Skip to main content

Jawapan Yang Tak Jawab.

Oleh : AdukaTaruna

Subuh tadi wa tengok ada sms. Wa baca, rupa-rupanya member baru wa, Islam4All sms. Pukul 4.43 pagi wa terima. Mamat tu tahajut kot. Sori la bro.. wa membuto. Ngeee...

Smsnya bertulis : Aduka, pemimpin gen melayu mempunyai 2 kelebihan. 1 kaya dengan alasan. 2. Tak memohon maaf bila buat dosa pd public. Mereka suka salahkan org lain. Lu tgk jepun. X buat salah pun mohon ampun. Dan benci pd alasan.

Ah, sudah. Wa sebenarnya dah ambil mode bertolak-ansur dah bab ni. Tapi, apabila pemimpin PAS lain bersuara, dan dibalas dengan golongan penegak benang basah, maka, terpaksala wa fight balik. Benda-benda ni tidak boleh dibenarkan menjadi budaya sapu bawah karpet. Kita kena perjuangkan Malaysia yang maju serba-serbi.

Wa pun keluarlah artikel bacaan awam. Bertajuk, Bacaan Penting : PAS Lupa Wadah Yang Dipilihnya. Dalam keadaan 2 kali wa diban di TKO, sehingga terpaksa daftar baru dengan nick AdukaTaruna3, entah bagaimana artikel wa dilulusterbit juga oleh saudara reformis di ruang depan. Terima kasih la kerana tetap memberi peluang kepada wa.

Dan dibalas oleh saudara Lotus123. Reaksi kepadanya ini tidaklah dihantar ke TKO sebab tidak penting. Cukuplah di blog wa jer. Cuma, jawapan balasnya, pada wa, tiada sepotong ayat pun dalam artikel wa itu yang dijawabnya. Pada wa lah. Tak tahu la pembaca yang lain.

Bagaimanapun, ianya sihat dalam pembentukan satu kebebasan bersuara, satu pengimbangan. Jadi, lu orang bacalah ‘jawapan’ Lotus123 ini. Ambil mana yang baik diantaranya, sama seperti jutaan tulisan / suara yang dinikmati di dunia kekebasan ini. Semoga ianya mematangkan kita.

Selamat membaca.


Salam semua,

Saya amat tertarik dengan pandangan seorang pembaca tetap TKO, Aduka Taruna dalam artikelnya "Pas lupa wadah yang dipilihnya" yang dilulus terbit pada Selasa, 29 Julai 2008.

Secara kasar, tanpa mengambil kira bahawa kehidupan dan pemikiran manusia yang kompleks malah kadang-kadang sukar diramal, maka pandangan Aduka itu boleh dianggap excellent dan fool proof!
Akan tetapi, setelah dinilai secara praktikel dan strategi semasa, maka saya kira artikel beliau itu tidak lebih sebuah cebisan yang memerlukan pengamatan dan pengalaman yang hanya cantik di atas kertas!

Namun, saya tidak salahkan beliau, kerana saya kira beliau bukanlah orang tidak berakal atau kurang siuman, walaupun menghina orang sudah menjadi perkara biasa untuk beliau. Berhujah menggunakan sumber musuh dan mencerca menggunakan logik akal, sudah serasi bagi beliau.

Cuma apa yang saya amat inginkan adalah agar beliau mengkaji dan mengaji sepuas-puasnya sebelum perkataan yang 'menghina' itu dikeluarkan.

'Bodoh', 'bangang' dan 'lembab' bukan perkara objektif, akan tetapi ia adalah subjektif dan relatif! Berlainan dengan 'kafir' atau 'muslim' kerana ia adalah perkara yang objektif. Arnab mungkin berlari pantas berbanding dengan kura-kura, oleh kerana usia kura-kura mungkin boleh menjangkau lebih 100 tahun, maka ia bersabar dengan arnab yang gopoh dan membangga diri, kerana akhirnya kura-kura yang menang!

Kita hendaklah kekadang berlapang dada, bukan kerana kita bersetuju 100% akan tetapi kita juga akur mungkin dengan strategi yang belum kita nampak, yang telah di'perlihatkan' oleh Allah melalui solat-solat sunat hajat dan istikharah Tok-Tok Guru, berbanding dengan kita yang belum tentu bersolat sunat ini.

PENTINGNYA PAS DIPIMPIN ULAMA'

Nampakkah kita, dalam hal yang tertentu yang memerlukan tindakan yang cepat, dan agar ia tidak bertentangan dengan syara' maka pihak Presiden mungkin boleh terus menggerakkan kerja tersebut, tanpa dahulu merujuk diperingkat syura (atau dipanjangkan kemudian).

Ini agak susah berlaku jika Presiden parti bukannya 'ulama. Maka, saya kira dengan kredibiliti Tuan Guru Hj. Hadi (TGHH) selaku ulama' fiqah yang masyhur, maka keputusan berkenaan dengan hukum tidak menjadi persoalan besar. Dengan kefahaman sejarah Islam yang tinggi (bukan sekadar tahu Saidina Umar itu garang atau tahap yang setaraf dengan kita), maka saya berpandangan TGHH lebih layak untuk memutuskan sesuatu yang memerlukan keputusan cepat. Suasana sebenar sewaktu itu mungkin memerlukan tindakan pantas.

Oleh yang demikian, ia sendirinya mematah hujah yang menyatakan bahawa TGHH tidak layak memegang kerusi Presiden.

APAKAH ITUPUN DIKIRA LEMBAB?

Lembab atau pantas itu perkara subjektif, bukan (sekali lagi ditegaskan) objektif! Anda mungkin boleh berkata "kalau lembab, wa kata lembab" tapi tahukah anda apakah ukuran 'tahap kelembapan' itu??? Kita tidak tahu suasana sebenar sewaktu perjumpaan itu berlaku, akan tetapi telah dimaklum dan dijelaskan bahawa:

1. PAS tidak berminat bersatu dengan Umno
2. PAS tetap komited dengan Pakatan Rakyat

and full stop!!!

Pada saya, ia boleh dikira strategi yang sebenarnya memerangkap 'musuh' dalam selimut. Maksud saya, kadang-kadang kita kena ada strategi 'sampingan' yang agar keterlibatan kita dalam Pakatan Rakyat tidak dianggap melukut ditepi gantang, dan jelas sekali kedua-dua pihak masih memerlukan kita! Maka kita kena tunggu strategi seterusnya....

KEDUDUKAN CIKGU PA, USTAZ NASA?

Itu biarlah perwakilan PAS yang tentukan, adalah tidak adil jika anda bukan seorang ahli, tetapi berkempen secara membenci pimpinan PAS. Insya Allah, perwakilan PAS amat matang, mereka sudah mumayyiz dan mampu berfikiran waras untuk menentukan pemimpin mereka.

Saya sangat kasihan terhadap anda, kerana 'menyalak' dari luar rumah yang pintunya terbuka seluas-luasnya untuk anda masuk! Dan saya memohon maaf kerana kita tidak mampu melayan salakan-salakan begini, kerana banyak salakan yang sama juga terdengar di'luar sana' yang mahukan beberapa pimpinan PAS yang lain untuk turut berundur dari PAS termasuk pimpinan yang menjadi idola anda!

PAS MASIH BERPAKSIKAN ISLAM

PAS masih lagi meneruskan perjuangan Islamnya, dan masih lagi menggunakan demokrasi sebagai wadah perjuangan. Namun, selama mana perlaksanaan tidak bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah, walaupun nampak bertentangan dengan demokrasi, maka saya kira PAS masih berada dijalan yang benar.

KESIMPULAN

Tidak lain, saya amat menasihati semua peringkat, ahli atau bukan ahli, gunakan sumber yang sahih dan terimalah penjelasan dengan hati terbuka. Melainkan petanda istikharah anda menyatakan sebaliknya!

Wallahu a'alam.

Lotus123
Petaling Jaya

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...