Skip to main content

Nombor plat 'PAS' hanya untuk ahli PAS.

Sumber : Agensi Berita Fakap.

PUTRAJAYA - Kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan abjad 'PAS' yang dikatakan hanya untuk anggota parti PAS mempunyai kebenaran jika sepucuk surat yang didedahkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Nik Abduh.

Naib Presiden PAS itu menunjukkan surat tersebut kepada pemberita hari ini selepas diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai desas-desus bahawa nombor plat 'PAS' yang bakal didaftarkan di Pulau Pinang, hanya dikhususkan untuk anggota PAS.


"Saya ada surat ini bertarikh 17 Feb, 2010. Saya tak perlu cakap apa-apa, ada surat," katanya di sini.

Ditanya mengenai kandungan surat itu, Nik Abduh berkata:"Ia berkenaan siapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak."


Ketika ditanya adakah perkara itu sebenarnya seperti parti yang meragut hak rakyat, Nik Abduh berkata itu semua adalah kenangan.


"Semasa PAS belum memerintah, memanglah begitu. Tapi kini kita sudah kuat. Baru isu sekecil ini pun sudah mahu melatah. Itu belum kami umumkan bahawa ISA bakal dikuatkuasakan semula oleh PAS di bawah tajuk Islamic Security Act."

"Bagaimana jika rakyat membantah hak mereka dirampas parti?"

"Rakyat tidak boleh mengkritik party kerana mereka bukan ahli party."


"Tapi mereka adalah penyokong."


"Penyokong yang bukan ahli hanya layak jadi tukang sorak sahajalah. Bagaimana mereka mahu mengkritik jika mereka bukan ahli party. Soalnya, ahli party PAS tidak membantah. Mereka wala'.""


Ketika ditanya sama ada ini semua adalah bidaah, Presiden PAS pantas menjawab.


"Soal jawab tamat. Saya mahu ke luar negara."

Comments

  1. kau menganjing memang tahap dewa punya kan? hahaha!

    ReplyDelete
  2. way 2go mate ... ada pemimpin, ahli & penyokong PAS yg kena tegur dalam hal beli no pendaftaran sebegitu. Dalam hal camtu pun tak reti nak berjimat cermat - walaupun pakai duit sendiri, dah kaya sangat/untuk imej sekalipun. Bersedekah lagi bagus daripada syok sendiri dgn nombor gitu.

    Fitnah camni boleh dielak, elakkan dgn jangan dibuat la. Pakai saja la no pendaftaran kenderaan yang seperti biasa JPJ bagi tu, baru semua rakyat nampak keindahan akhlaq Islam pada peribadi kepimpinan & ahli PAS.

    ReplyDelete
  3. siksa kubur bleh skip kot kalau pakai plat mahal².kata jahil karang ahli agama,kata riak karang,ahli agama,dah tu nk kata ape?ahli disuruh isthiqamah,tidak riak,tidak takbur bla bla bla,pemimpin?eheh...

    ReplyDelete
  4. nanti ada yang buat perbandingan... plat dan kereta pemimpin PAS dengan plat dan kereta ahli PAS

    D.ayo

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...