Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Sep 14, 2011

Perlu ada buku khas tawaran kepada pengundi muda.

Oleh : AdukaTaruna

Memang lebih rasmi dan mutlak dalam Buku Jingga. Tapi gua harap PR boleh mengeluarkan 'buku kecil' khusus untuk pengundi muda dari segi ekonomi. Lebih detail dan lebih sesuai dengan generasi muda.

Dan jika PR sukar untuk mendapat titik bersama dalam hal ini, PAS, DAP dan PKR maybe boleh buat dalam bentuk cadangan kepada kerajaan Malaysia baru.

Untuk menjelaskan pendapat gua, gua menulis begini :

1. Satu perlancaran manifesto tawaran dari Malaysia Baru untuk generasi muda. Oleh siapa? Pemuda PR.

Atau.

2. Satu perlancaran cadangan kepada Malaysia Baru untuk generasi muda. Oleh siapa? Pemuda PAS / pimpinan PAS / Pemuda PKR / sebagainya. Dalam bentuk cadangan yang akan didesak dalam Malaysia Baru.

Bentuk2 tawaran yang mungkin menarik terhadap generasi muda :

[1]
Liberal dasar automotif. Hapuskan monopoli. Kilang Proton dan perodua hanya boleh memberi peluang pekerjaan sebanyak 50 ribu (contoh).

Tapi jika monopoli dihapuskan, atau kereta yang mahu mendapatkan harga setanding Proton perlu dipasang di Malaysia, pelbagai kilang kereta jenama akan masuk. Peluang pekerjaan akan berganda berbanding 50 ribu untuk Proton dan Produa.

Proton dan Perodua pula akan bersaing sihat yang memngembalikan keuntungan kepada rakyat. Dari kualiti, servis, etc. Kerajaan maybe boleh membantu Proton / Perodua dari segi pengurangan cukai jalan atau sebagainya yang difikrkan baik.

[2]
Rumah konsep sementara di kawasan2 strategik. Kawasan bandar / tumpuan lokasi pekerjaan.

Rumah milik kerajaan yang disewakan dalam tempoh 5-10 tahun. Untuk pasangan baru berkahwin. Sebelum ke alam pasaran realiti. Hapuskan konsep tanah Malaysia wajib dijual kepada kapitalis / swasta. Sebaliknya perbanyakkan projek2 milik GLC atau kerajaan.

[3]
Pengangkutan awam yang efisyen dari kawasan pinggir bandar ke bandar.

Kepadatan, persaingan sengit, etc banyak melemahkan golongan yang lemah. Jika Malaysia Baru berjaya menjimatkan berbilion wang dari rasuah dan ketidakcekapan, selama bertahun2, wang tersebut boleh dikembalikan untuk pengangkutan pinggir bandar ke bandar.

Rakyat boleh tinggal di pinggir bandar walau kerja di bandar. Contohnya, tinggal di Rembau, tetapi kerja di Shah Alam atau Kuala Lumpur. Pengangkutan awam ke tempat kerja hanya sejam. Tidak mustahil.


[4]
Kos lesen kenderaan yang munasabah. Di abwah regim BN, kos mengambil lesen kenderaan sangat2 tidak masuk akal. Malaysia Baru sepatutnya menawarkan mekanisme bagaimana membantu golongan muda dan remaja.


Mungkin Malaysia Baru boleh memperkanalkan kadar maksima kos lesen yang munasabah. Yuran seumur hidup. Tetapi terbatal dan hanya boleh diambil semula selama beberapa ketika yang difikirkan sesuai apabila melakukan kesalahan jalanraya yang serius.


[5]

[6]

Seterusnya boleh difikirkan oleh PR bagi memenuhi keperluan rakyat muda. Wallahualam.





5 comments:

Wan said...

bernas

Abbs© said...

terbaik bro.. gua sokong 100%..
ini kapitalis kita kasi jahanam sama dia.. der.. linkkan blog gua beb..

http://umnoisdead.blogspot.com
gua dah bertahun linkkan blog lu.. kah kah kah ceh....

aljo said...

Bro... gua nak tanya lu sket. Betul ke lu ni just pak guard? Kalau betul kenapa lu lebih genius dari hadi?

Bukan hina pak guard tapi kebanyakan pak guard gua tengok kepala dia lebih kurang hadi je... flip & flop. Apa orang suap itu dia telan

AdukaTaruna said...

Siyes bro.. gua pak guard jer. Selain berniaga sendiri.

This is my real story. Kenapa? Ada fakta dan ada teori. Tapi, nanti2 la.. gua story..

Taliban said...

idea bernas bro.mmg gua tgk golongan atas pagar atau dah bosan politik ni ramai.mmg patut la lu tanya saifuddin benda ni tapi jawapan dia tak cukup menarik minat golongan2 atas pgr ni.dia kena study lagi tu.

tapi ye la ckp je mmg sng.idealis sgt pun tak boleh tanpa realitinya.cam nak pendidikan percuma.bukan senang beb.nak kena cari win2 situation.cumanya kena konsistenla perjuangkan satu2 idea tu.jgn tabur janji lps tu senyap.at least bagi la update.bape tahun lagi boleh capai ke.kalau tidak kena attack la tak tepati janji.kalau dh conquer negara patut tak mustahil la nak buat