Skip to main content

Bacaan Berat : Mencilok Negara Islam.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Besar Dan Maha Ego.

Pertamanya, sekiranya anda hanya memiliki fikiran ringan, sila abaikan artikel ini.

Baiklah, sudah banyak kali, terutama akhir-akhir ini, adanya dedahan PKR / DSAI yang menolak Negara Islam. Dedahan yang bertujuan meretakkan perpaduan Barisan Rakyat ini hamba lihat gagal dijawab dengan baik oleh para penyokong PAS. Jesteru itu, hamba berpandangan adalah amat bahaya juga sekiranya tiada penjelasan yang diberikan kepada mereka ini.

Jadi, hamba cuba menjawab atau memberikan penjelasan, berkenaan pertembungan ini. Walaupun tidak semestinya tepat, sekurang-kurangnya, inilah jawapan yang mungkin boleh menunjukkan jalan menuju ke arah menubuhan Negara Islam. Namun, buat masa ini, hamba berpendapat, biarlah ‘nobody’ dalam PAS yang bercakap isu ini, buat masa ini.

Penubuhan Negara Islam.

Penubuhan Negara Islam yang syumul, hamba cuba katakan sebagai cubaan memudahkan pemahaman, ialah Pengurusan Islam + Undang-undang Jenayah Islam. Sila baca dengan teliti dan perlahan.

a. Pengurusan Islam

b. Perundangan Jenayah Islam

Pengurusan Islam.

Pengurusan Islam ini hamba lihat tiada masalah, tiada tentangan baik dari dalam atau luar negara. Semuanya memperjuangkan, bercakap mengenai hal ini. Rasuah, ketelusan, penjimatan, kesederhanaan, kebersihan, keadilan dan sebagainya. Dan di sudut PAS, melalui Kelantan, inilah model yang harum, yang berjaya dibuktikan oleh PAS.

Dari ‘somebody’ non muslim sendiri seperti Lim Guan Eng sehingga ‘nobody’ non muslim. Semuanya mencontohi, menyokong model ini. Berselerakan Kelab Non Muslim PAS di serata Malaysia. Hangat.

Undang-undang jenayah Islam.

Bahagian ini yang masih bermasalah setakat ini. Ianya ditentang oleh banyak pihak, baik dari dalam negara sehingga ke peringkat kuasa besar dunia. Untuk mengecualikan bahagian ini, maka definasi negara Islam secara syumul tidak dapat ditegakkan. Mengundang kemurkaan ALLAH Yang Maha Ego sekiranya manusia menyembunyikan sebahagian perintah ALLAH ini, di belakang punggungnya.

Di sudut pihak dalam negara, kekhuatiran mereka ialah terhadap satu situasi di mana mahkamah syariah lebih tinggi dari mahkamah sivil. Ini pokok yang paling asas, apa yang dibimbangi mereka. Sama seperti sebelum PAS mempunyai model Kelantan dalam bahagian Pengurusan Islam. Kita perlu tahu persepsi mereka ini, akibat media dunia yang fitnah mereka sampai ke pintu-pintu rumah.

Genetik Melayu.

ALLAH kata, ujian itu mengikut taraf kemampuan hambanya. Genetik Melayu secara faktanya, adalah genetic yang lemah dan bangang. Dijajah bertubi-tubi. Tidak mempunyai nabi. Tidak mempunyai tamadun atau tercatat dalam mana-mana sejarah empayar dunia.

Jadi, sekiranya Negara Islam itu ditegakkan secara syumul di waktu ini, di mana, tiada satupun kuasa besar Negara Islam yang melindunginya, adakah layak manusia genetic Melayu menjalani ujian seperti genetic Parsi di Iran, Pakistan, Lebanon, Syiria, genetic Arab di Iraq, Palestin dan genetic Eropah di Bosnia?

Fikirkan.

Jadi bagaimana?

Secara taktikalnya, kita ciloklah. Biarkan Barisan Rakyat memerintah dahulu. Tegakkan satu bahagian dahulu. Yakni bahagian Pengurusan Islam. Step by step ma… PAS perlu diam dahulu mengenai Negara Islam. Wan Azizah jadi Perdana Menteri dilatari oleh DSAI. Bila pengurusan negara sedikit pulih, terutama SPR, maka, mana-mana MP PKR atau Wan Azizah sendiri boleh meletak jawatan untuk menjadi seperti dahulu, dan DSAI bertanding dalam Pilihanraya Kecil.

Apabila DSAI menjadi Perdana Menteri, berikan masa beliau memulihkan pengurusan negara. Royalti diberikan kepada Terengganu semula, Kelantan menuntut jumlah peruntukan selama 18 tahunnya, SPR / BPR / PDRM di bawah Parlimen atau Yang Dipertuan Agong atau sebarang cadangan lain. Pendek katanya, selesaikan dahulu bahagian pertama Negara Islam, yakni Pengurusan Islam.

Jelas?

Kemudian.

Apabila stabil, barulah Kelantan memohon atau menuntut hak melaksanakan undang-undang jenayah Islamnya. Hanya di Kelantan dahulu. Ketika ini, pengurusan negara sudah pulih. Dengan medianya, dengan agensi penguatkuasanya, seperti polis, BPR, Kastam dan sebagainya, semuanya sudah professional. Memang akan ada tentangan. Dan ketika inilah, kita melihat sama ada DSAI adalah halangan selepas BN atau tidak. Yang penting, sekurang-kurangnya PAS sudah ada akhbar harian bernama Purnama yang menjawab dan berdakwah tentang ini.

Jika DSAI / PKR membenarkan, maka, laksanakan undang-undang ini, yakni, sebahagian lagi daripada definasi mudah Negara Islam Syumul itu. Di peringkat negeri. Model. Macam mula-mula dulu.

Bila sudah cantik, non muslim tertarik betapa aman, selamat dan makmurnya statistic jenayah Kelantan berbanding negeri lain, barulah open berbahasan sihat untuk ditranfer kepada Kedah. Sekiranya Terengganu dan Perlis sudah menjadi milik PAS, Kedah jatuh ke tempat ke 4 selepas Terengganu dan Perlis untuk mengguna-pakai model Kelantan dalam tajuk undang-undang jenayah. Ikut majoriti muslim.

Sekiranya sama seperti BN.

Maka, demi ALLAH, kita akan tentanglah. Halangan selepas halangan. Kerusi majoriti non muslim di Malaysia, PAS perlu letakkan calon Kelab Non Muslim PAS, di bawah bendera yang sama, tetapi perlembagaan kelab tersebut lain sedikit berbanding PAS. Kita bicara hal ini di artikel lain.

Jadi, Kelab Non Muslim PAS, akan menentang calon non muslim dari DAP / PKR / MIC -etc (BN mungkin berkubur selepas tumbang). Undi non muslim anti-hudud akan terpecah kepada beberapa bahagian (DAP-PKR dan MCA-MIC-PPP-etc). Sebaliknya, undi non muslim pro-hudud tidak terpecah dan bergabung dengan undi muslim pro-hudud.

Bahasa rock : Wa tak pasti sama ada wa berjaya pahamkan lu orang ke tidak, setakat ini. Apa yang wa try sampaikan ni tidak muktamat. Tetapi atas tajuk taktikal dan terbuka untuk perbahasan di situasi kini. Dengan syarat, anda adalah ‘no one’ dalam PAS. Jika lu ‘somebody’ dalam PAS, bincang secara tertutuplah.

Kesimpulan.

1. Buat step by step. Kejayaan hak ALLAH. Hak kita ialah perintah ALLAH. Jika tidak kita, anak kita. Jika tidak anak, cucu kita. Insyaallah. Yang penting ada usaha kita, termampu kita berjuang ke jalan ALLAH.

2. Selesaikan dulu Pengurusan Islam. Kemudian baru tegakkan Undang-undang Islam di peringkat negeri dahulu. Tak boleh peringkat kepala, lu cilok dari ekor.

3. “Somebody / public figure” dalam PAS perlu hati-hati buat masa ini. Otak perlu taktikal sedikit. Jangan lurus bendul.

4. Artikel ini bertujuan menyediakan sedikit kefahaman dalam bentuk helah bagi orang awam yang bercita-cita menegakkan Negara Islam.

Tidak semestinya benar.

Wallahualam.

p/s : Jika PAS + Kelab Non Muslim PAS 2/3 majoriti dalam parlimen, dan wa panjang umur, wa publish Dokumen Islamic Republic Of Malaysia (IRM) tulisan wa. Majlis Syura dok atas sekali, System sultan bangang dihapuskan.

Comments

  1. Alhamdulillah jika ramai yg berfikiran kritis terhadap strategi politik dan masa depan PAS untuk meletakkan Islam pada tempatnya, macam Duka ni.

    Tulisan yg penuh wawasan dan energetic saya kira lahir daripada harapan yang tinggi menggunung terhadap PAS.

    Namun Duka, dalam seminggu ni saya agak sedikit kebimbangan apabila sampai ke telinga bahawa terdapat golongan muda yang sebelum PRU 12 begitu energetic berfikir dan bercakap ttg PAS, Islam, namun kini apabila dah mencapai kemenangan, dan kebetulan mereka terlibat sama walaupun dalam skala kecil dlm pemerintahan PAS di negeri yg baru dikuasai itu, golongan muda itu seakan-akan kecewa dengan corak pemerintahan, sikap individualistik or boleh dikatakan bahawa mereka terkejut melihat "macam ni ke PAS??".

    Pada saya, jika selama ini anda hanya bertindak sebagai pemerhati dan pemikir sahaja, tanpa pernah melibatkan diri dalam perjuangan fizikal, anda akan terbuai-buai dengan utopia dan retorika bunga2 cinta gagasan negara Islam, walhal dalam masa yang sama anda terlupa aspek kelemahan yang ada pada diri pendokong@pemimpin PAS, bahawa mereka juga manusia yang punya nilai jiwa yg lemah pada hasutan persekitaran dan elemen2 pelemah lain, yg perlu dibantu oleh anda sendiri kerana itulah peranan anda.

    Kita punya jati diri perlu dinawaitukan kepada Allah secara mutlak, bukan kepada pemimpin, tanpa mengenepikan aspek bantuan fizikal yg perlu disalurkan oleh kita sendiri sebagai pendokong agama. Alangkah ramainya antara kita (penyokong, ahli (berdaftar atau tidak), pendokong etc) yg bersikap sekadar "tengok2, dan komen2." Sindrom ini amat bahaya!

    Bagi saya, perjuangan fizikal menuntut kekuatan jiwa yg tak terperi, jangan sekali-kali dikalahkan unsur pelemah, kerana bukankah jalan ke syurga itu penuh duri.

    Semoga kita semua dipelihara oleh Allah. Ya Allah, KAU tetapkanlah hati2 kami atas agama-MU!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...