Oleh : AdukaTaruna
Siri 1 | Siri 2 | Siri 3
Gua tak sebut pahala beb. Tapi gua sebut kebaikan. Pada gua berbeza. Gua tak sure kebaikan gua bagi makan kucing ari tu dapat pahala atau tidak. Sebab tak silap gua, Subuh pada hari berkenaan gua miss lah. Gua bagi makan kucing comot dan lemah tu sebelum Zuhur. Ikut kata Ostad gua, kalau solat tak tegak, macamana pahala nak sangkut. So, gua mohon kalau ada kebaikan, gua nak minta tebuslah...
Dengan nama Allah, gua nekad dan pasrah. Gua lalu jer roadblock tuh. Bini gua dah macam tiada apa2 perasaan. Blurr.. kesian woo..
"Skang ni, kita lalu jer roadblock tu. Jangan lepas dari setiap detik bahawa Allah tengah perati kita dan semua ni dalam skrip Dia, tau."
Angguk.
Menghampiri roadblock, gua cuba psiko dengan buka lampu dalam kete. Sampai kat pegawai yang bertugas tu, seperti yang dijangkakan, gua kena tahan. Gua senyum.
"Mano nak poie pepagi buto ni jang?"
"Ghumah mak sedagho la Encik.."
"Apo kono eh....?"
"Urusan kawin la.."
"Ekau dah kawin bolom ni?"
"Kek ghumah pompan dah.. kek ghumah se bolom laie.."
"Dah tu apsal ekau belok masuk sekolah tu tadi? Tukar driver ko tak pakai tali pinggang?"
"Biaso la Encik... lupo pakai tali pinggang la.."
"Mintak lesen.."
"Se bonti'an keto dulu la.. lesen bersepah2 dalam dompet ni la haa... kono carik."
"Haa.. ekau parking kek topi tu dulu."
Gua pun park kereta kat tepi jalan.
"Caner ni bang?" Soal bini gua.
"Takper... rasanya tugas rutin jer nih... bukan pasal kes abang."
Gua serahkan lesen kat pegawai tadi. Dan dia suruh gua rujuk kepada satu lagi pegawai yang kerja mencatit di seberang jalan.
"Semekom, tuan. Ni lesen se.."
"Hmm......"
"Operasi apo ni Encik?"
"Biaso la... namo pun tugas. Nak poie mano ekau ni?"
"Ghumah mak sedagho la.. urusan kawin."
"Mano?"
"Alamat eh.. se tak tahu do, tapi jalan ghimah eh tahu la. Area2 Pelangai la Encik.."
"Eden memalam ni mato tak tontu la.. nak nulih pun maleh.."
"Biaso la Encik.. dah lamo pinjam.. esok luso se plak.."
"Tu la tu.... beghapo no plate keto kau tu? Den tulih no plate yo lah."
Time ni la raso kebaikan yang den nak Allah tebuskan tu tertunai. Rasa nak sujud syukur sioot.
"NBH 2457"
Gua kencing bhai.
MBH 2457. Polis tu catit. Bukan rabun malam jer Allah bagi, pekak malam skali Allah tolong. Wooo... Tq ya Allah.
Pendek cerita, gua sambung perjalanan gua ke Kelantan dengan satu perasaan yang sukar digambarkan. Sunyi, gelap menemani gua muhasabah diri. Bini gua terlena. Sekurang2nya dia hilang dari sebarang zarah kesulitan..
Petronas Gambang.
Sepanjang perjalanan gua tetap berhati-hati kepada roadblock. Dari Kuala Pilah ke Jempol. Dari Jempol ke Muazam Shah hinggalah ke Gambang.
Sampai di Petronas, gua kejutkan isteri dan tanya sama ada dia nak beli apa2 atau buang air. Setelah selesai semuanya, gua ambil keputusan tidur seketika. Gua buka sedikit tingkap dan set alarm handphone selama setengah jam. Gua nak tidur dan dapatkan sedikit rehat. Handphone gua set dalam silent mode.
"Mak.. jangan bimbang. Ini tetap Angah macam mak lahirkan dulu. Mak doakan lah yang terbaik buat kami, suami isteri."
Gua tertidur sampai alarm berbunyi.. periksa keadaan tayar, tanya untuk kepastian pada pekerja Petronas tentang jalan, start kereta dan gua teruskan perjalanan. Jeling handphone ada sms masuk. Dari Topeng, keluarga dan rakan2. Tanya perkembangan diri gua..
"Ya Allah... lepaskan gua masuk Kelantan. Gua nak serahkan bini gua pada keluarganya dulu.."
(bersambung...)

dalam desperate tu sompat lagi ekau koncing polis tuh
ReplyDeletekoncing totap koncing BHAI
Salam bro,
ReplyDeletehalamakkkk......aku baca citer ko nih rasa mcm aku baca buku lotr.....adventure semacam jer.... Ko taknak usha usop haslam ker buat drama?
Tapi ko jgn buat hal mcm detektif lim, dlm drama jd polis, luar drama dicekup polis.
Aku cukup terharu bab ko tolong beri makan kucing sebab aku ni penyayang pd kucing, tapi kebaikan ko pada kucing tu tak setaraf dgn kebaikan presiden terjun laut tolong budak lemas....kuang44x......