Skip to main content

N3 untuk orang yang bakal berkahwin.

Oleh : AdukaTaruna

[1]

Mutlak itu adalah Allah. Cuma kita bercakap soal asbab. Dan soal kefahaman. Dan juga soal hak gua mengguna kefahaman gua di sebalik kefahaman tipikal yang sedia ada.

Sejak awalnya kehamilan isteri gua, gua sedaya upaya menentang apa yang gua tak setuju. Ianya memerlukan seni, dan juga kedegilan. Kerana kefahaman tipikal yang tidak dibuktikan itu datangnya dari sanak keluarga.

Bermula soal pantang pemakanan, pucuk paku (makanan bisa sebab namanya bisa), nasi himpit (makanan yang ditekan), nenas, etc. Alhamdulillah, isteri gua memakan apa sahaja yang baik, tanpa kefahaman budaya, dalam kuantiti yang tidak memudaratkan.

Perbandingannya, rakan isteri gua yang juga jiran depan rumah, keguguran. Di mana gua percayai, kandungan awal itu tidak mendapat zat yang cukup akibat pantang larang dan fahaman tidak mahu anak besar dalam perut. Walaupun mereka sekeluarga menyalahkan makanan terakhir yang diambil sebelum gugur (pucuk ubi).

Apa pun, sekali lagi, gua akur, kuasa mutlak itu pada Allah, manakala pantang atau belasah hanyalah pembolehubah atau asbab yang disistemkanNya. Semoga Allah ampunkan dosa2 gua yang jahat ini, dosa2 semua muslimin muslimat. Mudah, selamat dan sempurnakan anak dan keadaan kelahiran isteri gua. Amin.

[2]

Seterusnya, bab2 ritual Melayu. Lenggang perut. Dan juga jamah bidan. Sukar untuk menentang fahaman Melayu yang terdiri dari sanak keluarga. Memang impaknya pada gua, gua boleh tahan. Tapi impak pada isteri yang terpaksa memilih gua dan budaya sanak keluarga? Sapa2 yang belum kawin, harus baca N3 ini untuk persediaan mental.

"Eh.. kenapa tak buat lenggang perut?"

"Tak, suami buat solat hajat sesama adik-beradik dia jer. Buat suami-isteri."

"Eh.. kena pelepas jugak. Bidan kena jamah perut tu."

Suami dan isteri akan duduk situasi ni, kalau anda memilih untuk menentang Melayu.

Alhamdulillah. Setakat ini, tiada ritual Melayu. Dan kepada Yang Maha Berkuasa Pada Tiap2 Sesuatu itu, gua mohon kemudahan, kesihatan, sempurna dan selamat. Amin.

[3]

Akhirnya, tewas juga gua dalam tajuk [3] ini. Isteri gua ketika sebelum hamilnya, telah menyebut mahu bersedekah pulut kuning kepada jemaah surau, sekiranya hamil. Satu niat yang diikatkan kepada menu makanan. Satu nazar yang spesifik. Sempit. Alangkah baiknya jika isteri gua hanya berniat mahu bersedekah kepada jemaah suaru. Atau lebih baik mahu bersekah sahaja. Umum, tidak kebangsaan (menu makanan bangsa); tidak mempunyai sasaran (jemaah surau). Ianya sangat memudahkan.

1. Tidak terikat kepada objek yang mahu disedekahkan.
2. Tidak terikat kepada golongan sasaran penerima sedekah.
3. Tidak terikat kepada nilai pasaran objek yang mahu disedekahkan.

Pada mulanya, gua berijtihad, niat itu tidak wajib ditunaikan. Allah tidak mengambil kira niat orang yang tidak tahu akan sesuatu itu. Atau satu niat yang lari dari falsafah Islam, haram jika ditunaikan. Tapi tekanan dari keluarga isteri, gua mengalah juga akhirnya. Setelah hampir 9 bulan kandungan, gua bertahan.

Beli beras pulut, hantar pada mak saudara buat pulut, tangguh tarikh sedekah, beli polestrin burger untuk bekas pulut, buat telur dadar pelbagai warna, buat gulai ayam, jemput pulut kuning dari rumah mak saudara, masuk kerja, keluar sebentar, hantar surau, ball joint bush kereta gua problem, kepala plak tiba2 sakit. Macam Allah nak tunjuk plak apa yang gua buat adalah salah.

Warghhhhhhhh....... alangkah mudahnya gua menjadi seorang muslim berbanding seorang Melayu.

[4]

Sedekah pulut kuning (nazar sebenar) sambil solat hajat (cubaan gua mengIslamkan nazar) berlaku tadi. Di surau, lepas magrib, ada kuliah agama. Gua sampai ketika 5 minit kuliah bermula. Menjelang tamat kuliah ustaz smash gua tepat pada batang hidung. Bab solat hajat. Pergh...

Lebih kurang dialognya begini. Tapi dalam dialek Kelantan yang tak berapa pekat la.

"Nabi suruh sangat kita solat hajat sendiri. Kita yang nak minta pada Allah, buat apa suruh orang lain mintakan? Boleh passing2 pulak."

"Tapi, dibolehkan solat hajat secara berkumpulan. 40 orang. Dengan harapan, dalam 40 orang itu, ada orang yang doanya makbul. Itu pun, orang yang minta tu kena ada sekali la solat sama. Tak boleh main pasing2. Saya dimaklumkan ada solat hajat lepas ni. Yang mohon tu ada sekali ke tak?"

Niamakahai. Betul2 Allah detikkan ustaz ni nak belasah gua. Dan gua share untuk lu orang dapatkan satu sisi pandang yang berlainan dari biasa. Gua pun ke depan, salam dengan ustaz. Dan nyatakan keadaan gua.

"Solat hajat sendiri dah buat dah ustaz. Nak buat di surau pula hajatnya."

"Tapi kalau tak lebih 40 orang, ustaz tak buat deh."

Gua diam. 40 ke, 400 ke, mana gua tau boleh ke tak boleh. Lalu ustaz tu sound jemaah wanita di sebalik tabir. Ada berapa orang? 11 jawab wanita. Campur lelaki, 41. Sumpah gua tak tipu. Boleh pulak lebih sorang dari 40. Macam skrip filem. Allah takdirkan peristiwa ni macam nak ajar gua. Gua share la dgn lu orang semoga ada manfaat.

Bolehlah, ustaz tu cakap. Dan suruh gua duduk saf depan. Mujur tak suruh gua imam. Mau terbakar Cuping Merah kat Johor nu.

[5]

Bini gua tanya cane bila gua balik surau. Gua pun malas nak story. Gua taip dalam blog. Nanti dia bacalah tu. Semoga ada manfaat untuk lu orang juga. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah. Bukan ahli gua nak bahas bab agama.

Lepas ni, kalau berlaku lagi niat atau nazar atau ritual yang berpaksikan kebangsaan, gua nak berlepas diri. Lu buatlah sendiri. Lu rasa sendiri susahnya menjadi Melayu. Lu parutla kelapa, lu drive la cari rempah ratus, nak tertunggang terbalik ke, buat sendiri. Gua nak bersenang2 menjadi muslim.

Setelah apa yang gua rasai dan insafi, sekali lagi, gua bersaksi bahawa Islam itu benar. Allah itu benar. Biarpun akhlak gua jahat, tapi inilah akidah gua. Gua naik saksi tiada Tuhan selain Lu Ya Allah. Muhammad itu pesuruh Lu.



Comments

  1. -btul kata lu, lebih senang jd muslim dr jd melayu..adat bukan senang nk buang @ x diikuti..bile adat dah disamakan dgn ibadah, lg susah nk counter balik..lg teruk bile lu x ikut adat tu, lu akan dianggap berdosa..

    -mayb tu la sebab wa ngan istri pindah dr umah parents, agar dpt lari dr kongkongan adat, dpt lari dr lingkungan pengaruh2 org yg berpegang teguh pd adat..

    -lebih aman jd muslim dr jd melayu..tapi lu org n9 bukan brpegang kuat pd adat perpatih ke? hehehe..

    ReplyDelete
  2. apa la lu ni..... makan nenas bukan adat.... memang betul pun memudaratkan kandungan... lu tanya la minah² yang selalu kena "baris".... camne dia orang nak gugurkan kandungan cara brutal....

    semasa bini wa ngandung pun dokter nasihatkan bini wa jangan makan makanan ala² "tajam" cam nenas tu... tapi bila kandungan dah lebih 6 bulan ke lantak la nak makan apa pun...

    ReplyDelete
  3. Lu olang ni nak jadi Melayu sekerat sekerat aje ker? KIta mesti bangga dgn adat kita yg penuh seni, warisan bangsa, kalau bukan kita Melayu nak junjung tinggi adat istiadat kita sapa lagi? Lee Kuan Yue? Lim Guan Enk? HEhe..Pantang Melayu menyanggah resmi adat, as in a saying, "Biar mati anak, jangan mati adat" ... Salah ker pepatah tu? Kena transfom jugak ker pepatah tu?

    Ho ho ho

    Saja.. sinis! Betul tu, zargus...setuju! Kita ni ikut Islam saja la..fundamental... biar gua drp kaum mana pun ie. Batak tapi gua Muslim... mengamal apa yg patut gua buat & tinggalkan apa gua patut buang/ x buat!

    ReplyDelete
  4. satu lagi seb baik orang tua wa ni jenis kureng skit pasal adat madat ni..... cuma mertua jer yang banyak pegang pada adat.... skit² solat hajat panggil orang surau.... rasa cam kita ni jahil sangat... nak solat hajat untuk diri sendiri pun kena mintak orang solatkan..... cukup solat jenazah seksok la orang solatkan untuk kita.....

    ReplyDelete
  5. Bhai AT...

    Err.... Err..... Gua bukan Melayu aaaa....

    Gua bukan melayu... gua Muslim...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu