Skip to main content

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.



Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat. 


Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier. 

Tun M sebenarnya hanya mengulangi peristiwa sejarah UMNO diharamkan pada tahun 1988. Mungkin anda semua tidak menyedari apa yang berlaku sekarang adalah mirip peristiwa 32 tahun lepas. UMNO diharamkan pada tahun 1988 oleh ROS yang berkait rapat dengan Pemilihan Agung UMNO di mana berlaku pertempuran sengit di antara Mahathir Mohamad VS Tengku Razaliegh Hamzah. 

Mahathir menang tipis 43 undi sahaja mengatasi Ku Li. Kemenangan itu adalah daripada gabungan DSAI dan Datuk Seri Najib Razak. Najib yang merupakan anak didik Ku Li (Team B) telah membuat pusingan akhir masuk dalam team Mahathir (Team A) dan bergabung dengan DSAI. Kejadian black out semasa pengiraan undi berlaku secara tiba-tiba dan terus mengubah keputusan serta berpihak kepada Mahathir. 

Selain itu, perbuatan membawa masuk pengundi yang bukan Ahli UMNO beramai-ramai dalam pemilihan mengakibatkan mahkamah memutuskan UMNO tidak sah sebagai sebuah pertubuhan parti politik dan dibatalkan pendaftarannya. Kesan daripada itu, UMNO telah dibubarkan sekali gus jawatan Perdana Menteri yang disandang oleh Mahathir juga turut terbatal. 

Mungkin tiada seorang pun ingat, jawatan Perdana Menteri sementara telah diberikan kepada Ling Liong Sik yang merupakan Presiden MCA tanpa melalui Istana. Seingat saya, Ling Liong Sik menjadi Perdana Menteri selama 3 hari. Mahathir berjaya menubuhkan UMNO BARU selepas 3 hari dan beliau menjadi Perdana Menteri semula. Saya ulang beliau menjadi Perdana Menteri semula.

UMNO yang diasaskan oleh Onn Jaafar telah mati dan diteruskan oleh UMNO BARU versi Mahathir. Ku Li dan teamnya  pula menubuhkan parti baru yang di kenali sebagai Parti Semangat 46. 46 ialah tahun UMNO ditubuhkan iaitu 1946. 

Sejak dari itu, UMNO BARU telah berubah wajah dan lari dari prinsip asal perjuangan. Melalui UMNO BARU versi Mahathir itu telah menjadikan UMNO sebagai pertubuhan yang merompak hasil negara, amalan kronisme, rasuah dan salah guna kuasa. Ia juga membawa fahaman Mahathirisme dalam sistem pentadbiran kerajaan. 

Saya malas nak ulas panjang berkenaan krisis berkenaan. Saya cuma ingin membuat 1 ramalan liar bahawa TSMY tidak akan lama menjadi Perdana Menteri. Saya ulang lagi sekali paling singkat 3 hari dan paling lama 6 bulan sahaja. Mahathir belum buat apa-apa serangan balas. Mungkin Mahathir boleh memecat TSMY melalui usul tergempar MPT PPBM dan secara automatik TSMY hilang kelayakan menjadi Perdana Menteri. 

Akhirnya TSMY akan mintak nyawa dari UMNO dengan menyertai semula UMNO dan akan berlaku krisis dalaman parti, undi tidak percaya, masalah kesihatan, sabotaj serta macam-macam lagi. TSMY jadi PM yang paling singkat dalam sejarah Malaysia. 

Ingat, UMNO hari ini adalah UMNO BARU ciptaan Mahathir. Beliau yang cipta dan beliau juga yang akan mematikannya. Serupa juga PPBM. Mahathir yang cipta PPBM. Seharusnya penyambung legasinya adalah Mukhriz. 

Pantang larang Mahathir adalah bila orang sailang. Beliau pernah angkat Gafar Baba, Musa Hitam, Paklah, Najib tapi beliau juga yang turunkan mereka semua. Beliau cuma boleh rehatkan DSAI tetapi belum berjaya mematikan langkahnya. Apa yang beliau buat sekarang hanyalah melengahkan masa. Masa bagi Mahathir adalah musuhnya dan beliau semakin hari semakin tidak dapat membeli masa. 

Hampir pasti, Mahathir tiada pilihan selain DSAI. Jika Mahathir melepaskan jawatannya dengan kerelaan dan serahkan kepada DSAI, saya ramalkan DSAI akan jadi PM yang paling hebat dalam sejarah Malaysia dalam tempoh 10 tahun dari sekarang. Mahathir pula akan dikenang sebagai negarawan unggul dan ahli politik teragung di dunia.

Saya mengharapkan selepas ini tiada lagi perlawanan di antara Mahathir VS DSAI demi kesejahteraan Malaysia. Kedua-dua sosok itu merupakan sosok gergasi dunia. Senang cerita bila dua-dua bertempur, yang jadi mangsa adalah rakyat. Tiba-tiba teringat pulak pepatah Abang Mat "elephant fight with elephant grass will suffer"

Sebelum berhenti menulis, saya ingin ambik kesempatan mengucapkan tahniah kepada TSMY. Selamat menikmati jawatan sebagai PM. Ambiklah mana yang sempat. Ada lagi tak? Ohh pasal Azmin? Mulai minggu depan karier politiknya akan musnah perlahan lahan. Semakin hari semakin ramai musuh. Ok dahlah. Itu saja. 

Terima kasih

Bersambung...

-Zack Rockstar-

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...