Skip to main content

Cerita Gua 15

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 | Siri 9 | Siri 10 | Siri 11 | Siri 12 | Siri 13 | Siri 14 | Siri 15

"Ya. Nanti saya akan jemput kamu untuk proses siasatan dan hantar kamu semula."

"Ok. Terima kasih tuan."

Termasuk budak Sabah tadi, gua bertiga naik Waja JSJK bergerak ke Bukit Jalil. Lebih kurang 2 pagi. Tapi ini KL. KL yang tidak pernah tidur.

“Eh.. Aduka. You aa.. takda penyokong ka? I pernah tahan itu Penarik Beca, Kickdefella.. itu Raja Botak. Kami kena kepung tau.” Pegawai Polis yang dalam gambar tadi sound gua. Dia Cina.

“Saya jalan dalam gelap la Sir.”

“Jalan Gelap?” Polis Sabah tanya gua.

“What you mean Jalan Gelap?” Pegawai Cina tadi pun tanya.

“Takda la… saya bebas la. Semua benci sama I ma.. Saya bersuara untuk sebahagian rakyat. Dakwaan I la..”

“Aduka.. I mau tanya.. tapi sensitive sikit la.”

“Tanya la.”

“Pasal agama you la.”

“Tanya jer la Sir. I AdukaTaruna la.. bukan Pemuda UMNO. I bukan pelampau.”

“Hahaha. Berani you aa.. Ni pasal tutup muka tu. Itu pakaian tudung tutup muka.”

“Haa.. purdah. Apsal dengan purdah?”

“I as polis aa.. dalam satu2 keadaan… tengok macamana la… mesti mau pastikan identity orang. Muka ke, jantina ke. tapi aa…”

“Sir… dalam kepala otak muslim aa… selalu konfius antara budaya dan Islam. Kalau muslim pun konfius, apatah lagi non muslim like you. Budaya harus tunduk kepada syariat. Dalam kes burqah, bila masa Allah perintahkan manusia wanita tutup muka tinggal mata?”

“Itu budaya la?”

“Ha la..”

“Tapi apsal muslim Perancis marah bila government larang tutup muka?”

“Mana you tahu muslim Perancis marah?”

“Diorang berdemo apa. You tak tau ka?”

“Mana you tahu yang berdemo itu muslim? Atau just propaganda anti arab?”

“Ha?”

“Yang berdemo kepala lembu, kepala babi tu muslim atau pelampau Melayu?

Senyap.

“Sir… ramai konfius dengan permainan dunia la. Itu satu bab. Satu bab lagi, muslim sendiri pun tak tahu antara budaya dengan agama. You tanya member you yang tengah bawa kereta tu… azan budaya atau syariat?

Gua test mamat polis tu. Citer bab budaya, gua terus tanya yang syariat. Kompom teragak2 punyalah.

“Eh… azan budayakah?” Pegawai Cina tu tanya polis Sabah.

“Errr… budaya ke?” Mamat tu tanya Cina tu balik.

Kah kah kah. Gua gelak dalam hati. Tu belum gua tanya C++ lagi tu. Mandi wajib pun gagal!

(bersambung...)

Comments

  1. Bhai AT...

    Hahahaha... persal babitkan gua nih... hahaha... errr.. mandi wajib tue hukumnyer wajib la.. takkan la mandi wajib tue hukumnyer sunad muaakad... hahahaha...

    Mandi wajib sebaldi air bulih ker ... hahahaha..

    Dajai sungguh kenakan gua dalam bulan posa nih... hahaha.... takper.. takper...

    P/S ... Mandi wajib tak boleh guna air "Holy Water" la... hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. kalau i2 budaya pon diorg ad hak utk express kan opinion. kan france 2democratic...n ak ske tgk muslim gne democracy utk lwan krajaan diorg.
    yang ak tgk bijak, org pakistan dkt UK.. klo muslim dulu kalah dgn snjata,bia barat kalah dgn demokrasi ciptaan diorg..
    sesetengah ahli politik belanda pon dah kelam kabut

    ReplyDelete
  3. bro..... lu borak ngan pulis n sambil makey tea ke.... santai jer.....

    ReplyDelete
  4. aduka bukan buat salah ape2 dgn polis pon..lg pon polis cume leh proses perjalanan kes je,i2 je kuasa yg die ada..ad polis negara lain,klo tnye arah jalan punyela peramah.. lg 1,klo kt US,ad org bkeras utk xbg polis check barang2 dlm kete die walau xde ape pon yg nk dsembunyikan.die nk bwk kes ke mahkamah sbb polis xde waran nk check kete die. i2 mlangar Constitution Amerika.jd kt jgn lah takut kpd polis,takut kerana ketakutan kite i2 menjadikan negara kite negara polis. kite kne takut utk mlangar ksalahan kerana dlm agama,kt held accountable utk stiap pbuatan kite

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.