Skip to main content

Kepada Penyokong PAS Dan Penyokong Maza

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang.



Latar Belakang.

Pertamanya maaf kerana isu ini mengundang sedikit pergolakan sesama kalian. Terlalu banyak yang perlu direnungkan dalam peristiwa ini oleh kita bersama, terutama saya sendiri. Nanti kita akan bincangkan antaranya.Baiklah, begini. Saya mengishtiharkan saya bukan ahli PAS berdaftar. Walau saya ada juga mengambil bahagian dalam program-program PAS, aktiviti-aktiviti PAS, kerja-kerja masyarakat oleh PAS, namun saya tidak menjalani proses tarbiah oleh PAS secukupnya.

Saya lahir dalam masyarakat dan keluarga UMNO. Dan saya mengetahui mengenai PAS semasa berada di asrama Politeknik Port Dickson. Tingkatan 4 tahun 1997. Pelajar senior yang hatinya rapat dengan masjid ketika itu adalah majoritinya dari Kelantan. Di sini lah saya mengenal PAS. Dan saya mengkaji sendiri melalui Harakah yang saya beli di Terminal One setiap kali ‘outing’.

Dan Harakah itulah yang saya bawa dan tinggalkan di rumah apabila saya ke asrama semula. Melalui satu peristiwa, saya ‘bertukar’ ke Teknik Tuanku Jaafar. Duduk di rumah sendiri. Dan sudah pastinya saya mampu mendapatkan Harakah pada setiap keluaran untuk dikongsi oleh keluarga.

Di pendekkan cerita, tradegi DSAI adalah kemuncak abah saya mendaftar menjadi ahli PAS, kecuali saya sehingga kini (adik-beradik, emak dan nenek hanya mengundi / menyokong PAS). Saya tidak mendaftar atas sebab-sebab yang tertentu. PRU 4-5 tahun sekali. Walaupun undi itu ‘rahsia’, tetapi, sepanjang ketahuan saya, abah adalah penyokong UMNO. Saya pernah menampal kereta Proton Saganya dengan bendera BN ketika kecil. Penuh dengan bendera BN. Untuk membawa orang.

Saya amat bersyukur kerana abah dan nenek mengundi kepada Islam di PRU terakhir dalam hidup mereka. Malah Sijil Ahli PAS abah diterima keluarga kami selepas abah berada di dalam tanah. Semoga damailah abah dan nenek di sana. Bukanlah damai kerana mengundi PAS, tetapi sekurang-kurangnya melepasi satu masalah. Yakni assobiyah.

Surat-surat kepada Dr MAZA.

Sepanjang saya terbabit dalam penulisan, saya pernah terbitkan 2 surat kepada beliau. Surat pertama bercorak sindir / keras / angkuh. Kerana pada situasi itu (bagi pihak saya) Dr MAZA berada dalam mode teruja. Habis semua yang dirasakan tidak sesuai pada ilmunya disanggah secara terbuka. Sehingga satu kemuncak sanggahannya disokong oleh Sister In Islam.

Selepas beberapa lama memegang jawatan mufti, saya melihat Dr MAZA telah cool dan sedikit matang. Keghairahan sudah kendur. Mungkin darah anak muda membuat sesiapa sahaja begitu apabila memegang jawatan tertinggi secara mendadak tanpa peningkatan yang beransur-ansur.

Mungkinlah.

Surat yang terbaru ini.

Rujukan : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8974

Tujuan surat itu ialah membangkitkan satu persoalan. Ianya tidak terbukti selagi yang didakwa tidak menafikan atau menjawabnya. Ini professional. Berkenaan ilmunya terhadap sanggahan Islam Hadhari pula adalah dialu-alukan. Malah saya sendiri perlu belajar daripada beliau.
Dalam surat itu saya tidak mendakwa dia atau saya dalam mana-mana aliran. Wahabi ke, Syiah ke, Salaf ke, Khalaf ke. Malah saya bukan aliran agama. Saya aliran teknik. Definasi mengenai istilah-istilah itupun masih kabur pada saya. Saya tidak mempertikaikan ilmu agamanya, tetapi saya mempersoalkan ilmu tektikalnya. Ini bidang saya.

Situasi yang mengecewakan.

Apabila persoalan ini disuratkan, maka, berlakulah pertembungan penyokong PAS dengan penyokong MAZA. Keji mengeji, caci mencaci. Sedangkan yang didakwa cool sahaja. Profesional. Tidak bolehkah kita semua berhujah secara professional? Jika menuduh Dr MAZA agen Saudi, kemukakan buktinya, jika menuduh PAS agen Syiah, kemukakan buktinya.

Untuk apa kita menjaraknya saf sesama golongan agama? Mengapa harus dikeji dan dimaki penyokong MAZA seolah-olah kezaliman mereka setanding dengan TDM? Mengapa harus dikeji dan dimaki penyokong PAS seolah-olah kebusukan mereka setanding dengan UMNO? Berapa banyak setinggan yang penyokong PAS robohkan? Berapa banyak masjid dan surau yang penyokong PAS musnahkan?

Profesonal lah. Jawablah pada isu dan ilmunya. Untuk apa kita keji-mengeji. Saya berhak bertanya atau membangkitkan bertanyaan. Maka saudara berhak menjawab atau memilih berdiam diri. Itu saja. Jika soalan bab ayam, maka jawapan perlulah bab ayam. Bukan bab engine kereta yang dipasang di Arab Saudi di mana kilangnya adalah usahasama antara Ford dan anak tempatan.

Persediaan dan hasil oleh PAS.

Mari kita belajar dari peristwa ini. Mungkin sebelum ini, forum internet seperti ini tiada, tetapi kita kesampingkan dahulu factor ini. Pemimpin atasan PAS perlu baca ini. Ini adalah penting demi survival PAS masa hadapan.

Baiklah. Begini. PAS sebelum tragedy DSAI dicorakkan oleh kumpulan A. Kumpulan A ini adalah kumpulan yang memilih PAS tanpa peristiwa besar. Sebaliknya kerana ilmu dan kesedaran yang tinggi. Atau kata lainnya, tanpa memerlukan satu pengajaran, mereka memilih wadah Islam ini. Mereka mempunyai satu attitude Tamat satu bahagian. Kita pergi kepada bahagian 2. Baca dengan perlahan.

PAS selepas tragedy DSAI dicorakkan oleh kumpulan A dan B. Kumpulan B ini hanya memilih PAS kerana diberi pengajaran atau setelah satu peristiwa besar. Tanpa ilmu, tanpa attitude Islam, mereka memilih PAS kerana factor emosi dahulu. Kemudiannya, mereka ini dibiarkan di dalam PAS tanpa program tarbiah yang secukupnya. Para pemimpin pula begitu bangga dengan penghijrahan demi penghijrahan ini ke dalam PAS. Kuantiti dan dibiarkan kuantiti itu tanpa program membentuk kualiti yang mapan dan berterusan.

Hasil.

Inilah hasilnya. Lihat sahaja di forum-forum atau di mana-mana. Lihat attitude ahli PAS selepas tragedy DSAI. Termasuk saya, majoriti anak-anak muda, dan majoriti orang tua yang memilih PAS atas factor emosi, terumbang-ambing dalam sahsiah diri. Mereka inilah yang diberikan hak memilih memimpin PAS di masa hadapan. Ketika ini, kumpulan B diimbangi oleh kumpulan A. Tetapi bagaimana survival PAS selepas kumpulan A menemui ALLAH? Kumpulan B akan mengambil alih dan bergabung dengan kumpulan C.

Kumpulan C.

Kumpulan C adalah kumpulan selepas PR memerintah negara. Satu demi satu kebobrokan UMNO-BN dibongkar. Faktor tragedy lagi. Faktor emosi lagi. Bukan factor kebijaksanaan dan ilmu. Sila baca ini.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8287

Jika ini tidak ditangani, dan pemimpin PAS asyik kembang-kempis dengan kuantiti demi kuantiti, selepas PR memerintah, PAS akan tenggelam dalam 50-60 tahun. PAS akan dipandu oleh kumpulan E, F dan G. Dan ALLAH akan mendatangkan kumpulan lain pula untuk kembali memperjuangkan agamaNya dalam wadah politik di Malaysia ini.

Wallahualam

AdukaTaruna

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.