Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008

Lain kali jangan cabar intelek pengundi.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti tersebut terhadap mana-mana pimpinan yang mengadakan pertemuan sulit dengan BN, katanya, "tiada yang sulit lagi, kita mengatakan boleh mengadakan pertemuan dengan syarat ia dimaklumkan kepada parti." Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016106&Itemid=85 Anda berjuang dalam demokrasi secara total, bukan seperti nabi secara tulen. Jadi, sebarang penipuan tidak akan mudah dihadam sebegitu sahaja oleh kami yang puluhan juta ini, seperti 800 000 ahli anda. Jelas?

HarakahDaily Keberatan Tiada Penggabungan Dengan UMNO.

Oleh : AdukaTaruna Dalam banyak parti politik di Malaysia. PAS paling lurus, skema, lembab, jujur, baik hati. Satu perwatakan budak-budak baik. Ianya adalah kelebihan dalam tajuk prinsip. Jujur dan lurus dalam pentadbiran, kewangan, dan sebagainya. Tetapi kekurangan dalam taktikal. Contoh terbaru ialah HarakahDaily. Ketika rakyat malaysia, muslin dan non muslim, BR dan BN, berpusat fokus mereka kepada keputusan dari Jalan Raja Laut, HarakahDaily selamba mengambil pendekatan biasa. Pada saat keputusan diumumkan oleh akhbar kawan dan lawan, pada ketika artikel ini ditulis, 4.00 petang, HarakahDaily kepunyaan PAS dalam mode biasa. Bersungguh tidak, lewa pun tidak. Jujur, lurus dan lembab perwatakannya. Apakah semua ini berlaku kerana : 1. Gen Melayu? 2. Tiada unsur keswastaan / keuntungan / pernigaan (unsur tipikal kakitangan kerajaan)? 3. Saranan gaji minimum yang dilaungkan Presiden PAS tidak diguna-pakai dalam kumpulan HarakahDaily? 4. Keberatannya kepala kepada Harakah dalam keputusa

PAS fikir intelek pengundi sekarang taraf ahli mereka agaknya..

Oleh : AdukaTaruna Skang baghu tohegeh-hegeh nak toghang an. Sobolom ni, kalau buleh soghok bawah karpet, bawah katil ekau soghok. Apo ekau ingat zaman ni zaman 800 000 oghang ahli ekau tu ko? (Pemikir Ganu mesti ketinggalan zaman) Dio oghang ni duduk bawah tompughong gamak eh, tak soda yang puluhan juta pongundi dio bukan ahli dio. Ahli PAS buleh la koghang nak koncing ko, nak main nyoghok-nyoghok ko, polis n penjahat ko. Somuo eh wala’ beb. Angguk-angguk, ikut saluran. Zaman skang tak dapek do bai. Silap la. Poie jalan la samo tompughong nyio Ganu ekau tu. Ekau nak jumpo ko, nak main snuko ko, nak botopok-botampa ko, dongan UMNO, bagi tahu pengundi yang bukan ahli ekau ni. Nak botopok-botampa dongan Saripah Aini pon buleh kok ekau minat. Tapi mongaku la siket. Yang ahli takpo do. Ekau suo apo pon doghang tolan. Bagi tau kek kito oghang ni ha. Tak payah la sampai nak buek sidang akhbar bagi tahu plak. Cukup ngaku yo dan toghang an bilo ditanyo. Bukan bobolit-bolit macam soghoban

Malaysia Sebelum UMNO.

Oleh : AdukaTaruna UMNO adalah buah tangan sekumpulan pakar strategi British. Nama sahaja sudah dalam bahasa mereka. Malayan Union mula adalah satu sandiwara untuk menipu genetik terbangang, yakni Melayu, supaya menyertai beramai-ramai sebuah jemaah bernama UMNO. Jadi, Malaysia melengkapkan seperti mana negara-negara Islam yang lain, di mana, kemerdekaan diberikan kepada boneka mereka. Malaysia merdeka melalui rundingan. Satu pelan peralihan kuasa kepada boneka. Hasilnya, dengan restu bangsa Melayu, pekerja asing ketika itu diiktiraf sebagai warganegara. Kemudiaannya, hasil restu seluruh genetik Melayu secara terbanyak, kita menganugerahkan Singapura kepada Lim Kuan Yew. Dan hari ini, sekali lagi, dengan seluruh restu genetik Melayu, kita serahkan Pulau Batu Putih kepada Singapore. Eh, ada lagi, air Johor, eh ada lagi, hutan tadahan air Johor. Eh lupa, perairan lautan Pulau Batu Putih yang paling terbaru. Yang tidak setuju. Yang tidak setuju merdeka secara rundingan adalah golongan-go

PAS Bukanlah Jemaah Yang Perfect.

Oleh : AdukaTaruna Kepada yang bersetuju dengan wa, hendaklah sentiasa difahami, PAS adalah seperti mana diri kita. Ianya bukanlah sebuah jemaah yang perfect walaupun diterajui oleh pewaris nabi. Melayu perlu buang kotak2, tempurung ketaksuban. Mereka perlu tahu siapa penunggang dan siapa yang ditunggang. Kepada sahabat UMNO wa, wa masih mengekalkan pendirian seperti mana sebelum PRU12, bahawa, PAS adalah jemaah yang kurang buruk berbanding jemaah buruk yang ada di Malaysia. Jadi, di harapkan sahabat semua masih mengekalkan undi kepada PAS ketika waktu ini, sehinggalah sekiranya terdapat sesuatu keperluan kita semua mengundi selain PAS. Ada yang mengundi PAS kerana mahu check and balance, ada yang mengundi PAS kerana mahu UMNO masuk dalam fasa pembersihan, ada yang mengundi PAS kerana ianya satu-satunya parti paling kurang buruknya. Walau apa pun yang telah sahabat lakukan, pastikan kita semua tidak mengundi atas dasar ketaksuban, melainkan bagi mereka yang telah melafazkan bai’ah kep

Menanti Bukti Dari Pendakwa Pewaris Nabi.

Oleh : AdukaTaruna Jika di klik pada nick yang digunakan, inilah link yang diperolehi. http://jihadtegakislam.blogspot.com/2008/07/antara-tarbiyah-politik.html Dan sehingga kini, hamba masih menanti berkenaan itu. : )

Jawapan Yang Tak Jawab.

Oleh : AdukaTaruna Subuh tadi wa tengok ada sms. Wa baca, rupa-rupanya member baru wa, Islam4All sms. Pukul 4.43 pagi wa terima. Mamat tu tahajut kot. Sori la bro.. wa membuto. Ngeee... Smsnya bertulis : Aduka, pemimpin gen melayu mempunyai 2 kelebihan. 1 kaya dengan alasan. 2. Tak memohon maaf bila buat dosa pd public. Mereka suka salahkan org lain. Lu tgk jepun. X buat salah pun mohon ampun. Dan benci pd alasan . Ah, sudah. Wa sebenarnya dah ambil mode bertolak-ansur dah bab ni. Tapi, apabila pemimpin PAS lain bersuara, dan dibalas dengan golongan penegak benang basah, maka, terpaksala wa fight balik. Benda-benda ni tidak boleh dibenarkan menjadi budaya sapu bawah karpet. Kita kena perjuangkan Malaysia yang maju serba-serbi. Wa pun keluarlah artikel bacaan awam. Bertajuk, Bacaan Penting : PAS Lupa Wadah Yang Dipilihnya. Dalam keadaan 2 kali wa diban di TKO, sehingga terpaksa daftar baru dengan nick AdukaTaruna3, entah bagaimana artikel wa dilulusterbit juga oleh saudara reformis di r

Bacaan Penting : PAS Lupa Wadah Yang Dipilihnya.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Lupa diri dan sombong kembali kepada usul. Itulah susunan ayat yang hamba pilih. Semakin lama perjuangan PAS, semakin bercampur baur dengan segala rencah, PAS semakin lupa apakah wadah yang dipilihnya. Saat hamba menulis ini, hamba mengingatkan semua, ketika PAS diambang kerosakan dan perpecahan, bahawasanya; PAS sudah melupakan wadah demokrasi yang dipilihnya dahulu. PAS sudah lupa wadah demokrasi. Hamba bukan mahu membincangkan apakah benar atau salah wadah ini, tetapi hamba ingin kupas betapa PAS semakin kelam-kabut akibat tangan-tangan insan yang penuh ilmu bukan pemikir. Dalam demokrasi, PAS memerlukan undi manusia bodoh (muslim dan non muslim), dan undi manusia cerdik (muslim dan non muslim). Inilah wadah yang PAS pilih, bagi mendapatkan satu kuasa untuk mengawal kesucian Islam. Manakala, segala nas dan dalil-dalil yang ada, tidak diturunkan sepenuhnya melalui demokasi secara langsung atau tepat. PAS han

Fight PAS fight! Tunjukkan pintu keluar kepada musang !

Oleh : AdukaTaruna. Siapakah yang sepatutnya mengangkat tangan mengakui mereka beriman sedangkan mereka belum diuji? Selepas diuji dengan kemenangan besar, mungkin ini isyarat ALLAH supaya pembersihan pengkhianat kepada Islam dilakukan. Ayuh PAS! Tunduklah kepada Tuhanmu melebihi pemimpinmu! Rujukan 1: http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/gen-mamak-sudah-bersuara-gen-melayu.html Selepas Gen bukan Melayu, saudara Hanipa Maidin bersuara, demi Islam yang lebih tinggi dari pemimpin kepartian, kini Mahfuz tampil secara anak jantan yang gentleman memohon maaf kepada semua pengundi Pakatan Rakyat. Rujukan 2 : http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/mahfuz-yang-gentleman.html Selepas Mahfuz tampil dengan jiwa yang sangat besar, dengan penuh tanggungjawab dan berani, Kamarudin Jaafar pula mengorak langkah terjun bersama rakyat akar umbi. Memahami kekecewaan rakyat terbanyak. Rujukan 3 : http://kjtumpat.blogspot.com/2008/07/terharu-baca-surat-terbuka-haji-mahfuz.html Selepas Kamarudin Jaafar

Mahfuz Yang Gentleman.

Di sini wa pastekan kenyataan gentleman Mahfuz. Memang caya. Terasa dunia beliau memang rapat dengan dunia rakyat. Good bro. Kepada, Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS. Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini. Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan

Sejuta Makna, Sejuta Fikir.

Wa bertanggungjawab atas kartun yang wa lukis. Penceritaan sejuta makna, haruslah difikirkan sejuta tapisan. Selamat berfikir. And here is the rest of it.

Petisyen Selamatkan Barisan Rakyat!

http://www.petitiononline.com/savePR/petition.html Barisan Rakyat perlu diselamatkan. Masing-masing yang bersetuju mempunyai pelbagai sebab. Sebab hamba semua jelas seperti terkandung dalam Bacaan Berat yang hamba keluarkan dahulu. Namun, walau apa sahaja alasannya, hamba menyeru kepasa semua yang bersetuju, dengan petisyen ini, untuk turut menurunkan tandatangan. Sebarkan. Selamatkan Barisan Rakyat (Pakatan Rakyat) http://www.petitiononline.com/savePR/petition.html

Kesan Tangan-Tangan Jahanam Hadi Awang Muncul Lagi.

Tahniah Hadi Awang. Sudah 2 kali selepas Barisan Alternatif. PAS kembali menjadi anjing. Tiada kuasa untuk menyalak kemungkaran. Ketenteraan tidak, demokrasi pun tidak. Yang ada, hanyalah : Wuf! Wuf! Sebuah fikrah PAS Terengganu. Tahniah UMNO for next PRU. Anda tidak secerdik mana, cuma PAS terlalu bengap. KUALA LUMPUR: Tanda perpecahan mula ketara dalam Pakatan Rakyat apabila DAP secara terbuka meminta pakatan itu mengkaji semula keanggotaan PAS. PAS ternyata mengundang keraguan tentang kredibilitinya dan berdasarkan perkembangan mutakhir, Pakatan Rakyat perlu menimbang secara serius sama ada PAS patut terus dibenarkan menganggotainya," kata Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dalam kenyataan di sini hari ini. Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan berita barubaru ini yang mengesahkan bahawa PAS dan Umno, yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN), mengadakan rundingan bagi memelihara perpaduan Melayu di negara ini. "

Gen Mamak Sudah Bersuara, Gen Melayu Masih Dayus.

Oleh : AdukaTaruna Yang ini wa tulis. Tiada kena mengena dengan fikrah penulis artikel yang wa akan pastekan ini. Wa bertanggungjawab setiap inci tulisan wa sendiri. Wa dapat dari Penarik Beca. Pun begitu, dia tiada kena-mengena dalam membentuk fikrah wa. Pro. Tiada kena-mengena, malah ada yang berlawanan. Ahli PAS dayus, atau setiap genetik Melayu itu dayus? Keputusannya bergantung kepada selama mana Presiden uncerdik ini dikekalkan. Jarak masa berkadar terus dengan kemusnahan PAS. PAS MUNGKIN AKAN SUKAR DIPERCAYAI LAGI SELEPAS INI Oleh : Mohamed Hanipa Maidin Apa yang saya tulis diblog ini adalah pendapat peribadi saya. Saya tidak menulis atas kapasiti sebagai ahli jawatankuasa PAS Pusat. Tulisan ini menggambarkan betapa frustnya saya ( dan mungkin juga ahli-ahli PAS yang lain ) apabila Dato’Presiden PAS mengakui bahawa terdapat pertemuan antara Timbalan Presiden PAS dengan Presiden UMNO di Parlimen . Terus terang sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat ,saya tidak mempunyai pengetahua

“Apakah tuan Ustaz Fadhil?”

Oleh : AdukaTaruna Suasana sangat nyaman. Dingin tidak, panas pun tidak. Beberapa lelaki berwajah jernih dan bersih kelihatan bermalas-malas di sana. Berbual sambil menikmati rezeki. Ditemani wanita-wanita cantik seakan bidadari. Ah, mungkin benar bidadari. Sekumpulan lelaki yang lain, sama seperti kumpulan-kumpulan lelaki yang lain. Berjalan dan berjalan. Bersapa dan bertanya pada setiap kumpulan yang dijumpainya. Umpama burung yang hinggap dari pohon ke pohon. “Jangan takut kanda.. mari dinda tunjukkan rakan-rakan yang mungkin kanda kenali. Mari.” Lembut dan lunak wanita cantik itu menjemput. Lelaki itu teragak-agak. Sibuk membelek kulit tangannya dan meraba pipinya. Hairan. Wanita cantik itu tersenyum lagi. Matanya bersinar dan giginya sangat putih. “Di sini, semuanya kembali muda, kanda. Jangankan berkedut, berpeluh pun tidak. Hihi.” Wanita berbulu mata lentik itu tertawa nakal. “Mari..” Lelaki itu menurut apabila tangannya ditarik wanita itu. “Itu. Dinda tunggu di sini. Kanda teg

“Kenapa pakcik menangis?”

Oleh : AdukaTaruna “Kenapa pakcik menangis?” Diam. Bungkam. “Ada masalahkah? Boleh saya bantu? Atau pakcik perlukan ruang?” “Subhanallah.. wallhamdulillah.. walaila.. haillallah.. wallahuakhbar...” belasan ribu di sana dan di sini, di sekitar Kuala Lumpur berzikir. Pada hari itu Kuala Lumpur bermandi kuning. “Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!” “Jangan berpecah! Jangan berpecah!” Puluhan anak muda berbaju merah berpeluk dan tunduk kesakitan menahan panahan air berbisa. “Jangan berpecah! Jangan berpecah! Lindung muslimah! Lindung muslimah!” Nekad. Puluhan lelaki berbaju merah itu nekad melindungi ratusan muslimah dan anak-anak kecil di luar Masjid Jamek. (Bunyi siren dan loceng) “Kamu semua diminta bersurai! Bersurai!” Suara itu bergema lagi. Keadaan kalut. Rat! Rat tat tat tat tat! “Allahuakhbar! Allahuakhbar!” Tembakan bertubi-tubi. Memecah kedinginan dan kesunyian. Bertelingkah dengan laungan takbir. Beberapa lama kemudian senyap semula. Gugur dan syahid beberapa pejuang memp

Idea Kepada PAS Perak. Idea Kepada PAS Terengganu.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui. Perak. MB Perak, Nizar perlu mempunyai tunjang yang kuat terhadap asakan. PAS Perak perlu mempertahankan kerusi MB Perak pada PRU13. Usaha giat menarik sokongan muslim perlu maksimum. Dan PAS perlu bersedia untuk melepaskan kerusi MB Perak, demi kestabilan ketika situasi masih belum matang / mengizinkan. Mengapa? Adalah dibimbangi DAP meletakkan calon Melayu pada PRU akan datang. Kita andaikan Melayu seperti RPK menjadi calon DUN DAP di Perak, maka, peluang DAP menjadi MB Perak adalah besar. Dalam demokrasi tiada masalah. Dan dalam demokrasi juga wa mengutarakan kemungkinan ini. Dan, juga dalam demokrasi, PAS perlu mempertahankan kepentingan Islam. Profesional. Kerjasama dengan DAP tetap kerjasama dalam satu-satu tajuk yang bersamaan. Namun, perjuangan PAS tidak boleh digadaikan sekiranya berlaku pertembungan seperti ini. Jadi, secara ikhtiar manusia, pilihannya 2. Pertama, usaha maksimum tidak berhenti bermula sekarang. Dan y

Teruskan Fight PAS!

Heh! Memang caya. Permulaan yang baik. Teruskan berjuang. Tetapi ingat; kontrol keghairahan. Konsert Inul diberitakan telah dibatalkan. Kemenangan semua pihak. Baik PAS, baik UMNO. Mari kita baca petikan berita ini. Konsert “Ratu Gelek Indonesia” Inul yang dijadualkan pada 27 Julai 2008 ini telah dibatalkan. Pihak Pemuda Wilayah telah menghubungi syarikat IMS Prima Sdn Bhd, yang menguruskan konsert berkenaan petang tadi. Pegawai syarikat berkenaan yang enggan memberitahu namanya, memberitahu bahawa konsert tersebut telah dibatalkan. Konsert tersebut dibatalkan kerana tidak mendapat permit daripada pihak DBKL ekoran ramai yang membantah dan tidak bersetuju dengan konsert tersebut, termasuk bantahan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Selain itu ia dikhuatiri akan menimbulkan kekacauan dan gangguan awam. Pada 23 Julai 2007 yang lepas, rombongan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Sdr Kamaruzaman telah menghantar memorandum bantahan kepada konsert Inul. Memorand

Yang tersirat dan tersurat disebalik Dato' Fauzi menyertai PKR

First time wa paste artikel orang dalam blog wa. Selalu bagi link jer. Wa rasa benda-benda 'remeh-temeh' bagi pucuk pimpinan ini penting. Lembab akan selalu tertinggal. Dan semakin tertinggal apabila lembab dipertahankan. Baiklah, mari kita baca sama-sama. Kemudian, dapatkan pengimbangan dari yang lain sebelum ditelan untuk dihadam. Ini adalah linknya : http://www.najwasuhaimi.blogspot.com/ Oleh : Abu Najmi Berita gembira buat penyokong Pakatan Rakyat di Pahang. Namun bagi saya terselit sedikit kecewa. Saya mengetahui penyertaan Dato Fauzi ke dalam PKR ini lebih kurang jam 12. 30 mlm. Itupun selepas menonton TV 502 Berita Bernama sebaik sampai di rumah setelah menyampaikan kuliah di Keratong 9. Bukan satu rahsia lagi Dato Fauzi akan menyertai PAS. "Menyertai parti lain adalah adat (kebiasaan), bersama PAS adalah ibadat" Inilah juga komitmen beliau semasa bertemu pimpinan PAS peringkat negeri Pahang. Saya tidak katakan Dato Fauzi memungkiri janji. Tetapi semua ini

Tolak ansurla hal isu pokok.

“Wa rasa tak selesai lagi isu pok, bro.” “Ala.. bertolak-ansur la, bro. Masing-masing dah dapat pengajaran. Termasuk wa sekali.” “Itu la bro. Tapi wa memang terluka la. Hal muzakarah-muqabalah wa faham. Yang wa terluka hal menipu. Kata tak wujud pertemuan, siap nak saman-menyaman.” “Kita ambil jalan tengah lah bro. Mungkin penafian itu tak wujud pertemuan di London, kot. Tapi kat tempat lain.” “Dah tu kenapa tak jelaskan? Kenapa baru kelam-kabut bagi tau lepas Paklah bocorkan?” “Ala.. bro. Settle la. Mungkin sebab tu presiden bagi tahu hal itu adalah muzakarah, bukan penggabungan. Dan kemudian dibetulkan oleh Syura semula, yakni muqabalah.” “Yerla, jumpa jugak la kan. Napa menipu?” “Adeh.. lu ni. Ambil tengah-tengah la. Bukan menipu, tapi menafikan jumpa kat London kot. Jumpa kat tempat lain jer yang tak diumumkan time menafikan jumpa kat London tu.” “Tapi tak telus la, bro. Apa ni main sorok-sorok? Mengaku jer la. Dah macam UMNO dah.” “Tu pasal la wa cakap, harap semua ambil pengajara

Pengajaran Buat Kita Semua, Termasuk Sahabat UMNO Hamba.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Terima kasih kepada Syura Ulama. Inilah keuntungan berada di bawah satu sistem dari Pencipta segala pencipta. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Banyak pengajaran yang dapat kita kutip melalui takdir ALLAH ini, di atas asbab kesilapan manusia ini. Buat sahabat UMNO. Kepada sahabat Melayunet, anzawan, akubaik5, saudara Mykmu dan sebagainya, ada telah menyaksikan ini semua. PAS adalah sebuah jemaah yang sangat terbuka, dan sesuai terutama golongan pemuda berjiwa memberontak seperti kita. Sahabat UMNO boleh melihat bagaimana penyokong PAS, sama ada ahli atau bukan, bebas bersuara, melahirkan perasaan tanpa halangan secara total. Sahabat UMNO juga boleh melihat bagaimana Syura Ulama PAS mendengar rasa hati insan-insan kerdil seperti kami. Hamba tidak mengajak saudara UMNO sekalian supaya berdaftar dengan PAS, malah menggalakkan saudara semua berjuang memulihkan UMNO. Namun, diharapkan, saudara UMNO semua mas

Level Awam : Kupasan Isu Muzakarah.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Pertama sekali, huraian ini diolah untuk level awam. Jadi, ianya adalah panjang. Sekiranya anda jenis yang malas membaca, atau hanya membaca secara rambang, sila berhenti membaca sebaik sahaja memandang noktah ini. Mari kita melihat betapa besarnya kerosakan yang merempuh PAS akibat dari isu muzakarah ini. Kerosakan yang membuka ruang lawan memarakkan lagi nilai kerosakan itu. Siapa sangka, sebuah organisasi paling stabil dan tenang sepanjang 100 hari menerima kerosakan ini. Mari kita siasat untuk dijadikan pengajaran masa hadapan. 1. Hasil tarbiyah kepada penyokong PAS. PAS banyak membentuk penyokongnya melalui ceramah politik. Puluhan tahun. Tetapi corak penerangan isu itu lebih kepada satu doktrin membenci (UMNO-BN). Penjelasan ilmiahnya tenggelam. Puluhan tahun mereka dibentuk supaya simpati kepada PAS dan membenci UMNo. Mereka tidak diajar teknik pengasingan tajuk. Memang ada pembentukan melalui usrah, tamrin

Satu Lagi Tangan-tangan Kepada Tangan-tangan Jahanam Hadi Awang.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui. Ini adalah rumit dan dalam. Hamba yakin, hampir seluruh Melayu tidak mampu mencapai ini, apatah lagi IQ berlevel Hadi Awang. Secara keseluruhan PAS menggerakkan jentera penerangannya melalui ceramah politik. Dari ceramah ini, ianya bertebaran rata ke pelbagai medium lain. Internet, VCD, mulut ke mulut dan sebagainya. Dan ceramah-ceramah inilah yang membentuk sahsiah ahli PAS selama puluhan tahun. Tidak jelas? Baca lagi. Apakah konsep ceramah (penerangan PAS) secara keseluruhan? Termasuk Hadi Awang yang berIQ rendah ini, konsep penerangan PAS bukan kepada tajuk-tajuk yang diasingkan, tetapi lebih kepada doktrin membenci (UMNO). Apa jua isu yang perlu dijelaskan, pemimpin PAS akan menghentam UMNO-BN (jika isu melibatkan UMNO-BN) sehingga menenggelamkan hujah ilmiah penerangan itu. Sebagai satu contoh, kita ambil Mat Sabu. Ketika berceramah menghentam UMNO-BN, katakan dalam isu ISA, beliau akan bertanya kepada hadirin. “Sekirany

Wa Dah Bersuara, Sejarah Sudah Membuktikannya.

Oleh : AdukaTaruna Bukan wa nak takbur, malah wa sendiri selalu silap. Tapi, inilah dunia wa sejak kecil. Apa yang wa nampak mendahului dari orang kebanyakan . Dah puas sejak kecil wa bertekak dan bergaduh untuk memberi nampak. Bila dah besar, wa hanya bersuara tanpa bergaduh untuk memberi nampak. Sudah lama wa memberi tahu ahli PAS, supaya tukar Presiden, tukar Presiden. Tapi wa dimaki. Profesional la, dimaki, Wa tiada hal. Sekarang budak-budak PAS yang maki wa hal Presiden kat TKO dulu, dah mula mempersetujui wa. Jarak hampir 2 tahun wa mendahului mereka. Secara peribadi, wa kalah dengan TGNA n abah wa jer. Yang lain, wa mendahului. Dulu wa tak sokong TGNA akan hal konsert Mawi. Kemudian baru wa nampak apa yang TGNA buat. Begitu jugak dengan abah wa. Memang rumit nak faham Abah wa beb. Tapi kemudian baru faham. Adik-adik wa tahu la bagaimana Abah wa ni. Wa dok kata aliran pemikiran PAS Ganu sedang membahayakan PAS. Tapi wa yang dimaki dan dikatakan agen pemecah-belah. Dulu lu tak per

PAS Terengganu Perlu ‘Dikuarantinkan’.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui. Pertamanya sekali, hamba bukanlah ahli PAS. Dan hamba bukan orang yang memiliki maklumat dalaman PAS. Apa yang hamba tuliskan ini adalah dalam bentuk idealogi / pemikiran dari atas permukaan air. Keadaan dalam air tidak sama sebagaimana dilihat dari atas air, walau sebagaimana jernih pun air itu. Kayu yang lurus akan dilihat bengkok. Biasan cahaya. Namun, walaupun tidak sama 100% tetapi tetap memberi sedikit sebanyak kefahaman tentang keadaan dalam air. Baca dengan tenang dan tapis setiap butir. Sekarang ini, TGNA boleh dikatakan faktor menentu setiap hala tuju PAS. Untuk menukar sedikit haluan kapal, dalam laluan yang dipenuhi batu karang, TGNA adalah faktor penentu dalam menetapkan, kanan atau kirinya haluan yang mahu dipilih itu. Buat ketika ini. Diulangi sekali lagi, buat ketika ini. Sekarang, anda fikir, berapa sudah umur TGNA? Dan ramal berapa lama lagikah penentu terakhir PAS ini bersama dengan PAS? Dalam keadaan minit-

Siapa nak jawab ni?

Cuba lu orang baca dulu. Then fikir-fikir sendiri, baru telan mana yang lu orang rasa betul. Artikel satu. http://penarikbeca.blogspot.com/2008/07/engagement-tu-jargon-baru-untuk-apa.html Artikel dua. http://www.malaysiawaves.com/2008/07/pendedahan-dalang2-yang-hendak-membawa.html Kalau wa ? Tukar Presiden PAS sebab : 1. Keupayaan beliau untuk tidak dipengaruhi oleh orang-orang senior Terengganu adalah rendah. Kita dapat lihat bagaimana caca marba pemerintahan PAS Terengganu dulu. Perumpamaannya, 6 kebaikan dari 10 markah. 6/10 bukanlah markah cemerlang PAS kerana level PAS adalah tinggi. Lainlah kalau UMNO. 3/10 sudah tahap selamat bagi rakyat Malaysia. 2. Tetokohan yang rendah. Menyebabkan hampir semua penyokong PAS rasa tidak selesa. Tidak selesa melihat tenggelam bawah ketiak DSAI, tidak selesa melihat kelembapan memimpin rakyat awam dalam isu demi isu, lemah taktikal, lemah aura dan sebagainya. 3. Paling mudah dimanipulasi media. Imaginasi rendah untuk membaca 2-3 langkah di h