Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

N3 untuk orang yang bakal berkahwin.

Oleh : AdukaTaruna [1] Mutlak itu adalah Allah. Cuma kita bercakap soal asbab. Dan soal kefahaman. Dan juga soal hak gua mengguna kefahaman gua di sebalik kefahaman tipikal yang sedia ada. Sejak awalnya kehamilan isteri gua, gua sedaya upaya menentang apa yang gua tak setuju. Ianya memerlukan seni, dan juga kedegilan. Kerana kefahaman tipikal yang tidak dibuktikan itu datangnya dari sanak keluarga. Bermula soal pantang pemakanan, pucuk paku (makanan bisa sebab namanya bisa), nasi himpit (makanan yang ditekan), nenas, etc. Alhamdulillah, isteri gua memakan apa sahaja yang baik, tanpa kefahaman budaya, dalam kuantiti yang tidak memudaratkan. Perbandingannya, rakan isteri gua yang juga jiran depan rumah, keguguran. Di mana gua percayai, kandungan awal itu tidak mendapat zat yang cukup akibat pantang larang dan fahaman tidak mahu anak besar dalam perut. Walaupun mereka sekeluarga menyalahkan makanan terakhir yang diambil sebelum gugur (pucuk ubi). Apa pun, sekali lagi, gua aku

Gua bersara menulis.

Oleh : AdukaTaruna Aksi tak senonoh Jeming mengopek durian sehingga seluar pun terkopek. Selamat pengantin baru Jeming. Kah3.. Sori bro.. gua bersara menulis. Sebab gua nak fokus pada tugasan meminang bagi pihak Jeming Hasan. Maybe dalam minggu depan, gua sambung menulis balik. Pastu bersara balik sebab bini gua meletup. Pastu sambung balik. Ngeee... Doakan gua.. yeyeehhh...

Beza badan disiplin Bukan Melayu dan Melayu

Jalur Gemilang: DAP gantung Adun Kota Alam Shah September 23, 2011 Bendera Malaysia dikibarkan semasa perarakan Hari Merdeka di Kuala Lumpur, 31 Ogos 2009. — Foto Reuters KUALA LUMPUR, 23 Sept — Adun Kota Alam Shah M. Manoharan digantung oleh partinya selama enam bulan berhubung satu kenyataan tentang Jalur Gemilang menerusi Facebook, minggu lalu. Keputusan diambil oleh jawatankuasa disiplin parti hari ini. Manoharan berkata beliau telah menerima surat penggantungan dan akan membuat rayuan, demikian lapor The Star Online.

Pandangan gua mengenai polemik hudud terkini.

Oleh : AdukaTaruna [1] Maqam TGNA memang langit dengan bumi la banding dengan gua. Dari segi bimbang dan takutnya kepada Allah. Tu sebab kalau boleh, sebelum beliau menemui Allah, dia sudah laksanakan perintah Allah (hudud). [2] Gua pula pandang mendapatkan negara yang adil dari segi ekonomi, telus dari segi penguatkuasaan, ruang ketidak seimbangan sosial yang minima, ketiadaan takrifan kasta terhadap undang-undang dan sebagainya adalah lebih aula dari hudud. Atau kata lainnya, hudud HARAM dilaksanakan dalam keadaan hudud itu pasti hanya berjaya dikuatkuasakan terhadap orang2 miskin dan lemah. Manakala orang kaya dan berkuasa pasti selamat. Itu keadaan negara kita sekarang ini. Jika Kelantan sudah bersedia pun, tetapi agensi menegakkan hudud itu terletak di pusat. Polis, kehakiman, penjara, etc. Maka, sudah pasti juga hanya orang2 miskin dan lemah sahaja yang tertakluk kepada hudud. Sekaligus gua percaya melaksanakan hudud pada keadaan sekarang adalah haram. [3]  Mengka

Seperkara yang dibuktikan dalam Isu Zizan Raja Lawak.

Oleh : AdukaTaruna [1] Minggu lepas, gua dipanggil menghadiri satu mesyuarat tertentu. Dalam mesyuarat itu, kami sepakat untuk menggunakan istilah Barisan Pembangkang bagi merujuk kepada Barisan Nasional. Sungguh pun begitu, untuk menyatukan kesemua pejuang alam maya menggunakan istilah yang sama adalah sukar. Ianya memerlukan satu resolusi bersama dalam satu perjumpaan besar para facebookers dan bloggers. Cuma, diharapkan pimpinan PAS Kelantan boleh memulakannya dahulu. Sebagai istilah rasmi. [2] Pengundi emas semakin susut. Mati dari tahun ke tahun. Sempadan kawasan beristilah hutan semakin kecil. Capaian internet semakin luas. Pengundi muda dan baru ratus ribu untuk setiap tahun didaftarkan. Semakin lewat PM membubarkan parlimen setiap tahun, semakin pendek penggal2 pemerintahan Barisan Pembangkang ini. Dari isu Zizan, kecaknaan Zizan memohon maaf, menghubungi Azhar Idrus untuk rujukan, komen dan hujah pengarah, lembaga penafisan filem dan sebagainya adalah satu bukti kebe

Kerajaan tidak boleh halang pulau Sabah 'dijual UMNO' - Datuk Osman Jamal

KOTA KINABALU, 21 Sept (Bernama) -- Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri Datuk Osman Jamal berkata kerajaan negeri sememangnya mengetahui iklan penjualan tiga pulau berkenaan -- Mengalum, Pandanan dan Montukod -- tetapi tidak boleh menghalangnya kerana pulau-pulau berkenaan milik persendirian. "Bagaimanapun pemilik pulau mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan Pemungut Hasil Tanah sebelum boleh menjual tanah mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Hari Raya anjuran Bahagian Akhbar dan Penerbitan Jabatan Ketua Menteri di Wisma Innoprise di sini, Rabu. Osman diminta mengulas iklan yang dikatakan untuk menjual pulau-pulau tersebut menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada. Sebuah akhbar tempatan semalam dipetik melaporkan bahawa ketiga-tiga pulau terbabit, pertama Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar ditawarkan pada harga US$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hek

Hantu Bonceng : Gua tak setuju dengan Azhar Idrus. Apatah lagi Tantawi.

Oleh : AdukaTaruna [1] Ostad Azhar Idrus oyak, Zizan tak salah. Yang salah ialah penulis skrip, pengarah. Kalau ambil premis Ostad Azhar, gua ambil keputusan Azhar Idrus salah. Sebab gua tak fikir adengan itu mengikut skrip. Gua lebih yakin adengan itu adalah dialog spontan yang keluar dari seorang pelawak yang berbakat. Gua percaya skrip tulis benda lain. Dan oleh kerana watak itu hidup, dan spontan itu menjadi, maka, adengan rakaman itu digunapakai pengarah. Teori gua lah. Jadi, sekali lagi jika diambil atas premis cara Azhar Idrus menyelesaikan isu, bukan sahaka penulis skrip, pengarah dan penapisan filem salah; tetapi Zizan turut bersalah. Dan seterusnya langkah Zizan memohon maaf adalah dipuji. [2] Namun, gua lebih suka ambil premis Al-Bakistani dalam isu ini. Zizan hanya menggangu sensitiviti masyarakat. Dan bukannya menghina Islam. Apa yang Zizan lafazkan adalah 2 ayat yang berlainan. Malah dari segi nahu / tajwid pun Muhammadarr tidak boleh disambung syaitan seperti

Mat Indera di Seremban Sabtu ini

Gambar rumah Mat Sabu cuba dibakar

Sumber : SharpShooter Kesan habuk terbakar yang melekat di pintu pagar rumah Mat Sabu Kesan terbakar pada lantai dan pintu pagar Kesan terbakar pada suis loceng rumah. Pintu pagar rumah Haji Mohammad Sabu Timbalan Presiden Pas di Seksyen 19 , Shah Alam telah dibakar malam tadi kira-kira jam 12.30 malam.Kejadian yang disedari jiran sebelah rumah Mat Sabu yang ketika itu mahu menunaikan solat. Jiran Mat Sabu yang berada di tingkat atas rumah memberitahu, beliau ketika itu sudah memakai telekong dan nampak api sedang membakar pintu pagar rumah Mat Sabu dan terdengar bunyi yang kuat di luar rumah.Beliau turun ke bawah untuk memadam api yang sedang membakar pintu pagar rumah Mat Sabu. Ketika beliau sampai di hadapan rumah Mat Sabu ,jiran hadapan rumah Mat Sabu yang nampak api sedang bakar pintu pagar rumah Mat Sabu telah bertindak pantas memadam api kebakaran.Ketika kejadian Mat Sabu dan isterinya tidak ada di rumah .Hanya anak perempuan Mat Sabu sahaja ad

Carta Capaian Intelektual Tantawi

Oleh : AdukaTaruna Rujukan : Kenyataan di blog Tantawi. Bermula januari 2011 sehingga terkini. N3 hiburan Hantu Bonceng. Tidak termasuk kenyataan dan minat yang dipamerkan melalui media2 bukan blognya. Sektor Hiburan : Capaian intelektualnya. Yakni liputan dan minat Tantawi terhadap isu hiburan, konsert, gosip artis dan sebagainya. Sektor Perundangan : Capaian intelektualnya. Dalam tajuk perundangan. Seperti ISA, hak asasi manusia, AUKU dan sebagainya. Sektor Perisikan : Capaian intelektual dan kemampuan. Dalam tajuk yang memerlukan kajian, risikan, gerak kerja, siasatan, proksi sulit dan sebagainya. Seperti isu rasuah, skandal, harta pimpinan, Felda, CLC, saham pemilikan, dokumen2 sulit, daftar pemilih, saksi, pendedahan dan sebagainya. Sektor provokasi agama : Capaian sentimen. Bukan capaian intelektual. Isu2 provokasi agama seperti Nagara Kristian, FB / blog budak2 menghina agama, murtad, kepala babi, dan sebagainya. Ringkasan. Nik Abduh gua lagi la tak tahu. Tap

Azizan PAS : Perlukah duit rakyat dibelanjakan untuk kenderaan kasta?

Oleh : AdukaTaruna Alor Setar - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri. “Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya. 1. Apa mekanisme kerajaan Kedah dulu (Barisan Pembangkang), dalam kes yang sama? Yakni kereta untuk tetamu kenamaan? Jika sudah ada kereta terdahulu, mengapa tidak mengekalkan mekanisme yang lama? Mengapa perlu dibelanjakan duit kasta dan keringat rakyat untuk tetamu kasta kenamaan? Islam apakah ini? Tidak perlu beli kenderaan mewah itu. Hanya gunakan dan kekalkan mekanisme kerajaan dulu. Jika ada kereta lama, berikan

Bual Bicara Langgar Meja 6 (negara impian gua)

Bual Bicara Langgar Meja 5 (negara impian gua)

Ini adalah negara impian gua. Yang ingin dicapai melalui wadah demokrasi. Setuju, setuju, tak setuju bleh bantah. Link Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=UcQspYwV16o

Bual Bicara Langgar Meja 4 (polis serbu)

Link Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=AtLyGoDJrbc

Gadis hilang dicari.

Dari Blog Facebookaans : Mohon Tolong Cari Anak Perempuan Saya Mohon tolong saya mencari anak perempuan saya yg berbaju merah didlm gambar yg mana telah hilang mlm tadi semasa sambutan hari satu Malaysia di padang MPS mlm tadi. Umur 13 thn. Amat memerlukan kerjasama dari anda semua. Nama: Aishah Shafika Bt Azman (Pelajar sekolah KGV) Contact menggunakan akaun Facebook di bawah: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000601242505 Sumber berita dari : http://facebookaans.blogspot.com/2011/09/mohon-tolong-cari-anak-perempuan-saya.html

Saiz China dengan saiz Afrika tak sama beb.

JOHANNESBURG: Mahkamah Afrika Selatan melarang kerajaan membeli 11 juta kondom dari China atas alasan ia terlalu kecil untuk kegunaan di negara berkenaan. Sebelum ini, Kementerian Kewangan Afrika Selatan memberikan kontrak pembekalan kondom itu kepada syarikat Siqamba Medical. Akhbar Beeld melaporkan, syarikat terbabit bercadang mendapatkan bekalan itu dari China. Sebuah syarikat yang bersaing dengan Siqamba Medical, Sekunjalo Investments Corp, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Pretoria selepas gagal dalam bidaan kontrak berkenaan. Menurut Sekunjalo, kondom yang mereka bekalkan 20 peratus lebih besar berbanding produk China itu. Hakim Mahkamah Tinggi Pretoria juga memutuskan, kondom dari China itu dibuat dengan bahan yang tidak sesuai, selain gagal mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - AFP

Golok di bom.

60 cedera, dua maut dalam tiga serangan berasingan di selatan Thailand SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand): Rakyat Malaysia antara yang dipercayai maut dalam serangan bom yang dilakukan serentak di tiga lokasi berasingan dalam kejadian bom di Sungai Golok malam tadi. Laporan awal pihak berkuasa menyebut kira-kira 60 orang cedera dalam kejadian pada jam 7.15 petang waktu Thailand (8.15 malam waktu Malaysia), tetapi tidak diketahui sama ada cedera parah atau sebaliknya, manakala dua orang terbunuh termasuk seorang rakyat Malaysia yang belum dikenal pasti identitinya. Setakat jam 10 malam tadi, belum diketahui berapa ramai rakyat Malaysia yang cedera. Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Chakapon Phanon, ketika mengulas kejadian berkata, tiga lokasi serangan membabitkan dua hotel iaitu Hotel Parkson dan Hotel Merlin serta sebuah tokong. Katanya, semua mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Sungai Golok. “Jarak antara kedua-dua hotel yang menjadi lokasi serangan berada

Falsafah nama anak gua.

Oleh : AdukaTaruna Gua ada menetapkan falsafah dalam memilih nama anak gua. Walau pada mulanya bini gua bantah, tapi gua kan laut masin. Air oren ke, air teh ke, air sungai tawar ke, mengalir beratus tahun ke laut, ianya tetap masin. Muahahaha. Mula2, gua nak nafi dakwaan rakan Taliban . Dia cakap gua promosi dalam era.fm. http://www.era.fm/Interaktif/Podcast.aspx Buat seketika ini, nama anak gua kalau lelaki ialah : Khai Muhammad Aduka Khai Muhammad Taruna Khai Muhammad Markisa Khai Muhammad Indera Khai. Khai adalah nama baka. Nama keturunan. Gua nak start dan bentuk keturunan gua sendiri. Macam Nik, Wan, Tuan, Dayang, Syed, Syarifah, etc. Nama gua adalah Khairul, perkataan Arab. Nama bini ialah Khairuz. Perkataan campuran nama ayah dan mak. Nama Cina tak tahu maksud (nenek bini gua Cina). Jadi Khai adalah permulaan kepada generasi gua sendiri. Insyaallah. Muhammad. Muhammad adalah identiti agama anak gua. Beban yang dia junjung. Amanah yang dia pijak. Atas dun

Falsafah gua mengenai tukar agama.

Tukar agama pelajar: Hindu Sangam mahu jumpa PM Pertubuhan Hindu Sangam Malaysia (MHS) membidas pembabitan kakitangan sebuah kolej tempatan di Perlis yang bersama-sama anggota Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) mengislamkan pelajar India di negeri itu. Oleh : AdukaTaruna Sumber : Malaysiakini. Label : Falsafah [1] Kali ini bacaannya panjang. Yang nak baca, baca. Yang tak nak baca, skip. Jika ditanya pada gua, siapakah model contoh negara yang gua mahukan bagi tanah air dan darah gua ini, gua mengatakan masa kini tiada model contoh. Tetapi, jika zaman dulu ada. Yakni di zaman khalifah Islam yang 4 terawal. Ya, memang benar. Untuk contoh model tersebut, perbahasannya antara realiti dan fantasi. Tetapi, setidak2nya itulah asas untuk gua menetapkan falsafah dalam kebanyakan isu. Termasuk tajuk khusus N3 ini. [2] Zaman khalifah, kita tidak dipisahkan, disentimenkan dengan sehelai kain yang dicipta bernama bendera. Pemerintahan suku-suku. Perlembagaan asing-asing. Negara lu,

Polis era BN gesa bayar zakat di sini.

Sumber Gambar : IAR

Perlu ada buku khas tawaran kepada pengundi muda.

Oleh : AdukaTaruna Memang lebih rasmi dan mutlak dalam Buku Jingga. Tapi gua harap PR boleh mengeluarkan 'buku kecil' khusus untuk pengundi muda dari segi ekonomi. Lebih detail dan lebih sesuai dengan generasi muda. Dan jika PR sukar untuk mendapat titik bersama dalam hal ini, PAS, DAP dan PKR maybe boleh buat dalam bentuk cadangan kepada kerajaan Malaysia baru. Untuk menjelaskan pendapat gua, gua menulis begini : 1. Satu perlancaran manifesto tawaran dari Malaysia Baru untuk generasi muda. Oleh siapa? Pemuda PR. Atau. 2. Satu perlancaran cadangan kepada Malaysia Baru untuk generasi muda. Oleh siapa? Pemuda PAS / pimpinan PAS / Pemuda PKR / sebagainya. Dalam bentuk cadangan yang akan didesak dalam Malaysia Baru. Bentuk2 tawaran yang mungkin menarik terhadap generasi muda : [1] Liberal dasar automotif. Hapuskan monopoli. Kilang Proton dan perodua hanya boleh memberi peluang pekerjaan sebanyak 50 ribu (contoh). Tapi jika monopoli dihapuskan, atau kereta yang m

Telefon gua dirampas Rusila lagi.

Oleh : AdukaTaruna Gua dah bgtau kat FB. Tapi rasanya kena bagitau kat blog juga. Takut2 ada pembaca gua yang tak ke FB. Berkat dari penurunan cukai 6% kredit tepon, maka tepon gua pun turun menjunam dengan lajunya dalam paya bakau ketika mencari lokan. Telefon buatan komunis China gua telah gugur diperbatasan. Sapa2 yang cuba menghubungi gua, harap bersabar. Ada kala boleh, ada kala jadi komunis lama. Hua3... Lepas ni, sapa2 sms gua, pastu gua tanya sapa, jgn kecik hati ala2 Ezam. Memori semua on phone. Phone plak dirosakkan Rusila Paya Bakau. Yeyehh... padan muka gua.

Apabila UMNO sepakat mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah.

Oleh : AdukaTaruna 1. Mula-mula mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah. British adalah penaung dan pelindung. 2. Kemudian, bila kalah PRU, UMNO mengatakan Malaysia tidak pernah merdeka. Selama ini Malaysia hanya membayar ufti kepada British. Melakukan ritual kalung bunga di tugu pahlawan British. UMNO menjemput British kembali ke Malaysia bagi membatalkan kemenangan PR.

Pantun bersepah dari gua.

Komunis lama sungguh la.. apsal comment facebook plugin gua tak muncul nih? Panas punya pasal, hambek pantun bersepah gua nih : Komunis Baru, Komunis Lama. Sebab anak aku kawin komunis, Komunis Lama jahat, Komunis Baru baik. Najib lu memang barua.

Pendapat gua mengenai Khairy.

Oleh : AdukaTaruna Label : Pendapat Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy. [1] Kata-kata Mat Sabu ni membuatkan gua rasa nak share pandangan gua mengenai Khairy. Malas taip, gua taip Keri lepas nih. Gua tak menolak Mat Sabu berkata atas dasar taktikal atau sinis, tapi N3 ini mengambil kira atas dasar serius dan jujur. Keri baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS. Bukan sekali gua dengar pendapat dari penyokong / blogger PR yang Keri ni hebat. Terbaru Syauqi masa majlis dialog secara terbuka membandingkan Keri dengan Tantawi. Dinafikan Husam. Fine, kalau banding dengan Tantawi, gua rasa Parpu Kari lebih hebat dalam arus politik. Gelojak isu2 negara seperti kedaulatan negera, pemilihan hantu, sehingga isu intelektual sejarah negara, Tantawi dan Nik Abduh adalah manusia yang mandom dari segi pemikiran. Tantawi dan Nik Abduh hanya muncul ketika isu konsert Justin Bibir. Bermakna, pada gua Husam salah. D

Projek cool : Print out, hadir dan bergambar bersama.

Oleh : AdukaTaruna Dengar sini orang2 kampong! Pergh.. dah macam dialog Bukit Kepong plak. Isnin ni, pada jam 9 malam, ada forum antara Mat Sabu dengan Prof Mohamad. Rujuk poster nih. Gua cadangkan lu orang print out gambar yang gua buat ni, atau yang lebih baik. Sekurang2nya saiz A4, atau yang lebih besar semampu lu orang. Then kita kumpul bersama2. Ambil gambar sambil mengangkat print out masing2. Lepas tu, tepek dalam medium lu orang masing2. Cool maa.. Sama ada FB, blog, MS, handphone, Bluetooth, bla bla bla. 

AdukaTaruna Jr @ Golok, Thailand.

Oleh : AdukaTaruna Label : Peribadi Gua pergi Tesco, Maidin lepas balik dari Golok tadi. Usha bendera British. Ingat nak beli dan bikin panas di KB Mall. Kan ke negara kita tak pernah dijajah. Tak pernah dijajah, maka tak ada perkataan merdeka wujud dalam kamus. Macam Thai. Maka, kita guna bendera Tanah Melayu masa zaman Bukit Kepong. Mana gua nak dapat bendera Union Jack woi... sapa puak2 Punk British kat sini, pos ke gua bendera British satu, bro. Takan gua nak bakar bendera Man U plak? Ah... lantak la.. penyokong PR memang bodoh. Bukankah top up kita masih rendah berbanding Zimbabwe. Bersyukur la sikit. Kita perlu tanya apa sumbangan kita pada kerajaan. Bukan tanya apa sumbangan kerajaan pada kita. Khaakkhhh ptuih! Adik gua. Atas 'motor sungai'. Tambang RM1 sehala. Meninggalkan bendera Kelantan di seberang sana. Pada awek2 yang nak no tepon adik gua, harga boleh dirunding. Kah3.. Hah! Sampai dah.. sampai dah... Pengkalan Tok Awang. Mesti Tok Awang ni ged

Bergambar : Wan Ji isytihar keluar PKR. Masuk UMNO.

9 September, Manek Urai - Blogger dan pendakwah bebas yang sinomin dengan PAS, yang sebelum ini menyertai PKR tidak sampai seminggu, kini mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai UMNO. Turut mengikuti jejak Wan Ji ialah rakan-rakannya seperti Jeming Hasan, Hjosama Gi, Topeng Perak dan lainnya seperti yang berada dalam gambar. Kecuali ustaz kelulusan Jordan berwajah tidak setuju yang berada di depan Topeng Perak itu. Menurut Ketua AMK, Sam Balai, Wan Ji bertindak demikian kerana penyakit Kurang Kasih Sayang dari Anwar Ibrahim. Sebaliknya dinafikan Wan Ji dengan menegaskan beliau hanya ditawarkan jawatan Kopi Boy. Tidak seperti yang dijanjikan. Dengan keputusan Wan Ji keluar dari PKR, sumber yang rapat dengan parti itu memberitahu, Nurul Nuha kini berada dalam status single. Terbuka untuk di adjust oleh Jean Francois, Eddy Gordo, Wmashor dan Anuar Daud dan lainnya. ABF.

Berani mati : Seketul ganja mampat telah diposkan ke rumah gua.

Oleh : AdukaTaruna Pukul 10 malam tadi, gua and Jeming buat sesi video. Borak2 politik. Cameraman merangkap moderator adalah Poji. Then gua blah sebab gua masuk kerja pukul 12 malam. 1 syif 2 orang. lepas settle apa yang patut, gua make a deal. "Bro gua ada kerja merapu nih. Rumah Poji. Lu jaga dulu sampai pukul 3, gua jaga sampai pagi. Beres?" "Bereh." Sampai kembali rumah Poji. Nak join Hazwan, Hjosama bertekak dengan Ostad Wan Ji. "Hah Aduka. Makan gaji haram." Terkena gua dengan Ostad Wan Ji. Hua3... Jangan sampai gua rampas Nurul Nuha, Ostad. Mentang2 masuk PKR. Wakakaka.. Balik kerja gua sambung buat design t shirt yang tak settle. Tengah buat sambil berfesbuk, tiba2 ada orang tanya bini gua. "Ado Khairul Nizam ko ghumoh ni?" Ni samseng Rusila mana plak langgar gua nih. Ayahanda Hadi Awang. Gua keluar. "Apa kes bro?" Gua tanya satu mamat naik EX5 tak buka helmet. 'Ada bungkuse be." "Oooo..

Bergambar : Majlis meraikan Ostad Wan Ji masuk PKR.

Cerita dalam gambar. 1. Aksi Jeming Hasan ketika diumumkan beliau memangku Ketua Pencadang kepada sayap baru dalam PKR. Puteri PKR. 2. Aina Sayuti tergamam apabila SB Hazwan meluru masuk dan mengambil gambar. 3. Bakal tahanan ISA, Hjosama Gi tidak sempat meng cover muka. 4. Topeng Perak tak sempat lari. Baru nak bangun. 5. Wan Ji tergamam apabila ditugaskan menarik masuk Ibrahim Ali ke dalam PKR.