Skip to main content

Cerita gua 16

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 | Siri 9 | Siri 10 | Siri 11 | Siri 12 | Siri 13 | Siri 14 | Siri 15 | Siri 16


“Eh… azan budayakah?” Pegawai Cina tu tanya polis Sabah.

“Errr… budaya ke?” Mamat tu tanya Cina tu balik.

Kah kah kah. Gua gelak dalam hati. Tu belum gua tanya C++ lagi tu. Mandi wajib pun gagal!

"Aduka... nanti you tulislah dalam blog. Suruh kerajaan buat simpang. Tengok tu. Kita kena pusing jauh tau." Polis tu tunjuk seberang jalan. Lokap Berpusat Bukit Jalil. Tempat para aktivis termasuk Hasbulahpit dan Pak Bakaq kena sumbat. Padan muka diorang. Skang ni, padan muka gua.

"Ok. Nanti I tulis, you minta Rosmah Mansur buatkan simpang jalan."

"Woooiisshhhhh!! You.....!!"

Akhirnya, setelah membuat pusingan jauh, kereta Waja JSJK membelok ke kiri. Memasuki kawasan lokap. Pagar tinggi macam celaka.

"Inilah hotel you, Aduka. Eh.. you nasib baik tau. Tak rasa Pudu. Sini baru lagi. Lelaki sebelah sini, perempuan sebelah sana."

"Boleh pilih lokap sendiri ke sir?"

"What? You ingat, you siapa?"

"Kalau boleh, I ingat nak duduk dalam lokap perempuan."

"Cibai lu.... Eh... you ingat OKT perempuan cantik2 ke? You pun boleh kena pukul dengan diorang tau. Gila ini budak." Polis Cina tu tertawa sambil pandang member dia.

Waja parking dan brek. Kawasan lokap terletak di atas bukit. Boleh nampak pandangan sebahagian kecil KL. 2 lapis pagar tinggi. Nun bawah sana ada satu lagi. Alcatraz ke apa ni? Tapi kalau Allah mengkehendaki gua lari, smol meter gua boleh lari. Kawasan jauh sana, seperti kawasan penjara diterangi oleh lampu kuning jalan. Cantik dan terancang.

"Ok.. Aduka. I tak turun ha. Ini member akan bawa you. Kita jumpa esok."

Polis Cina salam dengan gua sambil serahkan dokumen gua pada rakannya.

"Esok tu bila? 11 malam pun esok jugak."

"Haiyaa.. You tunggu jer la. Nanti kita panggil la."

"Kalau I tertidur ke, belum mandi ke, you all boleh tunggu?"

Shit! Gua paling benci manusia takda planning.

"Ya la... ya la... you bangun pagi, mandi siap2, nanti kita kejutkan."

Polis Sabah tu bukakan pintu gua. Gua keluar. Dia jalan depan, gua jalan follow. Masuk dalam. Pergi ke kuanter. Gua sebelah, dia sebelah. Tangan gua letak atas meja.

"Kalau boleh, jangan bagitau kes kau. Sini ramai polis Johor."

Polis Sabah tu bisik gua sambil tepuk2 bahu gua. Heh... gua ada Allah yang Satu. Dia yang merencanakan gua ke sini sama ada atas asbab apa pun. Termasuk jika kelemahan gua sendiri. Gua yakin Lu sedang memerhatikan gua ini, Ya Allah. Dengan ini gua bersaksi bahawa tiada tuhan selain dari Lu. Asyhaduallailah... haillallah, wa asyhaduan..naMuhammadarrasulullah...

"Bukit Aman." Kata polis tu sambil serah dokumen.

"Baik tuan." Polis lokap ambil dokumen.

"Weih..!! Kau siapa?! Turun tangan kau sekarang!! Pukimak kau!!"

Tiba-tiba gua kena tengking dengan satu mamat polis. Sebaya gua rasanya. Pakaian jenis polo kaler merah. Rambut pacak2. Kolar tegak tak berlipat. Beg sandang kulit tiruan. Jeans biru kasut sport. Ah.. pergi mampos la sama lu. Lu pro, gua respek, gua pun pro. Lu macam sakai, takda masa gua nak layan. Intelektual out!

"Ok Aduka. Jumpa esok."

Kami bersalaman.

"Baik2 sikit. Polis lokap memang pandang rendah pada semua OKT. Polis tahap jaga lokap, Aduka...." Polis Sabah tu bisik sambil berlalu.

"Weih!! Aku cakap dengan kau ni!! Weih!! Weih!!"


(bersambung...)

Comments

  1. mak aih polis tuh.. lain mcm je bahasanya.. hahaha..
    mesra, cepat & betul..
    lepak2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...