Skip to main content

Email Dari Penyokong TDM Kepada Wa.


Oleh : AdukaTaruna

Wa ada terima email dari saudara kita sebelah UMNO. Wa lambat buka email. Tapi wa nak raikan suara beliau di blog wa.

TGNA dengan wa bagai langit dengan bumi ma. Hikmah dia, kesabaran dia. Macam2. Hehe. Tapi, wa setuju dengan saudara UMNO kita ni. Harap lu teruskan contohi TGNA. Wa jangan sesekali.

**********************

Email dari saudara UMNO.

assalamualaikum hamba Allah...

pertama sekali ingin saya memohon ampun kepada Allah S.W.T jika kata-kata saya ini melukai hati anda dan jika menjadi dosa kepada-Nya...

Ingin saya memberitahu saudara bahawa apa yang saudara katakan ini pastinya amat mengguris hati saya serta ahli-ahli UMNO yang amat sayangkan mantan Perdana Menteri kita...

merujuk kepada tajuk Kita Sedang Menyaksikan Live Mahkamah ALLAH Terhadap Mahathir. Ingin saya tegaskan di sini bahawa perkara yang berlaku kepada Tun mahathir telah meruntun hati kebanyakan rakyat Malaysia yang datangnya dari kekejaman dan kepentingan diri pemimpin sekarang dan juga pakatan pembangkang yang jelas agendanya hanya untuk tembolok sendiri dan bukannya iklas kerana Allah, negara dan bangsa.

Jika benar Tun mahathir begitu zalim kepada agamanya dan bangsanya sendiri kenapa perlu dia terus menerus membangunkan Malaysia dengan cara Pembangunan islam tanpa mengabaikan mana-mana golongan atau bangsa seperti yang dilakukan pak lah dan kroninya sekarang.

jika dia tidak cukup islam, kenapa perlu dia menggesa negara-negara Arab bersatu di bawah OIC demi untuk menentang anasir-anasir zionis LAKNATULLAH.

Di sini telah jelas dan nyata bahawa anak kelahiran KEDAH ini benar-benar iklas dalam perjuangannya untuk memartabatkan Malaysia dan menjadikan Islam di dunia sebagai Agama yang digeruni dan dikasihi sehingga beliau di geruni oleh musuh-musuh Islam dunia. Perkara ini telah di akui oleh Tuan Guru Nik aziz sendiri semasa Tun mahathir berkunjung ke negeri kelantan.

Pada hemat saya jelaslah bahawa saudara hanya melihat Tun Mahathir dari sudut yang sempit dalam menilai kepimpinannya.

Bukankah Islam juga menuntut agar Umatnya meningkatkan ekonomi, mendirikan pembangnan, menjaga keharmonian agama,menaiktarafkan cara hidup islam. Pada penilaian saya, sepanjang pemerintahan Tun beliau telahpun memimpin negara mengikut sunnah Rasulullah tanpa rasa was-was.

kejadian di mamali adalah kerana salah mereka sendiri kerana terlalu fanatik dengan Fatwa Hadi Awang yang mengkafirkan ahli-ahli UMNO. Siapa pula Hadi Awang yang sewenang-wenangnya boleh mengkafirkan orang tanpa fakta dan bukti yang kukuh.

saya harap selepas ini saudara dapat menilai semula Tun Mahathir dari kontek yang lebih luas. Saya juga tidak sama sekali menafikan sebagai manusia yang bersifat baharu sudah semestinya beliau juga ada melakukan kesalahan. tetapi dari penilaian saudara itu sudah semestinya salah kerana saudara hanya melihat dari dunia saudara yang sempit tanpa dapat menerima pandangan orang lain

sekian dahulu pandangan saya pada kali ini, semoga Allah bersama-kita dalam mencari kebenaran dan Allah sentiasa memberi rahmat kepada malaysia sebagai bumi Islam dan minta dijauhi dari bala akibat dari tangan-tangan manusia yang jahil lagi durjana...

Apa yang penting di sini, marilah kita sama-sama terus mendokong Islam dan melayu untuk terus bersatu dan maju. Marilah kita mulakan dari diri kita sendiri ataupun dengan langkah pertama kita dalam memperjuangkan kebenaran...

ALLAH HU AKBAR!!!
ALLAH HU AKBAR!!!
ALLAH HU AKBAR!!!
p/s;
ini hanyalah pandangan peribadi saya tanpa di pengaruhi mana-mana pihak dan sentimen.
Amin..
Wira Haji Abdullah...

*******************

Dan ini balasan email kepada beliau.

Waalaikumussalam wrkt

: )

Maaf lambat jawab. Teruskan hak bro untuk bersuara seperti mana saya. Saya boleh menerangkan kepada bro siapa sbnrnya TDM ini, tetapi, apa yg bro ckp itu adalah fakta juga.

Insyaallah, suatu hari nanti, sama ada bro atau saya yang akan sedar. Yang mana satu yang benar. Sebab antara keduanya, pastu hanya ada satu yang benar secara keseluruhannya.

: )

Di sudut lain, pastikan suara kita, biarpun jelas berbeza, ianya tidak memutuskan persaudaraan, tidak bunuh membunuh seperti memali, padang terap, etc. Professional.

Saya akan siarkan suara hati bro sebagai menghormati kebebasan idealogi, kebebasan bersuara di blog saya. http://adukataruna.blogspot.com/

Manusia yang tidak bersependapat, tidak sepatutnya dibunuh, di ISA, etc. Ia tetap saudara kita dalam konteks demokrasi.

: )

Wallahualam.

Comments

  1. sebut isu memali, perlukah mereka yang seislam, sama-sama syahadah, sama-sama sembahyang 5 waktu, sama-sama berpuasa di ramadhan, berzakat dan haji di bunuh dengan begitu kejam? saudara pun maklum bukan seorang tapi ramai. siapa yang menyerang dan siapa yang diserang? akan musnahkah bumi malaysia sekiranya mereka tidak dibunuh? halalkah darah mereka itu? siapa yang lebih alim ibrahim libya atau mahathir? bagi aku, mereka dibunuh semata-mata kerana ego mahathir!. seruan mahathir supaya islam bersatu di bawah OIC pun adalah kerana ingin menjadi hero dunia islam. hero negara miskin. saja nak tunjuk berani kepada dunia tetapi ke mahkamah pun kecut te...! tapi jangan salah anggap, aku pun tak suka abdullah anak beranak. untuk pengetahuan saudara wira hj. abdullah, aku pun dulu seorang umno dan pernah pegang jawatan. tetapi sudah 10 tahun aku tak bayar yuran umno. sekarang aku tak bangga lansung dengan umno sebab aku tahu apa ada di dalm umno sebenarnya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.