Skip to main content

Notis gua berhenti kerja.

Per : Notis Berhenti Kerja.

Merujuk perkara di atas, saya, Khairul Nizam Bin Abd Ghani ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan berhenti kerja pada 1 Oktober 2010. Ini bermakna hari saya terakhir bekerja dengan pihak tuan ialah pada 30 September 2010.

2. Tujuan pertamanya saya berhenti adalah kerana saya ingin menumpukan perhatian kepada kerja-kerja aktivis kemasyarakatan, politik dan perniagaan sendiri.

3. Selain itu, tujuan keduanya saya berhenti adalah kerana telah mendapat tawaran kerja di sebelah malam, dengan beberapa kelebihan yang sesuai bagi tujuan pertama di atas.

4. Untuk semua ini, pertamanya saya memohon ribuan maaf kepada seluruh kakitangan syarikat di sepanjang waktu bertugas saya di XXX xxxxx. Kemudiannya, saya ucapkan terima kasih kepada pihak syarikat dan kepada seluruh kakitangan kerana banyak membantu dan mengajar saya.


5. Ke guane?


Sekian, terima kasih.


………………….............
(Khairul Nizam Abd Ghani)

Comments

  1. haha.gitu tulis surat benti?molek la "keje mlm"haha.keje sendiri pulak tu.alalala!~

    ReplyDelete
  2. hahaha. kalau lu hantar sebijik2 mcm ni, memang gua respek kat lu ah~

    Good luck weh~!

    ReplyDelete
  3. 5.ke guane? wakaka..

    harap2 ada surat balas dari majikan lu bro..

    lu kena wala..

    ReplyDelete
  4. ada satu pompuan semasa keluar untuk lunch pada 30hb selepas tekan gaji di atam, telah email surat berhenti dekat MD... 12 o'clock is my last day. i m cabuttt...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...