
JOHANNESBURG: Mahkamah Afrika Selatan melarang kerajaan membeli 11 juta kondom dari China atas alasan ia terlalu kecil untuk kegunaan di negara berkenaan.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan Afrika Selatan memberikan kontrak pembekalan kondom itu kepada syarikat Siqamba Medical.
Akhbar Beeld melaporkan, syarikat terbabit bercadang mendapatkan bekalan itu dari China.
Sebuah syarikat yang bersaing dengan Siqamba Medical, Sekunjalo Investments Corp, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Pretoria selepas gagal dalam bidaan kontrak berkenaan.
Menurut Sekunjalo, kondom yang mereka bekalkan 20 peratus lebih besar berbanding produk China itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Pretoria juga memutuskan, kondom dari China itu dibuat dengan bahan yang tidak sesuai, selain gagal mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - AFP
kawan aku cakap kalau nak pilih... pilih yang ada perasa strawberi.... entah la camne .... aku tak penah beli menatang ni.... hehehe
ReplyDelete