Skip to main content

Kesan Tangan-Tangan Jahanam Hadi Awang Muncul Lagi.


Tahniah Hadi Awang. Sudah 2 kali selepas Barisan Alternatif. PAS kembali menjadi anjing. Tiada kuasa untuk menyalak kemungkaran. Ketenteraan tidak, demokrasi pun tidak. Yang ada, hanyalah :

Wuf! Wuf!

Sebuah fikrah PAS Terengganu.

Tahniah UMNO for next PRU. Anda tidak secerdik mana, cuma PAS terlalu bengap.

KUALA LUMPUR: Tanda perpecahan mula ketara dalam Pakatan Rakyat apabila DAP secara terbuka meminta pakatan itu mengkaji semula keanggotaan PAS.

PAS ternyata mengundang keraguan tentang kredibilitinya dan berdasarkan perkembangan mutakhir, Pakatan Rakyat perlu menimbang secara serius sama ada PAS patut terus dibenarkan menganggotainya," kata Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dalam kenyataan di sini hari ini.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan berita barubaru ini yang mengesahkan bahawa PAS dan Umno, yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN), mengadakan rundingan bagi memelihara perpaduan Melayu di negara ini.


"Jaminan Presiden PAS (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang kepada rakanrakan dalam Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat dan DAP) bahawa PAS tidak akan meninggalkan pakatan itu bagi menyertai BN adalah tidak ikhlas dan tidak disokong oleh perkembangan kebelakangan ini.
"

Selepas pilihan raya umum pada 8 Mac, PAS mengadakan perbincangan dengan Umno bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor. Tindakan ini berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan tentang perkara itu," katanya.

Beliau juga menyelar langkah PAS mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan Umno "atas nama perpaduan Melayu" dan menyifatkan langkah bersifat perkauman oleh PAS itu sebagai tidak sejajar dengan dasar DAP dan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, memerintah lima negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.


Pepecahan gabungan ini akan menyebabkan berlakunya perubahan kerajaan di negeri terbabit, kecuali di Kelantan di mana PAS mempunyai majoriti lima kerusi.


Semalam, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencadangkan agar Umno dan PAS dibubarkan dan sebuah parti baru ditubuhkan bagi menyatukan semua orang Melayu.

"Pendedahan ini sungguh memeranjatkan dan memberi kesan serius. Kenyataan Nik Aziz ini mengetepikan kenyataan Hadi Awang di Ipoh semalam bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno atau menyertai Barisan Nasional.

"Jelas sekali, kenyataan pemimpin PAS kebelakangan ini memberi persepsi bahawa mereka akan meninggalkan Pakatan Rakyat," kata Karpal.

Bagaimanapun, kenyataan Karpal juga mengandungi kesilapan apabila beliau menyebut Nasharudin Mat Isa sebagai setiausaha agung PAS, sedangkan orang kuat PAS itu adalah timbalan presiden parti berkenaan.

"Minggu lepas, Setiausaha Agung (sebenarnya timbalan presiden) PAS Nasharudin Mat Isa berkata orang Melayu sudah mula mempercayai tuduhan meliwat yang dihadapi Anwar Ibrahim.

"Kenapa Nasharudin buat kenyataan seperti itu? Dengan berbuat demikian, beliau membabitkan PAS secara menyeluruh memandangkan kedudukannya sebagai setiausaha agung (timbalan presiden).

"Kenyataan Nasharudin itu bukan saja bersifat menghina dan tidak tepat, malah berupa satu serangan terbuka terhadap Anwar Ibrahim yang sedang bergelut dengan usaha untuk merosakkan kredibiliti beliau melalui dakwaan meliwat.

"PAS tidak patut dan tidak boleh dibiarkan berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing pemburu bagi mengelaknya daripada dibaham anjing berkenaan," kata Karpal.

Beliau berkata pilihan raya umum pada 8 Mac lepas memberi mandat kepada gabungan pembangkang untuk memerintah lima negeri dan mempamerkan dengan jelas bahawa rakyat mahukan sistem dua parti.


"Perkara paling penting, rakyat tidak mengundi mengikut kaum. PAS memilih untuk berusaha bagi menyatupadukan semua orang Melayu dan bukannya berusaha ke arah melaksanakan dasar bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia, sedangkan Pakatan Rakyat ditubuhkan bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia," katanya.
- BERNAMA

Comments

  1. astagfirullah... moga Allah membalasi segala kerja buat saudara.

    (dengan mengambil sumber BERNAMA dan buat ulasan, ini semua kerja SB)


    http://unitamalsabah.multiply.com

    ReplyDelete
  2. Gaya pendekatan anda gelojoh dan tidak beretika.

    Ingat !sdr perlu bertanggungjawab atas tulisan ini di akhirat nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.