Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Bacaan untuk Hadi Awang : Blog pondan pun matahari naik lagi...

Oleh : AdukaTaruna [1] Gua bukan pendakwah. Tak layak. Member2 gua sendiri akan muntah kalau ada yang kata gua pendakwah. Gua hanya setuju kalau digelar pemberontak. Istilah tu pun yang gua perasan, Jean Francois yang bagi. Cuma ada tionaseng member2 yang tambah tokok pemberontak ada taman dalam hati. Jibauk! Gua perasan kat ruangan komen (blog mana ntah, Penarik Beca kalau tak silap), ada blog pondan baru yang mengiklankan hujah dan blognya. Dah tak guna dah blog Penembak Babi ke, Batu Api ke. Hahaha. Gua baca dan intelek gua reject. Intelek, bukan sentimen. Cumanya, gua tak nak ulas la. Sebab gua bukan pendakwah. Gua pemberontak. Kalau pendakwah sejati, dia akan ulas. Dengan ilmiah. Dengan kasih sayang. Tapi gua tidak begitu. Tu pasal gua cakap member2 gua sendiri akan muntah kalau gua dikatakan pendakwah. [2] Malam tadi, Dayat sms gua memohon hujah gua akan hujah blog ulama pondan. Gua malas la bagi link. Jatuh standard blog gua jer. Seorang pemberontak yang hanya menumpu

UPSI beri amaran kepada pelajar yang berdemo pro Adam Adli.

Oleh : SB UPSI

Panas! Debat Melayu Aneh Penang VS Anak Tantawi malam tahun baru.

VS

Anjurkan sahaja debat Adam Adli (Mahasiswa) dengan Melayu Aneh itu.

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/xrheXq3sUo8 1. Kita sedia maklum UMNO berani menggunakan pendekatan fizikal yang di luar undang2 kerana polis berada di pihak mereka. Sejarah membuktikan siri pembunuhan yang membabitkan UMNO. 2. Gua puji langkah mahasiswa yang mengambil pendekatan mengelakkan risiko. Allah meminta kita membuat keputusan melalui zahir. Zahir yang boleh dilihat manusia. Zahir untuk ini adalah sejarah tidak tamadun UMNO. 3. Kenyataan Melayu Aneh itu dibuat selepas mahasiswa dan Adam Adli menarik diri dari acara pada hari tersebut. Itu adalah kenyataan air liur. Peristiwa sebaliknya mungkin berlaku jika Adam Adli dan mahasiswa meneruskan acara. 4. Berdasarkan kenyataan Melayu Aneh tersebut, yang kononnya berani berhujah, gua mencadangkan, ada pihak2 yang menganjurkan debat mahasiswa dengan Melayu Aneh itu. Tajuk yang berkaitan dengan sistem / dasar kerajaan yang zalim (AUKU / ISA / pendekatan double standrad / etc.)

Banjir di 3 negeri tak berubah.

Keadaan banjir di beberapa negeri tidak banyak berubah setakat 11 pagi ini dengan Johor kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi. Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah ialah seramai 1,214 orang berbanding 1,236 orang petang semalam. Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, mereka ditempatkan di 18 pusat pemindahan iaitu lapan di Segamat, tujuh di Mersing dan tiga di Batu Pahat. Jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin masih ditenggelami air dan ditutup kepada semua kenderaan. Perkampungan itu hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara, kata portal itu. Di ROMPIN, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan juga tidak banyak berubah apabila hanya enam orang dibenarkan balik sejak petang semalam, menjadikan jumlah yang masih berada di pusat berkenaan seramai 619 mangsa. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata kesemua mangsa kini ditempatk

Falsafah gua mempolitikkan budak sekolah / bayi

Oleh : AdukaTaruna [1] Dalam Islam politik sebahagian dari Islam itu sendiri. Tak boleh suku2, asing2. Banyak perkara dalam Islam perlu diperjuangkan melalui politik. Termasuk budak sekolah dan bayi. Masalahnya, apa terjadi seandainya budak sekolah dan bayi dipergunakan pihak2 yang cemas mempertahankan kuasa dan wang ringgit? Sehingga memudaratkan kelompok itu? Kita kembali kepada asasnya. Yakni : Acara tidak boleh diharamkan, kecuali segala SOP yang diambil, dicuba, tetap membawa lebih banyak perkara buruk dari baik. Cadangan SOPnya : 1. Jika hak budak sekolah / bayi perlu diperjuangkan melalui politik, maka, yang hadir dalam acara politik itu secara fizikal ialah penjaganya. Menuntut hak / idea anak2 sekolahnya. 2. Jika perjuangan melalui politik itu memerlukan sehingga budak sekolah / bayi itu hadir secara fizikal, maka ianya wajib disertai oleh penjaganya. Juga secara fizikal. 3. Budak sekolah / bayi tidak boleh digunakan secara fizikal mewakili mana2 pertubuhan, t

Video : Kelantan mohon petronas daratkan gas dan minyak Kelantan di Kelantan

Sumber : http://youtu.be/omYkzDIrXmM Bangkitlah anak muda Kelantan. Gua akan menyusup melalui medium bola sepak. Anak gua kan Mykid '03'.

Penerangan : Kita Semua Adalah ketua (Leaderless Movement) ABU

Oleh : TheYellow Boutique Wa mendapati dari respond sebelum ini, kebanyakan kita masih kurang infomasi.Jadi wa mulakan balik penerangan tentang konsep dan method ABU yang wa ingin cadangkan. Artikel Sebelum 1st Anda Juga Mampu Menyelamatkan Negara 2nd Tugas Selamatkan Negara Adalah Tentang Anda 3rd Selamatkan Lokal Anda, Barulah Terselamat Negara Leaderless Movement adalah satu cara untuk mengatur sebilangan besar individu yang berjuang menentang musuh, biasanya kerajaan yang terlampau lama berkuasa. Leaderless Movement diorganisasikan oleh individu bebas atau kumpulan kecil yang dipanggil sel-sel . Satu kumpulan tertentu mungkin mempunyai seorang pemimpin di dalamnya, tetapi tidak ada pemimpin yang mengarahkan lebih daripada satu kumpulan. Organisasi konvensional , seperti kebanyakan tentera, kerajaan, parti-parti politik, dan syarikat-syarikat , mempunyai struktur yang sangat berbeza. Ia adalah struktur hierarki. Dalam organisasi konvensional, orang-orang ya

Surat terbuka kepada Menteri Kesihatan dan Pengarah HRPZII

Oleh : Jeming Hassan Salam sejahtera kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Assalamulaikum kepada Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan selaku Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II. Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam berusaha untuk meningkatkan kualiti dalam perkidhmatan kesihatan di Malaysia dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Y.Bhg. Dato' Dr. Ghazali Hasni bin Md. Hassan selaku Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II yang berusaha untuk menggubal dan melaksanakan polisi "Memberi perkhidmatan klinikal dan sokongan bagi mencapai tahap maksima dalam mencapai kepuasan pelanggan secara beretika, efisen dan profesional dengan membekalkan jagaan pesakit yang berkualiti, perkhidmatan diagnostik dan sokongan serta pemulihan awal yang melibatkan langkah-langkah peningkatan kualiti berterusan" seperti mana yang dijanjikan didalam Perutusan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zai

Mohon doa dari pembaca blog sekelian...

Oleh : Manjung Mari Salam Sejahtera.. Pepagi begini, aku dengan rendah hati memohon bantuan doa dari pembaca sekelian untuk keselamatan para pelajar Malaysia termasuk anak sulong aku sendiri yang berada di Mafraq Jordan... Menurut anak aku yang menghantar pesanan ...... Salam...semua sihat ke? doakan k.long kat sini. kelmarin hari jumaat, ada rusuhan besar dekat Mafraq (bukan dekat Amman tau)..rusuhan dekat bangunan Ikhwan Muslimin...bangunan IM dekat sangat dengan penempatan budak melayu yg perempuan....siap dibakar semua, nak roboh kan bangunan ni.. Sebab diserang, kerana puak-puak ni risau kalau IM gulingkan insitusi beraja dekat sini...Dorang kan sampai ada tahap sayang raja mcm dah sebahagian dalam aqidah... Doakan kitorang kat sini selamat.. Moga-moga doa para pembaca ada sedikit sebanyak dapat menyelamat keselamatan anak-anak kita yang berada di bumi Jordan..Insyaallah....

KIsah bloggers UMNO.

Oleh : AdukaTaruna Semalam gua berbual dengan seorang member. Dia mempunyai kenalan dalam UMNO. Dia menyatakan pendapat dia mengenai blogger UMNO. Ianya bermula apabila gua menyatakan kehairanan seolah2 blogger UMNO ini tidak fikirkan kepercayaan pembaca dengan beberapa isu fitnah. Contohnya gambar awek catur anak LGE tu. Banyak contoh lain lagi. "Aduka, diorang jadi blogger tak sama dengan lu orang sebelah sini. Diorang jadi blogger sebab ada imbuhan." "Gua tahulah. Tapi imbuhan pun, kalau lari pembaca, siapa nak beri imbuhan lagi?" "Menteri mana tahu bab2 statistik internet ni, bro. Motif utama bloggers UMNO ialah mendapatkan hit. Dengan bukti hit itulah mereka dianggap relevan diberi imbuhan." "Logik." "Bukan logik. Tapi realiti. Blog Che Det dulu tu sampai beribu komen. Lu ingat betul ke? Pelakon jer ramai tu. Sebenar maybe setengah, maybe suku dari itu. Blog UMNO semua benarkan Anonymous komen. Sebab nak buat seolah2 blogny

Alhamdulillah. PASTI GEMBIRA sudah beroperasi.

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://pastigembira.blogspot.com/ Terima kasih kepada semua. Dari Kelantan pusing turun, naik semula ke Perlis. Sarawak dan Sabah. Student2, di luar negara dan uma di Ireland. Semoga Allah merahmati kita semua.

Lagi video Langgar Hadi (6)

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/GscuvGQ54YM Lagi video Langgar Hadi yang diserahkan kepada gua by email. Gua rasa PAS Terangganu pun dah berbulu dengan Hadi Awang la. Tu pasal kali ni dia serahkan kepada gua. Cuma bahagian keganasan rakan2nya dia deleted dah. Kecuali muka2 yang rapat dengan Hadi Awang sahaja dia tak potong. Mamat yang tahan gua dalam video tu lah yang menahan gua ke tingkat 1. Kemudian gua jelaskan bahawa penahanan gua ini boleh dianggap satu penculikan, dan gua berhak membuat laporan polis, barulah team Pak Wahad masuk campur. Pengerusi masjid nampak cemas. Mamat yang tahan gua tu pun gelabah. Siapakah yang Allah hina dalam sejarah ini? Sudah pasti orang yang tidak layak memegang amanah, tetapi bermati2 mempertahankan jawatan atas alasan jemaah lantik.

Video : "Macam (tuduhan) Hasan Ali tu.." - TGNA

Oleh : AdukaTaruna Sumber :   http://youtu.be/WaB61GCJuoM Ketika TGNA menyebut nama Hasan Ali dan tuduhannya, HP gua dalam keadaan lock. Dan ini yang dapat gua rakam.

Adam Adli : Terima kasih Dewan Pemuda PAS

Sumber : Malaysiakini Dewan Pemuda PAS menegaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC baru-baru ini. "Tindak balas ke atas Adam Adli sangat keterlaluan. Ludah, pukul dan terkini (dakwaan) ugutan bunuh ke atasnya telah melepasi  batas kewarasan manusia bertamaddun," tegas ketuanya, Nasrudin Hassan. "Sekalipun mereka menganggap tindakan berani Adam menurunkan bendera Datuk Seri Najib sebagai satu kesalahan, tetapi tindak balas sedemikian adalah suatu tindakan yang sangat keterlaluan. "Insya-Allah, DPPM tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli,"katanya dalam satu kenyataan hari ini. Nasrudin berkata, seperti yang telah beliau tegaskan sebelum ini bahawa tindakan anak muda itu menurunkan bendera Najib perlu ditangani

Pendaftaran Projek Langgar Hadi di Rusila 2.0

Oleh : AdukaTaruna Sumber : HarakahDaily Apabila open check, nak gerak tak boleh sebab tak nak mati antara dua buah, dia bleh pilih buy time. Wakakaka. Tangguh pertarungan jap, g luar negara dulu, bila balik, keluar dalil dan ucapan hukum2 bermain catur yang dia hafal. Sungguh pun nampak macam terer dengan senarai hafalan,penghafal adalah penghafal. Terdapat 3 hujah yang perlu ditanya secara rakaman video (langgar). So, di peringkat awal, gua open Projek Langgar Hadi 2.0. Sesiapa yang nak follow gua bleh email gua adukataruna2008@gmail.com Daftar dulu. Boleh siap bagi pendapat. Gua pun kena fikir prioritynya juga sebersih2nya.

Memorandum PKR dan PAS mohon UPSI jangan tunduk campur tangan UMNO.

Oleh : SB UPSI

Peristiwa Harian di Kelantan (1)

Oleh : AdukaTaruna  Bersama rakan sekerja tempat lama yang berkahwin. Baung, Chekok.  Kek Burung Marah di kedai kek dalam Tesco. Kota Bharu. Jualan clear stok Kedai Barangan Elektrik Kemudi. Depan Kedutaan Thailand. Harga gila punya murah. LCD Toshiba 40" RM799. Tapi orang miskin macam gua beli pembakar roti RM9 untuk hadiah kawen member. Wakakaka.  Hari PEMIKIR di KTC Kelantan. Pelbagai info dan pameran. Di rumah kawen member. Azri. Bunut Payong.  Lepak sebentar sementara lauk siap. Wakakaka.  Selamat pengantin baru bro. Hingga bahagia hingga ke syurga. Pemuda PAS Kelantan pun ada. Tapi gua malas bergambar. Tak pasal2, dia kena tuduh macam2.

Patutkah manusia itu mengatakan dia ikhlas jika dia tidak diuji?

Oleh : AdukaTaruna [1] Ini adalah Almarhum Ust Hasan Shukri(gambar) selepas beliau tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dulu. Beliau tewas dengan Ust Nasaruddin Mat Esa, seorang tokoh muda ketika itu. Beberapa hari selepas pemilihan, di adakan mesyuarat AJK Pas Pusat, Beliau turut di jemput hadir. Ramai menjangkakan Almarhum Ust Hasan Shukri mungkin tidak hadir atas alasan baru saja tewas dalam pertandingan dan mungkin mengambil sedikit masa untuk 'sejukkan' hati, tetapi apa yang memeranjatkan sewaktu hari mesyuarat, beliaulah antara yg pertama ada dalam bilik mesyuarat PAS Pusat(d Taman Melewar ketika itu), beliau sempat menyapu dalam bilik mesyuarat dan beliaulah yg menyambut tetamu lain yg hadir (termasuk Ust Nasaruddin Mat Isa). Begitulah akhlak seorang pejuang Islam tulin, yg berjuang untuk jemaah dan bukan atas faktor peribadi yg apabila tewas...menjauhkan diri dengan jemaah dan sampai tak datang mesyuarat. Al Fatihah untuk Almarhum Ust Hasa

Hasan Ali : Soalan coverline dari Nik Abduh

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://adukataruna.blogspot.com/2009/12/gambar-adukataruna-topeng-perak-bakar.html 1. Gua bakar gambar dia lama dulu lagi. Pada tahun 2009. Secara poyonya kami berada beberapa tahun di depan semua pemimpin, penyokong dan blogger yang baru terhegeh2 menentang Hasan Ali sekarang ni. 2. Then, time gua mendamagekan pihak2 pro perubahan PAS akan kes Sultan Johor, Khalid Samad diputuskan digantung 6 bulan. 3. Selepas dicungkil Saari, Tantawi dikatakan terpedaya dengan air mata orang yang didakwa ada hutang 800k. Lalu Tantawi membuat kenyataan menyokong Hasan Ali. Ini sikap jujur dan naif Tantawi. 3. Tekanan meningkat kepada Hadi Awang. Seorang pemimpin PAS Pusat memberitahu gua, pihak Hadi takut isu Hasan ni membuatkan gua sampai ke Rusila sekali lagi. Gua tergelak. Ingatkan bergurau. 4. Tak lama kemudian, Stopa Ali change side. Wooo... then, tak lama lagi Hadi Awang akan buat statement. Agak2 berani tak Hadi Awang mengambil risiko dilanggar di Rusil

Al Fatihah : Damailah dirimu di sana.

Dengan nama Allah swt, Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji pujian hanya layak diberikan kepada Allah swt, Pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah saw, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya, para daie yang menyusuri jalan-jalannya, para pejuang yang memikul tanggungjawab menegakkan kebenaran yang diwariskannya serta selurh ummatnya. Adik annisa, wajah comel yang sering kelihatan di program-program rakyat, disorong penuh kasih sayang oleh si ibu, didokong penuh rasa cinta oleh si ayah, kini pulang menghadap Ilahi Rabbi. Wajah comel yang menyimpan sejuta kisah duka, wajah comel yang menyimpan sejuta kisah lara, wajah comel yang membuatkan setiap yang terpandang sayu hatinya, kini tiada lagi. Wajah comel yang diberikan harapan tinggi untuk hidup ceria oleh seorang ibu yang tabah, wajah comel yang diletakkan keyakinan tinggi untuk hidup normal oleh seorang ayah yang tidak pernah kenal erti lelah, kini tiada lagi.

Hasan dan Nash : Perlukah gua langgar Hadi di Rusila sekali lagi? (Video terbaru inside)

Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/WZqfCZERL3s Video ini baru sahaja diberikan kepada gua melalui email. Maybe orang Rusila sendiri yang bagi kot. Tapi video ni, adalah rakaman kejadian sebelum pengganas Rusila mengamuk terhadap gua dan rakan. Ianya terpotong (dipotong?) sejurus sebelum upacara rentap-merentap berlangsung depan Hadi Awang. Lelaki yang memegang baju gua itulah ketua dan pemula kepada acara belasah. Kejadiannya berlaku pada 7 Januari 2011. Ini adalah link kronologi kejadian. http://adukataruna.blogspot.com/2011/01/gua-akan-jumpa-hadi-di-rusila-lagi.html Pada hari kejadian peralatan rakaman seperti HP dan Kamera milik gua dan rakan telah dirampas oleh pengikut Hadi. Soalannya, perlukah gua melanggar Hadi Awang sekali lagi di Rusila, dalam kes Hasan dan Nash sekarang ini? Atau ianya sudah jatuh priority yang tidak lagi penting? Islam adalah agama hujah. Dan jika lu orang dapat memberikan hujah kepada gua bahawa priority Langgar Hadi di Rusila masih

Amaran ! : Dakwat kekal untuk pengundian berganda, atau dakwat kekal untuk halang pengundian berganda?

Oleh : AdukaTaruna Sumber : Ameno World Cuba lihat gambar itu. Pindaan perauturan pilihanraya akan dibuat. Pengundi yang enggan dicalitkan dengan dakwat kekal tidak akan dibenarkan mengundi pada PRU13 nanti. Sepatutnya pengundi yang sudah mempunyai tanda dakwat tidak dibenarkan mengundi. Bukan pengundi tiada tanda dakwat yang tidak dibenarkan mengundi. Usah2lah bergaduh bab Hasan Ali dan Nash tu. Insyaallah, jika Allah izinkan mereka akan tercabut sendiri. PRU13 ni ghaiblah mereka dari PAS dan true color lah mereka. Hadi Awang sendiri akan tercabut. Cuma lambat sikit la. Pemilihan yang akan datang. Yang penting dan priority ialah dakwat kekal sedang dimanipulasikan. Jika menurut Utuseks Malaysia ni, bermakna, penggunaan dakwat TETAP TIDAK MENGHALANG PENGUNDIAN BERGANDA. Nanti gua akan kemukakan cadangan bagaimana nak minimakan pengundian berganda. Insyaallah.

Semua pelajar universiti diwajibkan berdemo bantah Adam Adli.

Dari sumber rakan student, UMNO mewajibkan pihak universiti mengerahkan pelajarnya berdemo membantah Adam Adli. Ianya akan dimainkan di media perdana milik mereka. Seperti isu kerahan wajib pelajar UiTM semasa zaman Misai tu. Harap2, SMM dan BEBAS boleh tunjukkan solidariti balas mempertahankan Adam Adli kurang seminggu dari demo kerahan UMNO itu. Insyaallah. Kalau berkemampuan, gua akan join untuk liputan.

Adam Adli dipelawa ke Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna Kepada adik Adam Adli, gua dan rakan2 Kelantan mempelawa lu ke sini. Kelantan ni dah macam tempat perlindungan politik dah. Masa Anwar dalam UMNO, dia la raja kutuk PAS dan Kelantan. Bila kena pecat, susun kubu, dan raih simpati di Kelantan. Mahathir pun untuk roadshow lawan Paklah, Kelantan juga. Bergaduh sampai kena spray pemedih mata. Gua pun ke Kelantan juga. Tapi gua takpala.. dah memang bini gua Kelantan. Ngee.. Gua dengan bantuan sek2 Kelantan, insyaallah boleh adjust lu di sini. Untuk sementara waktu. Maybe lu bleh ajar kami cara2 menurunkan bendera Najib tanpa dilihat oleh pengawal keselamatan dan polis. Tinggi gak ilu lu tuh. Jika lu terbaca ini, dan berhajat untuk ke Kelantan, sila pertimbangkan tips gua ini : 1. Cabut sim kad yang didaftarkan dengan nama lu. Setakat off hp tak berapa yakin. Guna sim kad orang lain. 2. Jangan lakukan urusan duit di ATM milik akaun lu. Guna akaun orang lain. Kasi (dedahkan) no akaun lu untuk kutipan derma, dan se

Adam Adli : Mohon Pemuda PAS masuk campur.

Keluarga diugut,Adam Adli sembunyikan diri. Pulau Pinang, 19 Dis : Situasi terkini seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli yang bertanggungjawab menurunkan bendera Datuk Seri Najib di PWTC kian genting. Terbaru, setelah menerima ugutan Pemuda UMNO kawasan Petaling Jaya Utara semalam, beberapa rakan beliau telah dibelasah dan dipukul sekumpulan pemuda di sekitar Kuala Lumpur lewat petang semalam. Menurut sumber, sekumpulan pemuda berkenaan telah mengesan mahasiswa melalui beberapa gambar dan rakaman video ketika himpunan 17 Disember lalu. Mereka kemudiannya bergegas mendapatkan maklumat dan setelah itu, mereka diberitakan ingin mendapatkan Adam Adli tetapi menemui jalan buntu. Namun mereka berjaya menemui rakan Adam yang kemudian dipukul hingga menyebabkan beberapa bahagian badannya calar dan luka kecil setelah rakannya menyatakan tidak mengetahui tempat Adam sembunyikan diri. Laporan polis diberitakan akan dibuat petang hari ini. PEKIDA data

Kah3.. Armand UMNO diejek budak2 Myspace.

Sumber : http://youtu.be/Mz5oohVmjzM

Bonda Jeming Hassan menemui Allah.

 Gambar oleh Syaz GEGAR Oleh : AdukaTaruna Bonda kepada aktivis yang paling dikenali di Kelantan, Jeming Hassan, telah menemui Allah pagi tadi sekitar jam 2 pagi. Beliau dipercayai mengidap penyakit darah tinggi. Meh la kita sedekahkan Al Fatihah kepada bonda Jeming Hassan yang tercinta. Sesiapa yang tak setuju sedekah Al Fatihah, jangan dok baloh2, kita pakat2 doakan yang terbaik untuk beliau. Doa kompom sampai. Makbul ke tak jer tajuknya. Solat jenazah selesai jam 10 pagi tadi. Lokasinya di rumah Jeming. Kepada yang mahu ziarah, tetapi tak tahu rumah Jeming Hassan Full , harap janganlah tertepon2 Jeming. Sudah tentu dia sibuk ya amat. Apatah lagi dalam keadaan sedih. Datang jer kat padang bola Penjara Pengkalan Chepa, anda pasti akan nampak kereta banyak2. Jangan masuk penjara tu plak. Tu tempat Jean Francoise selepas PRU13 nanti.

Video dan gambar : Pemuda UMNO serbu Mahasiswa UPSI

Oleh : SB UPSI Lebih kurang 50 ahli dipercayai Pemuda UMNO yang menggunakan platform seperti wakil felda, PERKASA dan lain-lain telah menyerbu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). UMNO yang terkenal mencarut dalam berdemo telah mencarut, provokasi warga mahasiswa UPSI berkenaan hal turun bendera Najib di PWTC. Di bawah adalah gambaran keadaan di UPSI.