Oleh : AdukaTaruna
Label : Peribadi
Gua pergi Tesco, Maidin lepas balik dari Golok tadi. Usha bendera British. Ingat nak beli dan bikin panas di KB Mall. Kan ke negara kita tak pernah dijajah.
Tak pernah dijajah, maka tak ada perkataan merdeka wujud dalam kamus. Macam Thai. Maka, kita guna bendera Tanah Melayu masa zaman Bukit Kepong.
Mana gua nak dapat bendera Union Jack woi... sapa puak2 Punk British kat sini, pos ke gua bendera British satu, bro. Takan gua nak bakar bendera Man U plak?
Ah... lantak la.. penyokong PR memang bodoh. Bukankah top up kita masih rendah berbanding Zimbabwe. Bersyukur la sikit. Kita perlu tanya apa sumbangan kita pada kerajaan. Bukan tanya apa sumbangan kerajaan pada kita. Khaakkhhh ptuih!
Label : Peribadi
Gua pergi Tesco, Maidin lepas balik dari Golok tadi. Usha bendera British. Ingat nak beli dan bikin panas di KB Mall. Kan ke negara kita tak pernah dijajah.
Tak pernah dijajah, maka tak ada perkataan merdeka wujud dalam kamus. Macam Thai. Maka, kita guna bendera Tanah Melayu masa zaman Bukit Kepong.
Mana gua nak dapat bendera Union Jack woi... sapa puak2 Punk British kat sini, pos ke gua bendera British satu, bro. Takan gua nak bakar bendera Man U plak?
Ah... lantak la.. penyokong PR memang bodoh. Bukankah top up kita masih rendah berbanding Zimbabwe. Bersyukur la sikit. Kita perlu tanya apa sumbangan kita pada kerajaan. Bukan tanya apa sumbangan kerajaan pada kita. Khaakkhhh ptuih!
Adik gua. Atas 'motor sungai'. Tambang RM1 sehala. Meninggalkan bendera Kelantan di seberang sana. Pada awek2 yang nak no tepon adik gua, harga boleh dirunding. Kah3..
Hah! Sampai dah.. sampai dah... Pengkalan Tok Awang. Mesti Tok Awang ni gedebe. Sebab nak dapatkan pengkalan ni mesti kena bunuh2 punya, zaman dulu2.
"Angah tulis nama dulu lah."
"Apa plak Angah dulu plak?"
"Dah Angah abang."
"หวังว่าจะได้คุยกันเร็วๆนี้นะคะ.... ขอบคุณทั้ง คุณ กระดิ่ง และ คุณหมอจอห์น ค่ะ (Cepatla tulis nama.. asal mana.. tujuan masuk.. pastu sign. Nak bertekak balik rumah lah.)"
"Nama Mohd Fakrudin Abdullah. Asal Bachok. Tujuan masuk, dangdut."
"Boleh ke Ngah?"
"Belasah jer.. askar Siam ni mana tau."
Naik motor RM3 sehala. Untung siot bisnes ni. Jarak 1km dah kena RM3. Tak payah pakai helmet plak tu.
"Maaf deh be.. ore tino kito ngandung. Bawak molek deh."
"Bereh kito."
Penyudahnya gua dengan adik gua sampai dulu, bini gua tak sampai2 dalam 30 saat. Cemas gak gua. Wakakaka.
Perkara wajib gua di tempat baru ialah meninggalkan jajahan gua. Yakni berak.
"Maaf be, toilet mano?"
"Eeeehh... takdo sini be. Abe g cari hotel be. Alik nu."
Ah.. sudah.. ni toilet lelaki ke pompan ni. Main tulis2. Takda gambar2. Ah... langgar jer la. Bukan Rusila ni.
Menate apo melintas jalan sambil meraung2 kesakitan ni? Vrooommm... vrooommmm vroommmm sambil tolak guna kaki. Tukar2 la clutch plate tu, bro...
Shopping ala AdukaTaruna. Bukan ala Kak Mah. Sebab takda duit. Sekali terjumpa barang yang ngeri. Jersi jenama AT (AdukaTaruna) bercop UMNO. Harga RM5 (50 bath) sehelai. Tak laku kot. Sekali tengok jenama attop. Selamat gua. Ingat petanda gua masuk UMNO tadik. Macam Wan Ji. Hua3..
Kesian anjing comel nih. Tapi ini anjing menggambarkan Melayu. Telah didoktrin rantai (besi) tak boleh lepas. Walau skang guna rantai (rapia) pun, anjing ni tetap ingat tak bleh lepas. Eh.. itu macam Jeming dan Hazwan.. gua follow..
Jeming menghilang di dalam bangunan ni. Manakala Hazwan memberi amaran gua supaya tidak masuk ke dalam.
"Mu jange masuk, jange ikuk. Jange tubek dale blog. Kalu dok, mapuh mu."
Antara barangan gila di sini ialah aksesori motorsikal.
Adik gua dalam dilemma. Antara JPJ Malaysia dengan JPJ mak gua, mana satu lebih garang.
"Bangchik jangan takut. Doakan Angah jadi PM. Angah akan kasi kau jadi Pengarah JPJ."
"Habes Kak Long jadi apa?"
Kak Long jadi Rosmah. Kah kah kah."
"Warghhh kah kah kah."
"Sesat dah kita ni Ngah. Cane nak balik Pengkalan Tok Awang tadi?"
"Laa... tengok la signboard."
"Kalau tak jumpa jalan takper. Tak jumpa motor tambang pun takpa. Janji jumpa kedai basikal."
"Kenapa plak?"
"Kita boleh naik basikal tu ke pengkalan."
"Sewa ke Ngah. Pastu cane dia nak ambil balik basikal tu? Takan naik 2 orang?"
"Kita kena beli dulu basikal tu."
bro.... lu pegi siam ni ikut laluan "RAMBO" la ni..... ni mesti poyo cam JOHN RAMBO ni.... dah la pakai singlet..... bodi jer tak katang....
ReplyDeleteWakakakaka.. gua poyo pakai singlet dgn jaket. skali cuaca Kelantan tak mcm gua kat london. panas bai.
ReplyDeleteBhai....
ReplyDeleteHahaha.... paspot mana... sudah jual sama Nepal ka... hahaha.... Kalu gua ader kat Golok masa tue... mapuih mu gua bedil... hahaha....
Wei.. Depa kata helmet moto murah kat saner.. Betul ker bhai... kalu murah... lain kali gua nak ajak lu temankan gua masuk Golok...
Gua nak beli helmet la untuk gua punya Kawasaki Versys...
Oh yer.... yang batu tanda tue... adalah kawasan sempadan dua negara yang mana pihak berkuasa Malaysia masih ader kuasa... biasanyer dalam lingkungan dua tiga ratus meter dari kawasan sempadan sebenar... itu kalu gua tak silap la...
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Memang murah bro helmet sana.. lawa2 plak tu. Amoi yg jual tu pun lawa..
ReplyDeleteSalam Yob Taruna, akak penah naik gerek dari Kote Baghu ke Golok, no hal ha ha! Tapi bukan akak yg kayuh...mek Jerme (German) kayuh daa!
ReplyDeletelu beli helmet askar jerman la... kawan wa turun golok sebelum poso ari tu dia angkat 3 skali gus.... naik easyrider.... sebijik cam penjajah nazi... wakakakaka
ReplyDeleteNaik gerek pakai helmet easy ride bleh ke? Haha
ReplyDeleteSalam Yob,
ReplyDeletekepala keras tak yah helmet ha ha!
Lu ikut bot tambang yg semesti la di'jaga' oleh orang khas yg jauh lebih hebat..Tentu sekali lebih gedebe drp Pak Berehim Ali tu. Dah kerja depa. mmmm...macam mata-mata (polis?) Melayu yg kerja di Bukit Kepong tahun 50 tu la... Demi negara yg merdeka-dlm-pembikinan, kan? Bukan untuk British, kan?
ReplyDeletePas pi Siam, tak lama lagi ada la kut cerita lu dianggapa 'pengganas antarabangsa'....Kena sangkut isu "Blogger pro-PR ditaja PULO atau Al-Qaeda" la pulak?? ... haha...Ingat ni AT ni M'sia yg 'aman makmur' yg mana rakyatnya byk mati kerana terlebih makan & kes bunuh.
BRO... ITU FAKRUDIN SAPA.... MENTERI KA....
ReplyDeleteFakrudin tu member gua. Member FB
ReplyDelete餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體
ReplyDelete