Skip to main content

Cerita Gua 14

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 | Siri 9 | Siri 10 | Siri 11 | Siri 12 | Siri 13 | Siri 14


"OKT saya mahu ke tandas dulu." Tuan menjawab. Menunai janjinya untuk settlekan permintaan gua sebelum menyerahkan gua ke polis Bukit Aman.

"Bawa OKT ke tandas." Arah Tuan II.

Seorang pegawai sambut dan bawa gua ke tandas. Gua berlalu ke tandas sambil dipandang oleh kesemua polis di situ.

"Kejap." Arah Tuan II.

"Kamu ikut sekali." Arah Tuan II kepada seorang lagi pegawainya.

Gua naik lif tingkat berapa ntah. Di bawa ke tandas. Settle, gua dibawa turun kembali. Surat-menyurat, sign-menyain pun berlaku.

"Johor buat statement. Mahu OKT ke Johor."

"Stupid lah. Kita tak tahu cerita pun. Biar kita buat kerja kita dulu la."

"Kamu bikin susah orang la... ni brother.. siapa?"

"Khairul.."

"Panggil dia Aduka jer. Senang."

"Hah.. Aduka. Kamu takder kerja lain ke?"

Gua diam jer. Dah malas layan.

"Ok. Selesai. Dengan ini, saya serahkan OKT kepada pihak sini."

Tuan sama Tuan bersalaman, surat bertukar tangan. Gua dibuka gari dan diserahkan kepada polis Bukit Aman.

"Ok.. Khairul. Ada apa2? Bawa banyak2 bersabar."

Tuan JSJK Pengkalan Chepa salam dengan gua. Diikuti dengan seorang anak buahnya. Seorang lagi, teragak-agak untuk bersalaman dengan OKT macam gua di depan pegawai Bukit Aman.

"Polis asal Johor tu." Bisik seorang polis Bukit Aman kat gua. Laa.... yerke..

Selesai, gua digari oleh seorang polis Bukit Aman. Orang Sabah. Budak lagi. Tinggi paras dagu gua.

Crapp! Budak Sabah tu hentak gari kat tangan gua. Tapi tak melekat. (Gari boleh digari 2 cara. Satu cara sopan, satu cara kasar. Cara kasar ialah dengan menghentak bulatan gari itu, dan gari akan automatik berpusing dan mengunci lengan kita. Ah... pepandai la lu imagine.)

Niamakahai budak ni. Gua terus pandang muka dia. Uih... kecik jer gua tengok. Dia sengeh2 sambil pandang rakannya yang lain. Sengeh2 apa bai? Nasib baik lu beruniform dan memang tugas lu.

"Okeh. Aduka. Sekarang kamu dibawah urusan saya. Saya yang uruskan kamu. Sekarang ni, kita akan ke Bukit Jalil." Pegawai polis yang dalam gambar ni sound gua.


"Bukit Jalil? Untuk tuan? Saya ada hak untuk tahu, kan."

"Boleh... boleh. Nervermind. Bukit Jalil tu lokap untuk seluruh KL. Kita dah tak pakai pudu lagi."

"So, saya di situ sepanjang tempoh reman?"

"Ya. Nanti saya akan jemput kamu untuk proses siasatan dan hantar kamu semula."

"Ok. Terima kasih tuan."

Termasuk budak Sabah tadi, gua bertiga naik Waja JSJK bergerak ke Bukit Jalil. Lebih kurang 2 pagi. Tapi ini KL. KL yang tidak pernah tidur.


(bersambung...)

Comments

  1. AT,lame betol lu x sambong ceta ni.Pas ni update le cecepat eh.. :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.