Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 | Siri 9 | Siri 10
"Kes dia OCPD ambil. Semalam dia duduk dalam bilik OCPD. Lepas ni Bukit Aman ambil."
Terdiam. Gua apa lagi. Terus pandang helmet basah dia dan setiap titis basah kat baju dia. Biar dia tengok anak mata gua pandang apa. Mamat polis tu terus masuk dalam. Aman sket gua.
Boleh la mengelamun pasal ahli sufi.. prepare mental gua kat Bukit Aman nanti dan apa2 yang patut.
28 umur gua kalau ikut bulan. 29 tahun umur gua kalau ikut tahun.Dulu gua dapat tawaran Diploma UiTM milik kerajaan yang gua sokong sepenuh kasih di Jengka serentak dengan tawaran Sijil Politeknik juga milik kerajaan yang berjasa kepada rakyat di Port Dickson.
Gua punya fahaman bab2 masa depan berbeza bhai.. gua tak paksa pun lu orang setuju, tapi gua share dengan lu orang. Gua tak percaya taraf pendidikan itu wajib semata2 untuk keselesaan hidup. Falsafah fakap apakah ini?
Belajar tinggi2, then makan gaji. Makan gaji, makan gaji, makan gaji, makan gaji, lepas tu mampos atas katil tipikal Melayu. Niamakahai... Lim Goh Tong dikatakan menulis pun tak berapa pandai, tapi berjaya membina empayar. Khalid Al-Walid punyalah malu sebab dia mati atas katil macam Melayu. Tak macam sahabat dia yang lain.
3 tahun Dip + 2 tahun Super Dip = 5 tahun = kerja kerajaan gaji RM3000 sebulan bertahun2 sampai mampos pada gua hanya berstatus manusia kelas otak bawahan. Itu pemikiran gua ketika remaja.
Pada gua ketika itu, 5 tahun berawek dan berbalak di UiTM lebih baik gua gunakan untuk berjuang dalam bisnes. Fikrah time tu la. Time belum rasa lagi jerih payah berjuang dalam bisnes tanpa masuk UMNO. So, gua pilih tawaran paling pendek peruntukan masa, yakni Sijil (berbanding Dip), hanya sekadar bukti bahawa gua bukan 'tahap SPM' kepada anak-anak gua.
Final sem, student lain buat lampu LED lip lap, lip lap, gua buat projek Robot. Kawal robot guna printer port. Mampos.... alhamdulillah, berjaya. Habis poli tak sampai 2 bulan, terima kasih kepada kerajaan (yang baik kita sokong) gua dapat surat temuduga Juruteknik Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Walau gua degil, biadap dan macam2 lagi cercaan lu orang, tapi gua takot gak kat mak gua bhai... gua sorok itu surat, dari mak gua tahu. Apo gilo umur dah lebih 20 tahun kena piat telinga dengan mak gua. Mak gua Guru Besar ni bhai.. Sekali mak gua picit loceng panggil perhimpunan dan sebat bontot gua depan perhimpunan adik2 gua, mau lari ala2 RPK gua sebab malu.
Kalau masuk alam lagi belakang, lepas SPM, gua dapat kerja Pegawai Apantah (gua lupa) PERKESO. Jawatan sementara la. 6 bulan jer. Kerja dia, check ke seluruh premis perniagaan di N9 sama ada mereka ada mencarum untuk pekerja mereka atau tidak. Tak main kable2 bhai... gua jenis kering jer g interview base on maklumat member gua yang Pembantu Am kat PERKESO yang samo gak. Hahaha.
"Ngah.. ada kerja kosong. Pegawai Apantah. Try la..."
Gua langgar
Masa gua kerja sementara ni la gua dapat surat hadir ujian untuk memohon kerjaya Cikgu@Guru@Pendidik
"Besar pahala jadi cikgu, Ngah.... Along dah tak nak, (Along gua Fisioterapi kek Spital), takan kau pun tak nak?"
"Ala... mak ni.... Angah tak minat la... Angah g rumah Ayet jap eh.."
Tu tektik ala Hadi Awang la tu. Bila DAP dan PKR ajak bahas terbuka bab idea UG dia, dia berambus ke luar negara. Gua pun lari gak. Lari rumah member gua, si Ayet.
Sebab mak gua main air mata dengan gua, hati ganas gua pun cair gak. Gua g ujian jadi Cikgu kat Sek Men KGV Seremban.
"Biar la ikhlas sket Ngah.... pakai la seluar slack.. kan ke seluar kerja kau ada."
Mak gua marah gua sebab gua pakai seluar jeans. Hua3....
"Ala... mak. Sama gak. Peraturan tak tulis pun. Budaya seluar slack untuk rasmi tu ciptaan manusia. Seluar jeans pun ciptaan manusia. Apa bezanya? Kan ke Angah pakai kemeja ni..."
Lu orang yang muda2 ni, tahap adik2 ni, jangan la jadi macam gua. Ado yo jawab eh... Yang baik pado story den ni, ekau kutip la. Yang buruk, pepandai la ekau ba'eh kek memano.
Bila gua sampai dengan RXZ gua kat pintu masuk, Pak Guard tak kasi gua masuk. Ekelee....
"Mano kau nak poie ni jang?..."
"Ado ujian, pakcik." Kata gua sambil tunjuk surat.
"Ujian apo pakai seluar jeans nih? Mano boleh masuk!"
"Takdo pun dio koba tak buleh pakai suar jeans?"
"Takan itu pun nak koba? Nak jadi cikgu cano ni? Itu pun tak yo ghoti2?"
"Ni nak kasi se masuk ko tak nak? Kalau tak nak se, balik skang. Ingat se ingin sangat ko nak masuk?"
Biaso la bhai.. maso tu bebudak laie... paneh baran... bondo tak baik ni.. den mengaku salah la...
Pendek cerita, lepas gua ugut nak blah, Pak Guard kasi gua masuk. Pendek cerita lagi, gua hanya buat sunguh2 time ujian Matematik jer. Sebab gua minat Mate. Hahaha. Time ujian yang tanya sama ada sanggup kerja lebih atau hantar ke pendalaman, gua jawab tak sanggup. Ekau jangan gelak bhai... gua kan budak2 skema. Apa salah gua jujur macam jemaah Rusila.
Kembali pada cerita kat atas tadi, sebelum mak gua tranform jadi Optimus Prem membelasah gua, baik gua sorok itu surat. Itulah dia sedikit sebanyak merapu gua untuk lu faham latar belakang gua. Gua tidak sebaik akhlak jemaah Rusila, dan juga tidak sebebal IQ mereka.
"Kamu lepas ni ke Bukit Aman ke?"
Tiba2 mamat polis berhelmet tadi potong stim gua mengelamun. Gua senyum sambil angguk.
"Insyaallah... kes kau ni takda benda."
"Insyaallah...."
"Kau sebenarnya boleh saman semua yang buat report kat kau tu. Kau boleh caj mereka buat report atas sebab berniat jahat. Report ke atas kamu bukan atas pengetahuan atau hak, tapi atas emosi dan berniat jahat." (Ni lebih kurang ayat gua dah ni beb. Ayat mamat tu caner ntah. Kecek luar + cakap Kelantan)
Gua senyum.. sambil angguk2... gua tengah blurr... Tapi gua berpeluang mengintai report pertama dibuat oleh seorang cikgu dari Felda dot dot Batu Pahat. Kawan mak gua siott... cikgu. Cikgu Melayu di Felda...
"Tapi sikit jer orang awam yang buat report.. yang banyak orang politik dan SB." Gurau gua sambil sengeh2 bodoh.
"Ha? Kenapa?"
"Task Force 2010."
"Ha?"
"Taklah... gurau jer... "
Mamat polis tu blurrr....
(bersambung.....)
semasa lu cakap Task Force tu.... lu kena guna ayat kelantan.... Tas Foh... baru la mamat pulis tu paham.....
ReplyDeletehehe.
ReplyDeleteaku pun lebih kurang engkau jugak.
cume bile bab2 agame.
aku tak berani melebih2.
sbb tak berilmu.
hehehe.