Skip to main content

Untung kawan dengan budak2....

Oleh : AdukaTaruna

Jiwa gua memang cam ni. Dengan elitis, gua takda perasaan. Dengan bebudak atau OKU, gua friendly. Gua tak kata gua bagus, gua pun tak tau tu sifat baik atau jahat. Tapi gua, setakat yang gua tulis ni, gitu la gua lebih kurang.

Gua kerja as grafik design kat kompeni buat baju dan cenderahati dan sewaktu dengannya. Skang ni plan nak benti sebab gua dah mula niaga kecil2. Mampos bos gua mengamuk dengan gua nih. Minta2 dia baca blog gua Sabtu. Sebab Sabtu baru gua nak bagi surat benti. Hua3... Sori la bos.. gua memang jenis gini. Merdeka dan berdikari.

Citer bab sifat gua terhadap elitis, gua nak story lu satu kisah. Pasal gua berbulu dengan elitis nih. Member bos gua, bisnesman la, parking Camry Hitam dia kat depan kedai. Dah la melintang tak ikut peraturan, pastu terpacak kat muka pintu sambil hentak2 hujung kaki dia.

Salam tak bagi, apa tak bagi, dia nak suruh gua tegur dia dulu ke apa?

"Yer bang? Cari siapa?"

"Ha! bos ada?"

Lancau! Hentak2 hujung kaki sampai kiamat la lu kat situ. Tak kena kaki dengan gua cukup untung. Gua releks, buat2 tak nampak, terus wat kerja. Pergi mampos sama lu.

Tapi gua dengan bebudak kecik memang kamceng. Siap main mercun sama2 beb. Siap tertekak pasal bola N9 lawan Kelantan. Hari tu N9 menang plak. Panas telinga bebudak kena sindir dengan gua. Tapi siap la kalau N9 kalah, walau bukan dengan Kelantan. Bebudak kan.... mana tau ikut tajuk.

Kat tempat kerja gua, dah 2 kali hilang motor. Pertama EX5 Dream kaler merah. Baru beli 3 bulan secara cash. Beli atas nama pembeli yang takda lesen. Lepas. Tapi bila nak calim, tak bleh calim. Sebab takda lesen. Cerita yang gua tahu la. Gua pun kompius undang2 zaman BN nih. Kapitalis selalu untung.

Tup2, minggu lepas, motor member gua hilang. Celakak sungguh la. Honda petak zaman Mahathir pun nak rembat. Gua selalu naik motor tu time lunch. Bebudak ni pun kenal motor tu. Hilang pulak. Kesian member gua. Bukannya senang macam Nik Abduh. Tu jer kenderaan dia.

Malam tu gua ajak member gua g jumpa kepala setiap kawasan yang terdekat.

"Gile mu. Set2 ni ganas mu tau tak?"

"Bengong mu ni. Kita bukan nak bergaduh. Nak minta tolong."

Jumpa kepala, minta tolong, kalau anak2 buah dia ada ambil, pulang balik la. Bukan nak gaduh. Si hilang motor ni bukan orang senang. Pulang balik, kita wat mati repot. Settle.

4 kepala gua jumpa. Semua salam dengan gua salam cangkuk. Gua buat bodoh jer. Gua berdua jer, tapi bila jumpa kepala, tak sampai 5 minit dah penuh kena keliling. Ak'alaa....

Cakap molek2 hajat kita. Cakap terus-terang yang kita ni orang susah. Tu jer la motor nak cari rezeki. Tak tuduh, tapi kalau terambil, terjumpa, minta tolong sangat nih.

"Kalau ada budak kawe ambil, kawe pulang ko mu." (Gitu la lebih kurang ayat diorang.)

2 hari lepas tu, tiba2 sekumpulan budak2 kecik langgar gua kat opis. Niamakahai punya budak kecik. Takda adap. G la jumpa Dr Samsuri dulu kalau nak jumpa gua. Protokol jemaah tu penting bai. Penuh opis dengan budak2 kecil. Sekolah rendah la lebih kurang.

"Be, kito dah jumpo motor abe. Kito tahu sapo ambil." (Gitu la lebih kurang.)

Pastu diorang ramai2 tarik tangan gua. Dah macam gua pulak kena tahan dengan diorang. Member gua ikut sekali. Makcik2 kat situ heran tengok gua kena tahan dengan budak2 kecik. Diorang bawak gua kat satu tempat. Tersorok juga la. Tapi dekat jer dengan opis. Ada motor member gua kat situ. Nombor dah tukar dah, tapi semua barang siap helmet pun ada sekali. Ni pencuri bodoh nih.

"Kito tahu siapo be. Muiz be, Muiz. Tapi set debe be." (Gitu la.. banyak lagi yang dia cakap dengan penuh semangat yang gua tak paham. Haha.)

"Ok2.. gini. Mu, mu, dengan mu, g cari dia kat mana. Jangan tegur, jangan gege. Lepas tu mari sini semula."

Gua suruh 2-3 orang jer pergi. Lu tahu jer la kan. Kalau bebudak ni pergi secara jemaah. Jahanam.

Dalam 10 minit gitu, 2 orang dari mereka kembali.

"Ada be. Kat CC alik sano."

"Ok bereh. Terima kasih. Mu semua tunggu sini. Jaga moto. Jangan ikut abe."

"Bereh be."

"Siapa nama dia?"

"Muiz be, Muiz."

"Dia pakai baju apa?"

"Ite be, ite."

"Macamana muka dia?"

"Macam Cina be. Rambut pacak2."

Gua suruh member gua tunggu motor n jaga bebudak. Gua jalan kaki g cc. Masuk, senyum sket kat awek kuanter, usha semua orang kat situ. Aduss... 3 orang lelaki baju hitam. Terus tanya. Siapa Muiz.

"Siapa kat sini nama Muiz?"

Semua toleh.

"Siapa kat sini nama Muiz?"

Senyap. Ak' alaaa...

"Muiz siapa? Ada budak perempuan nak jumpa kat luar tu."

"Kito be."

"Haa.. mu Muiz? Meh sini ikut abe deh."

Gua pegang bahu dia tapi dalam kedudukan dia kat depan, gua kat belakang. Senang gua adjust kalau apa2 hal berbangkit. Gua perasan set2 dia dah mula koling sini sana. Pergi mampos sana lu.

Gua terus bawa dia ke opis. Masuk dalam, kunci pintu.

"Napo be?"

"Tunggu kejap de..."

Gua g ambil air segelas, biskut raya sebekas. Pelawa dia minum. Member gua sampai. Terus mengamok nak te. Ak alaaa... semak gua.

"Releks2.... tanya dulu. Mu duduk luar. telepon siapa yang patut. Tak payah kelam-kabut. Motor pun dah jumpa. Budak pun dah dapat." Gua suruh member gua duk luar.

"Ni abe nak tanya ni. kenapa curi motor abe?"

"Buke kito be, buke kito." Budak ni terus faham kes dia. Bagus.

"Tapi saing kito. bla bla bla..... " (gua dah mula tak paham. Gila pekat Kelantan budak ni. Kamus Kelantan-standard gua si Restless pinjam tak pulang2. Bangsat!)

Tengah dia defend dengan butiran yang gua tak paham, set2 member hilang motor ni sampai. Muka semua pecah rumah. Debe beb. Set2 Teluk Belanga. Mampos pulak budak ni kang. Tak pasal2 DNA gua pulak yang kena test.

Nak kunci pintu ke, nak buka pintu? Kalau kunci kang, mau diorang pecahkan pintu ni kang. Kalau buka kang, mau mati budak ni kang. Cerita sebenar pun tak kompom lagi nih. Ah.. sudah.

Gua buka pintu, terus sound kat brader2 tu.

"Tak tahu cerita lagi ni bro. Budak ni tak tentu salah lagi. Kito tengah tanya nih. Polis pun on the way sampai."

Then, sampai pulak set2 budak yang kena tahan ni. Bos gua pun dah sampai. Ayah dan mak budak ni pun sampai. Sekali pusing2, ayah si kena tahan ni, ahli jemaah PEKIDA. Set2 Teluk Belanga pun PEKIDA. Gua sorang jer PERKASA Pak Him. Masing2 salam2 bukak buah. Orang makin penuh. Gile. Kalau gua niaga air dan burger time ni, mahu lepas downpayment Waja baru nih.

Ah... sudah.... pusing2 gua pulak yang kena te ni. Dah tentu gua orang luar. Member gua ajak naik kete g serbu Kilang Terang Nusa. Saing budak kena tahan yang dikatakan pencuri sebenar nak kena kutip. Gua tolak. Malas gua. Gua dah tahu ending kalau sesama diorang nih. IQ out, emosi lebih. Pasti dan pasti diorang TAK tahu landasan mana yang perlu dipijak, falsafah mana yang perlu diambil.

"Dik, esok petang kumpul sini. Abe belanjo minum." Gua sound kat bebudak.

2-3 biji kereta pergi, gua angkat kaki lambung diri.

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.