atas label ulama atau professional. Bangang nak mampos baka Melayu nih. Allah tunjuk satu format atau sunnah dalam nak pilih pemimpin. Rasul perlu lalui banyak gile kesusahan untuk membentuk kekuatan. Ada yang kena hanyut kat sungai time bayi, ada yang miskin gila babi, ada yang kena ugot bunuh. Macam2 la. Tapi Melayu lantik pemimpin ikut jenama la, ikut sentimen zaman silam la, ikut kopiah tebal la. Bodoh serupa unta. Ke guane? Kuat ke pemimpin Melayu ni? Gua tanya lu orang kuat ke tak bai? Cuba lu kosong macam gua. Kerat janggut Edyes pun gua berani, lu dengan gua pun tak lepas punya. Kalau pemimpin bangsa hebat, laluan dia nak diangkat rakyat punya gila dasyat. Ada yang pemain catur tergenius dunia (Russia). Dipenjarakan. Ada yang dikaitkan dengan penawanan kedutaan USA (Iran). Ada yang bekas agen risikan. Ada yang terbabit dalam revolusi.

Nombor plat 'PAS' hanya untuk ahli PAS.

Sumber : Agensi Berita Fakap. PUTRAJAYA - Kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan abjad 'PAS' yang dikatakan hanya untuk anggota parti PAS mempunyai kebenaran jika sepucuk surat yang didedahkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Nik Abduh. Naib Presiden PAS itu menunjukkan surat tersebut kepada pemberita hari ini selepas diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai desas-desus bahawa nombor plat 'PAS' yang bakal didaftarkan di Pulau Pinang, hanya dikhususkan untuk anggota PAS. "Saya ada surat ini bertarikh 17 Feb, 2010. Saya tak perlu cakap apa-apa, ada surat," katanya di sini. Ditanya mengenai kandungan surat itu, Nik Abduh berkata:"Ia berkenaan siapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak." Ketika ditanya adakah perkara itu sebenarnya seperti parti yang meragut hak rakyat, Nik Abduh berkata itu semua adalah kenangan. "Semasa PAS belum memerintah, memanglah begitu. Tapi kini kita sudah kuat. Baru isu sekecil ini p

Pemakan babi membantu si anti-babi.

KAMPUNG PAYA KEMUDI - Seorang penuntut perempuan di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di sini nyaris menjadi mangsa seorang lelaki gila seks apabila kehormatannya cuba dinodai ketika berada dalam sebuah kereta milik suspek, malam kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa mengikut lelaki berkenaan yang mahu menghantarnya ke kampusnya di Teluk Gadung, Dungun selepas turun dari bas ekspres di Perhentian Bas Kota Bharu. Suspek yang pura-pura berlagak baik dikatakan mempelawa mangsa menumpang keretanya dari Kota Bharu ke Dungun. Sebaik sampai di Dungun, suspek dikatakan tidak menghantar mangsa ke kampus, sebaliknya membawanya kawasan sunyi dalam semak. Bagaimanapun, usaha suspek memaksa gadis itu melakukan hubungan seks dengannya gagal apabila mangsa meronta sebelum menjerit meminta tolong. Seketika kemudian, beberapa pemburu babi hutan berbangsa Cina yang kebetulan berada di kawasan berdekatan mendengar jeritan mangsa dan menghampiri kereta susp

Macam2 la lu Rosmah. Meluat gua.

Oleh : Qayum Rahman KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengumumkan bahawa sidang kemuncak "First Ladies" bakal diadakan bermula 11 Oktober hingga 13 Oktober ini. Menurutnya, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Beliau berkata, lebih daripada 20 wanita pertama dari seluruh dunia dijangka hadir untuk mewujudkan satu platform baru dalam meningkatkan kesedaran dunia global bagi menceburi bidang pelaburan, pembangunan, kebajikan dan pendidikan. Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses Kuala Lumpur. Rosmah berkata, sidang ini adalah satu signifikan kerana wanita-wanita pertama merupakan penyokong perubahan strategik untuk membantu pemimpin lelaki ke arah kejayaan. "Kita telah menerima jawapan positif daripada 24 wakil negara lua

Sokong CheguBard.

Sumber : MSK Ulasan : AdukaTaruna Sumber Gambar : FB Madness Mohd Zuhairi Khamis's  (Gilo buruk gambo nih. Hua3... tersedak jenazah brader tu dalam kubur) Ramai yang menjangkakan debat calon Ketua AMK akan panas. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, dan ada yang mengatakan hambar.   Aku tak tau apakah kriteria yang digunakan untuk menilai sama ada ianya panas, sejuk, hebat atau hambar. Tapi aku yakin, mereka yang merasakan ianya hambar kerana tidak ada tuduh menuduh, hujah-menghujah ala Presidential Debate Amerika…atau pun macam debat Anwar-Shabery Cheek. Tetapi.. apabila Presidential Debate diantara Obama dan Hillary juga dikatakan hambar oleh CNN. tidak ada tuduh menuduh, tidak ada kontradiksi kerana mereka dari parti yang sama. Dasar yang sama, misi yang sama dan visi yang sama. Mungkin hanya pendekatan yang berbeda. Itu sebab aku tak pernah menyebut debat itu debat ala-Presidential, sebaliknya hanya menyebut Debat 4 penjuru. Mungkin kalau Shamsul Iskandar ada

Kayveas sahkan BN bela gangster.

Sumber : Utusan Malaysia KUALA LUMPUR 20 Sept. - Gejala gengsterisme melibatkan kaum India didakwa berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemimpin politik di kalangan kaum tersebut yang 'membela' mereka. Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas mendakwa, tindakan itu bertujuan mengekalkan pengaruh politik dan melindungi kegiatan tidak bermoral pemimpin yang bersikap talam dua muka itu. Sehubungan itu katanya, beliau sedia bekerjasama dengan pihak polis untuk memberikan maklumat tentang beberapa pemimpin politik kaum India yang didakwanya 'membela' gengster-gengster berkenaan. "Terdapat segelintir pemimpin politik daripada kaum India di negara ini yang membela dan menggunakan gengster sebagai orang suruhan mereka. "Pemimpin politik seharusnya menjadi contoh kepada rakyat. Tetapi, bagaimana kaum India mahu mencontohi pemimpinnya sedangkan mereka sendiri membela gengster bertujuan mencapai kepentingan diri sen

Pembunuh Sosilawati : 'Datuk' di zaman Barisan Nasional bakal terlepas?

1. Di atas gua kopipes animasi yang dibuat oleh rakyat Malaysia. Betul atau tidak, tidak boleh percaya 100% sebagaimana kita tak percaya kepada PDRM 100%. 2. Tiba-tiba plak siasatan penganugerahan Datuk kepada pembunuh itu gagal menemui petunjuk. Mengikut kepercayaan gua, itu adalah arahan yang menyuruh PDRM siasat sejauh sekian, setakatsekian sahaja. Jangan lebih dari itu. Itu adalah kepercayaan gua. Jikalah benar kepercayaan gua, alangkah baiknya kita mengetahui Sultan Melayu mana yang menganugerahkan Datuk kepada si pembunuh itu. Ianya akan tercatat dalam sejarah tamadun Melayu. 3. 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu mula mengganas pada 2005. Berkubu di Selangor. Penjahat hanya berkuasa di kubu sendiri. Penjenayah yang mendapat perlindungan politik di kawasan A, pasti akan melakukan jenayah di kawasan A. Bodoh jika dia membunuh dan melupuskan mayat di kawasan B. Pemimpin UMNO Selangor menikus sebaik sahaja kes ini pecah? Mungkin gua terlepas pandang. Tiada kutukan da

Hindraf Makkal Sakthi dilancarkan Presiden UMNO 10 Oktober ini.

1. Lima pemimpin Hindraf iaitu Vasantha Kumar, peguam M Manoharan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, P Uthayakumar, V Ganabatirau dan R Kenghadharan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Disember 2007. Mereka dibebaskan awal tahun ini selepas Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Uthayakumar kini mengetuai Parti Hak Asasi Manusia yang pendaftarannya menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan manakala bekas penyelaras nasional Hindraf,  RSThanenthiran pula menerajui Parti Makkal Sakthi, yang telah dilancarkan dua bulan lalu oleh Najib. Turut diumumkan sempena majlis sambutan ulang tahun kedua Perhimpunan 25 November ialah usaha mendaftarkan Hindraf sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. 2. Menurutnya, kelulusan pantas yang diperolehi dari Pendaftar Pertubuhan untuk Makkal Sakthi jelas menunjukkan parti itu mendapat sokongan langsung dari pimpinan tertinggi UMNO. Katanya pelancaran yang akan dilakukan oleh N

Sosilawati : Mengapa PKR dan UMNO tolak Bank DNA?

Oleh : AdukaTaruna Ini adalah bacaan yang berat. Memang berat. Dakwaan gua. Walau gua tahu, secara tipikalnya, ramai Melayu yang akan meluat dengan dakwaan ‘berlagak’ yang akan gua nyatakan di bawah, tetapi gua akan tetap menjadi gua. Gua tidak akan tunduk mengikut corak dan pemahaman Melayu. Walau makan masa atau makan diri, gua akan paksa Melayu tunduk mengikut kepelbagaian. Sedaya upaya gua. Lebih dari semua ini, Allah tetap pegang hati gua. Gua mendakwa apa yang bersarang dalam kepala gua ini bukan tahap pemikiran ahli parlimen Melayu. Lu sebut siapa ahli parlimen yang ada di Malaysia, atau pemikir yang ada, gua mendakwa mereka tidak berupaya. Gua tak peduli lu sinis atau meluat. Kalau gua berada di negara bersuasana tertentu, atau memiliki tajaan tertentu, atau memiliki kemampuan tertentu, pasti sudah lama beberapa buku yang bersarang berat dalam kepala gua, dalam beberapa isu; sudah lama lahir. Manusia itu berbunuh-bunuhan. Manusia ni makhluk Allah. Sama macam binatang d