Oleh : AdukaTaruna
Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 | Siri 9
"Saya tidak pernah berdaftar dalam mana-mana badan politik. Saya bebas. Mana yang betul saya sokong, mana yang salah saya lawan. Manchester United tak dapat score gol pun saya kutuk atau sindir. Blog saya tertubuh sejak 2008 selepas PRU12. Mungkin sebab kerajaan banyak buat magic yang bodoh pada pandangan saya, maka, 60% dari kutukan dalam blog saya adalah kepada kerajaan. Jadi, matematik judahnya, 60% musuh saya adalah dari badan politik menyokong kerajaan."
"Berikan contoh musuh anda."
"Blogger UMNO."
"Siapa?"
"Parpu Gari.." Gua test SB tu beb.
"Parpu Gari ke Parpu Kari?"
"Parpu Kari." Gua senyum.
"Macamana boleh kamu katakan kamu bebas?"
"Kamu undi apa pilihanraya lepas, Rul?" SB 1 tanya gua.
"Ish... undi rahsia lah Tuan... tapi fikrah politik saya berbeza dari kebanyakan Melayu. Itu dakwaan saya."
Lepas gua teringat teori Pak Bakaq, gua fokus gila babun untuk meneliti ke arah mana soalan SB kepada gua.
"AdukaTaruna... Melayu zaman sekarang bacul tidak ada telur. Kalau Melayu zaman saya, Karpal Singh tu dah lama kena lempang tau.."
Tiba-tiba, angin takda, ribut takda, SB 1 tiba2 masuk bab Karpal. Gua hampir tergelak beb. Ni nak soal siasat gua ke, nak brain wash gua nih? Panggil Pengarah BTN fight dengan gua secara open la. SB 2 dah perasan, cepat2 dia tanya gua bab parti politik gua.
"Saya dah jawab, saya berseorangan bersama pembaca yang bersetuju dengan saya. Itu pun tidak semua tajuk. Saya tidak membina pembaca saya kepada doktrin setuju membabi buta pukul borong."
Apa yang gua perasan, pada persepsi gua, SB itu seolah2 mahu tahu, siapakah pemimpin PAS atau PKR yang berada di belakang PAS REFORM, tetapi tidak mahu dikesan gua. Mereka ingin tanya soalan itu, tetapi tidak mahu secara terus-terang. Maka, soalan menjadi berpusing2. Pada anggapan gua lah.
Sekarang, cadangan yang datang ketika gua menulis ini (bukan ketika soal siasat SB), gua bertanya kepada lu orang, siapa berani melakukan ujikaji ini?
1. Blogger yang mempunyai followers 300 ke atas (minima level sukatan pengaruh secara rambang), mengkritik Hadi atau Nasha atau Hasan atau mendedahkan Task Force 2010 sambil mempamerkan bendera Malaysia terbalik diblognya.
2. Blogger yang mempunyai followers kurang dari 200, mengkritik Hadi atau Nasha atau Hasan atau mendedahkan Task Force 2010 sambil mempamerkan bendera Malaysia terbalik diblognya.
3. Blogger yang MEMBELA Hadi atau Nasha atau Hasan sambil mempamerkan bendera Malaysia terbalik diblognya.
Kita boleh tengok siapa yang ditahan polis atas tajuk bendera Malaysia terbalik, dengan anggapan SB tidak membaca N3 gua ini. Ada bran?
"Khairul... kamu kena faham tugas kami. Kami berada di atas kehendak politik. Kami tidak memihak.. kami...."
"sepatutnyalah..." Gua potong word 'memihak' SB 2 tadi sambil angguk2.
"Yer.. yer.. sepatutnyalah.... kami menjaga kestabilan negara, Rul.. err..." SB tu terdiam sebab dia baru tangkap maksud 'sepatutnya' gua tu. SB 2 pandang SB 1. Then.. terus lupa apa ayat yang dia nak bagitahu kat gua.
"Eh... Rul, AdukaTaruna... bagi saya no telefon, boleh?" SB 2 sound gua sambil bangun keluarkan handphone dia.
"Mana ada Tuan... kan ke polis dah rampas."
"Ala... yer lah... No lain takda? Bukan apa Rul, kita bercakap atas kemanusian. Nanti selesai kes kamu, kita minum2 air... ikhlas nih.. aku borak2 dengan kamu di luar tugas aku." Kata SB 2 sambil tutup camera digital.
"Tuan baca jer blog saya nanti, insyaallah... kita kongsi2 idealogi secara matang dan pro.."
"Takper la.. kamu bagi no kamu yang dirampas tu."
"016-*********"
Lepas tu gua dibawa keluar, manakala 4 SB bincang apa ntah dalam bilik tu. Dalam 5 minit, mereka pun pulang. Gua duduk kat ruang pejabat JSJK. Memember hantar bini gua tapau makanan untuk gua. Hari masih hujan.
Tak lama kemudian muncul satu polis JSJK dengan helmet dan kesan basah hujan. Bila masuk jer, dia tengok gua tengah melepak dengan selesa. Pakaian lokap dan bergari. Satu pemandangan paling jengkel untuk dunia polis. Mungkinlah.
"Weih.... kau ni apa kes?"
Polis tu sound gua. Ekeleeee.... mamat polis nih. Umur lebih kurang sebaya jer dengan gua, silap2 umur bawah gua.
"Aku bercakap dengan kau ni.. kau bangun skang!" Gua pandang muka dia tanpa perasaan. Buat tak port jer. Pakai uniform boleh la berlagak dengan gua..
"Kes blogger tu.." Polis wanita tadi muncul dan bagitau.
"Blogger tu? Kau tahu tak kau buat benda salah? Weih... kau dengar tak ni?"
Gua pandang polis tu tanpa perasaan.
"Eh.. dia ni kenapa?" Tanya mamat polis tu kepada polis wanita.
"Kes dia OCPD ambil. Semalam dia duduk dalam bilik OCPD. Lepas ni Bukit Aman ambil."
Terdiam. Gua apa lagi. Terus pandang helmet basah dia dan setiap titis basah kat baju dia. Biar dia tengok anak mata gua pandang apa. Mamat polis tu terus masuk dalam. Aman sket gua.
Boleh la mengelamun pasal ahli sufi.. prepare mental gua kat Bukit Aman nanti dan apa2 yang patut.
(bersambung....)
hehe.
ReplyDeletetak sabar aku nk tunggu part bukit aman kau nih.
pala hotak lu bro.. pasaipa cita pendek2 lu ni menarik ha?
ReplyDeletestress=tekanan la nak tggu next=kemudian episode=episod!
blah la lu...wakakaka
tu blom masuk part lokap Bukit Jalil lagi bro...
ReplyDeletepelan2 kayuh ma... time finishing, gua jual dalam novel. muahahaha...
kena bayar lawyer, kena dapat sakit beb nak dapat cerita nih. punya la sensara.
duka,inilah masanya...takpayah mohon2 derma lagi...siapa yang nak baca siri seterusnya,sila ba......
ReplyDeletehttp://img709.imageshack.us/img709/4060/racisme.jpg
ReplyDeleteAT lu boleh tolong buat artikel pasal pic yg aku bg nih boleh tak.
tlg sgt2 okay.
bagus sgt ke Melayu semenanjung?
apa beza dgn Melayu sabah dan sarawak?
Bro Mat Kutuk, gua tak berapa faham la... isu pasal apo tu?
ReplyDelete