Skip to main content

Level Awam : Kupasan Isu Muzakarah.



Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.

Pertama sekali, huraian ini diolah untuk level awam. Jadi, ianya adalah panjang. Sekiranya anda jenis yang malas membaca, atau hanya membaca secara rambang, sila berhenti membaca sebaik sahaja memandang noktah ini.

Mari kita melihat betapa besarnya kerosakan yang merempuh PAS akibat dari isu muzakarah ini. Kerosakan yang membuka ruang lawan memarakkan lagi nilai kerosakan itu. Siapa sangka, sebuah organisasi paling stabil dan tenang sepanjang 100 hari menerima kerosakan ini. Mari kita siasat untuk dijadikan pengajaran masa hadapan.

1. Hasil tarbiyah kepada penyokong PAS.

PAS banyak membentuk penyokongnya melalui ceramah politik. Puluhan tahun. Tetapi corak penerangan isu itu lebih kepada satu doktrin membenci (UMNO-BN). Penjelasan ilmiahnya tenggelam. Puluhan tahun mereka dibentuk supaya simpati kepada PAS dan membenci UMNo. Mereka tidak diajar teknik pengasingan tajuk.

Memang ada pembentukan melalui usrah, tamrin dan sebagainya, tetapi hamba memberikan secara terbanyak. Usrah hanya dihadiri oleh manusia kualiti yang istiqamah sahaja. Jumlahnya mungkin 1% daripada 800 00 ahli berdaftar, atau 0.001% dari penyokong PAS.

Untuk contoh ceramah, kita ambil Mat Sabu. Ketika berceramah menghentam UMNO-BN, katakan dalam isu ISA, beliau akan bertanya kepada hadirin.

“Sekiranya kita memerintah, kita sumbat mereka semua ke dalam ISA. Setuju atau tidak? Setuju atau Tidak?”

“Setuju!!!!!!” Para hadirin menjawab.

“Tidak. Saya tidak setuju. Kita tidak boleh double standard. Kita tidak boleh berdendam sebegitu.”

Di atas ini adalah nilai yang sepatutnya ditanam oleh setiap siri penerangan PAS. Tetapi terlalu sedikit. Yang selebihnya ialah menghentam tanpa diberikan apakah alternatifnya. Benci, membenci, musuh, bermusuh yang disua dan dilambakkan kepada ahli PAS puluhan tahun.

Kesimpulan siasatan 1.

Jadi, apabila berlaku sesuatu benda yang secara samarnya seolah-olah bergabung atau berpelukan dengan UMNO, mereka akan memberontak mengikut apa yang dibentuk oleh PAS sendiri selama puluhan tahun. Penderitaan mereka, derma jihad mereka dirasakan berkecai apabila mendengar / membaca persepsi itu. Sedangkan muzakarah tidak semestinya bergabung.
Mereka gagal dalam pengasingan tajuk kerana mereka didoktrin sebegitu oleh PAS.


*****

2. Peneraju yang tiada daya kawalan.

Kegagalan peneraju PAS, dalam mengawal tindakan-tindakan individu tertentu, di luar prosedur organisasi, oleh senior politik senegerinya, atau sahabat handainya, adalah punca kepada kerosakan ini.

(Sila baca dengan perlahan perenggan di bawah secara berulang-ulang)

Jika PAS diibaratkan kapal, dan PAS membina dinding luar kapal itu (ahli) dengan satu bahan berkualiti rendah (doktrin membenci berbanding doktrin pengasingan tajuk); dan kemudiannya PAS memilih laluan yang bergesel dengan batu karang (bermain politik gelap dan memilih menipu ahli), maka berlakulah kerosakan kepada kapal itu. Satu kerosakan yang besar, yang telah kita saksikan ini.

Mari kita lihat apa itu politik gelap yang tertangkap :

1. Beberapa individu PAS, hasil ketidakupayaan kawalan Peneraju, telah melakukan kerja pertemuan ini secara gelap. Ahli PAS / penyokong PAS yang didoktrin berjiwa membenci UMNO secara total tidak diberitahu. Malah Syura sendiri belum diberitahu. Pertemuan dahulu. Istilah muzakarah belum muncul.

2. Kemudian, ditakdirkan terbocor maklumat secara gelap, di mana, ada pemimpin PAS telah bertemu dengan pemimpin UMNO.

3. Peneraju PAS menafikan, Ketua Penerangan kata fitnah, Timbalan Presiden mahu menyaman pembawa fitnah.

4. Tekanan hebat kepada Peneraju PAS, ketika ketokohannya yang tenggelam di bawah DSAI, sedangkan jentera paling power. Dan tekanan hebat itu semakin menggila menjelang muktamar.

5. Akibat tekanan, Peneraju telah membuat satu kenyataan berani. Tetapi, berani seorang berIQ rendah. Ter flip-flop dengan kenyataan asal bahawa tiada pertemuan.

6. Ketika inilah munculnya istilah muzakarah.

7. UMNO mainkan isu penggabungan Melayu / penyatuan Melayu (PAS guna istilah muzakarah).

8. Paklah counter attack dedahkan ada pertemuan dengan beliau.

9. Peneraju PAS terpaksa mengakui dan sahkan 3 identiti yang bertemu. Rupa-rupanya Timbalan Presiden yang mahu menyaman tadi terlibat sama. Berlakulah satu penipuan Peneraju PAS (pewaris nabi) kepada ahli berbaiahnya.

10. Jiwa ahli PAS yang dibentuk puluhan tahun itu mula mengganas akibat perkataan UMNO. Tiada pengasingan tajuk, tiada apa yang perlu dilihat, melainkan perkataan UMNO.

11. Bergolak dengan hebatlah ahli PAS ketika ini. Rosak yang hampir memecahkan kapal. Membuka ruang lawan menyeludup masuk dan menambah kekalutan.

Kesimpulan siasatan 2.

Yang berjasa tetap berjasa. Namun, keupayaan untuk berjasa selamanya adalah mustahil. Maradona yang hebat ketika dahulu tidak dijadikan tiket oleh Argentina untuk mengekalkannya dalam kesebelasan utama sepanjang zaman.

Dunia semakin mencabar. Demi Islam, individu tidak penting. Jasa dibalas ALLAH. Jasa bukan untuk dibalas pangkat. Peneraju adalah satu kedudukan yang sangat penting.


*****

Huraian antara 2 siasatan.

Sebenarnya, tiada masalah untuk muzakarah ataupun bergabung dengan UMNO sekali pun. Tetapi, caranya biar tepat. Waktunya perlu kena. Persiapan untuk itu perlu digerakkan, dan dijelaskan lebih lama dan panjang dari melakukan sebuah demo gergasi.

Ada pihak mengemukakan ilmu politik damai. Pada hamba, golongan ulama harddisk hanya mempamerkan databasenya. Tetapi kemahiran untuk aplikasikan databe itu dengan ketepatan situasi bukan kemampuan harddisk. Itu kemampuan processor.

Yusof Al-Qardhawi sendiri memecahkan ulama dengan pemikir. Politik damai bukan diaplikasi sebarangan. Kena nilai situasi musuh, malah situasi kekuatan organisasi itu sendiri, dan sebagainya. Semua ini bukan kerja ulama harddisk. Jika tidak jadilah apa yang berlaku ini.

Politik damai tidak dijalankan secara gelap dan menipu pimpinan yang lain. Gerak kerja gelap dan samar-samar yang tertangkap bukan definasi politik damai. Database hadis-hadis, dalil-dalil ilmu politik damai tidak wajar dilacurkan bagi memperisai sebuah gerakan luar prosedur organisasi.

Jelas? Oleh kerana olahan ini untuk level awam, hamba cuba sekali lagi dalam satu ayat lain. Iaitu, pertemuan secara sembunyi bukan muzakarah, tetapi skandal.

Kesimpulannya.

Hamba tidak tahu sama ada ini diluluskan di TKO atau tidak. Hamba adalah individu bebas. Gerak kerja, taktikal, suara hamba tidak tertakluk pada organisasi. Orang lain berhak memarahi, tetapi hamba tetap dengan cara hamba.

Dan untuk ini, level awam ini, hamba mengajak semua pembaca yang masih meneruskan pembacaan, untuk kembali berfikir untuk menetapkan satu pendirian. Sila baca dengan teliti. Ini adalah kemuncak susunan gerak-kerja hamba.

Memang benar muzakarah wajib disokong. Cenderung kepada perdamaian dan sebagainya. Tetapi, setelah kita menyiasat seperti di atas, adakah definasi muzakarah itu terjatuh dalam kes ini? Hamba ulang balik untuk level awam.

Pertemuan secara sembunyi bukan muzakarah, tetapi adalah skandal.

Dapat? Baiklah. Sekiranya dapat, sila baca artikel meluat dan menyampah ini. Sekali lagi, ini adalah cara / gerak kerja hamba secara individu. Hamba tidak peduli dibenci dan dimaki untuk melakukan imaginasi gerak kerja hamba sendiri.

Baiklah. Ini adalah artikel meluat dan menyampah tersebut :

http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/wa-dah-bersuara-sejarah-sudah.html


Sudah baca? Ok. Hamba sambung lagi untuk level awam. Perhatikan perenggan Tuan Guru Nik Aziz di situ. Dan, sepatutnya kalian semua sudah faham, mengapa TGNA tidak setuju dengan ‘muzakarah’ itu.

1. Kerana definasi muzakarah itu adalah salah.

2. Kini anda melihat sendiri betapa geniusnya ‘orang tua’ itu. Level awam hanya faham setelah ini semua dijelaskan mengikut standard level awam.

Baca lagi seterusnya. (separuh penting)

Setelah anda faham kegeniusan TGNA dan perbandingan yang meluat dan menyampah dengan diri hamba, hamba bawakan anda semua kepada satu situasi kecemasan sekiranya ‘orang tua’ genius ini dipanggil ALLAH. Kita semua akan kehilangan beliau.

Namun, semua ini adalah imaginasi (ramalan) semata. Sebab itu ianya separuh penting. Jadi, sila baca artikel ini.

http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/pas-terengganu-perlu-dikuarantinkan.html

Hamba telah susun gerak kerja ini mengikut imaginasi hamba sebagai individu bebas (novel wa, wa buat macam ni la. Klimaks dulu, permulaan cerita tengah-tengah, klimaks balik).

Apapun, semua berhak meluat atau memaki. Profesional.

Wallahualam.

Comments

  1. Apahal yang PAS nak susah susah pi berbaik-baik dengan orang, takut nak menjadi pemimpin ke? Rasanya PA boleh dengans endirinya menjadi sebuat parti majoriti dengand asar sedia ada dan pemimpin yang tidak kurang kalibernya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.