Oleh : AdukaTaruna Wa lepak kejap lepas menaip novel. Ada sedikit lagi untuk memasuki fasa terakhir cerita novel ni. Sikit-sikit pun banyak gak la. He. Dalam 20 muka surat kot. Epik sejarah. Sejarah tu memang dah ada, tapi wa memandai-mandai cipta sejarah baru menggunakan latar sejarah yang sedia ada. Hehehe. Ari tu lepak dengan member wa. Member wa cakap, novel wa ni golongan pembeli adalah sikit. Kalau wa tulis dalam BI maybe leh besar sket. Sebab orang Melayu tak minat baca yang berat-berat. Wa setuju. Tapi, jangan sampai syarikat penerbitan tolak novel wa sebab takder market sudah. Huhu. Banyak lagi buku yang super dupper berat diorang terbitkan. Sorang lagi rakan cakap wa punya novel klimak dari awal sampai akhir. Gear turbo. Wa cakap, wa guna pendekatan filem misi mustahil omputeh. Dari awal sampai akhir cemas jer. Hehehe. Maleh la wa nak guna pendekatan typikal Melayu. Membuai-buai gitu. He. Idea ni dah lama. Tak silap wa, sejak wa tingkatan satu. Masa tu mana la minat jadi penu