Skip to main content

Wa Dah Bersuara, Sejarah Sudah Membuktikannya.

Oleh : AdukaTaruna

Bukan wa nak takbur, malah wa sendiri selalu silap. Tapi, inilah dunia wa sejak kecil. Apa yang wa nampak mendahului dari orang kebanyakan . Dah puas sejak kecil wa bertekak dan bergaduh untuk memberi nampak. Bila dah besar, wa hanya bersuara tanpa bergaduh untuk memberi nampak.

Sudah lama wa memberi tahu ahli PAS, supaya tukar Presiden, tukar Presiden. Tapi wa dimaki. Profesional la, dimaki, Wa tiada hal. Sekarang budak-budak PAS yang maki wa hal Presiden kat TKO dulu, dah mula mempersetujui wa. Jarak hampir 2 tahun wa mendahului mereka.

Secara peribadi, wa kalah dengan TGNA n abah wa jer. Yang lain, wa mendahului. Dulu wa tak sokong TGNA akan hal konsert Mawi. Kemudian baru wa nampak apa yang TGNA buat. Begitu jugak dengan abah wa. Memang rumit nak faham Abah wa beb. Tapi kemudian baru faham. Adik-adik wa tahu la bagaimana Abah wa ni.

Wa dok kata aliran pemikiran PAS Ganu sedang membahayakan PAS. Tapi wa yang dimaki dan dikatakan agen pemecah-belah. Dulu lu tak percaya Presiden PAS perlu ditukar. Apa yang wa suarakan adalah demi kebaikan PAS mengikut tafsiran wa. If lu orang tak setuju, patahkan dengan hujah. So, yang lain boleh menilai dengan sihat. Bukan memaki.

Secara keseluruhan, wa berada jauh di hadapan dengan orang kebanyakan. Masa wa tolak menjadi ahli PAS dulu, semua persoalkan wa. Sempit la, jangan jadi serigala la. Wa senyum jer. Sebab diorang tak nampak, apa yang wa nampak.

Ini wa cakap secara manusia la. Tak percaya, suruh TGHA tu main chess wa. 800 000 ahli PAS boleh bantu dia, tiada masalah. Objektifnya ialah membuktikan tahap imaginasi Presiden PAS (TGHA) itu dan ahli PAS secara general. Secara hukum alamnya, wa ramalkan, TGHA akan kalah bawah 10 langkah sekiranya TGHA berlawan secara berseorangan. Kuasa ALLAH lain bab la. Buat wa demam or diblurkan ALLAH, memang wa kalah la.

Wa sifatkan ini semua seperti manager bola sepak. Bagaimana mahu mendapatkan satu team terbaik berdasarkan apa yang kita ada? So, inilah yang wa buat, siapa penjaga gol terbaiknya, siapa yang diletakkan sebagai penyerang, pertahanan siapa dan sebagainya.

Jadi, kesimpulannya, lu semua berhak memaki hamun wa, sebagaimana beberapa kaedah / watak penulisan yang wa gunakan.

Namun, sejarah tetap sejarah. Anda akan melalui apa yang wa nampak beberapa tahun sebelumnya.

Wallahualam.

Comments

  1. bab nie aku 100% tak setuju, jgn lah sekali atau beberapa kali merasa diri ke depan, kita terdorong untuk menilai sesuatu yang BAIK dipandangan kita juga baik dipandangan mata orang lain. Kepada Aduka Taruna, perancangan Allah Maha Hebat dari penilaian kita insan yang kerdil, ditambahkan lagi pandangan peribadi tanpa berdasarkan 'SYURA'. Keberkatan itu ada 'SYURA'. Mudah-mudahan Aduka Taruna tidak ujub dengan pandangan peribadi.

    http://unitamalsabah.multiply.com

    ReplyDelete
  2. Betul bro..

    silakan dan teruskan tapis seperti ini. Kerana ianya adalah sesuatu yang sihat untuk dinilai oleh yang lain.

    ReplyDelete
  3. Ha.. tul tu bro. Mana2 yg lu rasa menyampah or berbulu or tak setuju, lu tapis la yeaa.. Hehe.

    Nak kutuk balik pun takper. Pilih mana yang lu rasa betul jer dalam keterbukaan dunia bersuara dan dunia menyampaikan fikiran.

    : )

    ReplyDelete
  4. Salam adukataruna.wa setuju tg haji hadi berundur dari jawatan presiden pas.wa setuju dgn artikel lu ni. wa dah emel lu.lu x dpt emel wa ke?

    ReplyDelete
  5. lu cite abah lu..skang wa cite abah wa laks..die pnh berpndpt ..TGHA ni kurang tegas org nyer brbnding ustaz fadil..Nie yg merunsingkn..Kala ustaz fadil dulu ckp A... a.. lah jawabnye..tp skang aku pon kureng yakin laks...sbb seakan lalang..flip flop

    ReplyDelete
  6. susah kalau dah banyak sangat SB yang menyapuk dan menyimbah minyak ke dalam api yang marak. Apa2 pun, nilailah sesuatu dari sudut keimanan dan keyakinan terhadap Kuasa Allah dalam menaikkan dan menurunkan sesiapa yang dikehendakinya. Rasulullah seorang yang buta huruf, tetapi dinaikkan menjadi pemimpin UMMAT dan sekelain Alam. Itulah kuasa MAHA HEBAT PENCIPTA alam semester.

    http://unitamalsabah.multiply.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...