Skip to main content

Bacaan Penting : PAS Lupa Wadah Yang Dipilihnya.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Lupa diri dan sombong kembali kepada usul. Itulah susunan ayat yang hamba pilih. Semakin lama perjuangan PAS, semakin bercampur baur dengan segala rencah, PAS semakin lupa apakah wadah yang dipilihnya.

Saat hamba menulis ini, hamba mengingatkan semua, ketika PAS diambang kerosakan dan perpecahan, bahawasanya; PAS sudah melupakan wadah demokrasi yang dipilihnya dahulu.

PAS sudah lupa wadah demokrasi.

Hamba bukan mahu membincangkan apakah benar atau salah wadah ini, tetapi hamba ingin kupas betapa PAS semakin kelam-kabut akibat tangan-tangan insan yang penuh ilmu bukan pemikir.

Dalam demokrasi, PAS memerlukan undi manusia bodoh (muslim dan non muslim), dan undi manusia cerdik (muslim dan non muslim). Inilah wadah yang PAS pilih, bagi mendapatkan satu kuasa untuk mengawal kesucian Islam.

Manakala, segala nas dan dalil-dalil yang ada, tidak diturunkan sepenuhnya melalui demokasi secara langsung atau tepat. PAS hanya membandingkan sahaja untuk mencari persamaan.

Apabila begitu, PAS terlupa bahawa wadahnya ialah demokrasi secara total, bukan wadah tulen seperti nabi, yakni, ada unsur demokrasi, ada unsur ketenteraan dan sebagainya.

Jadi, adalah malang apabila PAS merujuk kepada tangan-tangan manusia berilmu bukan pemikir dalam mencari nas-nas yang menghalalkan tindak-tanduk mereka.

Sepatutnya.

Sepatutnya, dalam kefahamanan asas, PAS perlu meletakkan diri sebagai jemaah yang berjuang secara demokrasi secara total. Kemudian barulah menimba dalil-dalil dan nas-nas terhadap tindak-tanduk yang sesuai untuk dirujuk kepada wadah demokrasi itu.

Malangnya, itu tidak mampu dilakukan oleh pemimpin IQ rendah. Peninggalan Nabi Muhammad SAW kepada umatnya ialah merujuk kepada cara perjuangannya. Maka, adalah kesilapan besar mengalungkan nas-nas luar unsur demokrasi bagi tindakan PAS yang memilih demokrasi secara total.

Natijahnya, Terengganu punah wal ranah hasil golongan yang menepuk dada sebagai sunnah wal jemaah.

Sistem Syura.


Dalam taktikal perjuangan demokrasi secara total, Sistem Syura berperanan menetapkan hukum, bukan penentu taktikal. Dalam 10 taktikal yang dijumpai, ianya ditetapkan oleh Jawatan Kuasa PAS Pusat untuk memilih yang terbaik.

Setelah pemilihan terbaik dibuat, barulah dirujuk kepada Sistem Syura untuk ketetapan hukum. Haram atau tidak. Ini sepatutnya berlaku.

Tetapi, akibat tangan-tangan jahanam dalam gelap, tindak-tanduk mereka membelakangkan Jawatan Kuasa PAS Pusat, apatah lagi Majlis Syura. Setelah berlaku, barulah dimaklumkan kepada Syura. Itu pun didedahkan oleh insan yang anti penipuan dalam gelap.

Dan sudah pasti Majlis Syura menetapkan hukumnya dibolehkan (taktikal yang telah berlaku itu). Sebab tugasnya (Majlis Syura) ialah menetapkan hukum, bukan taktikal. Atau kata lainnya ialah, di bawah tajuk hukum, memang ianya dibolehkan, manakala di bawah tajuk taktikal atau prosedur organisasi, ianya adalah sesat dan jahat.

Hamba tidak pasti sama ada hamba berjaya menyampaikan kepada orang awam atau tidak.

Kembalilah kepada asal.

Jadi, langkah seterusnya, serta-merta, tidak dapat tidak, PAS perlu kembali kepada asal. Sebarang nas-nas yang dipilih haruslah disandarkan kepada kesesuaian demokrasi total yang PAS gunakan.

Jika demokrasi total pilihan PAS ini yang cuba disandarkan kepada nas-nas perjuangan tulen Nabi Muhammad SAW, maka, berlakulah seperti ini. Anda boleh merujuk apa sahaja nas yang ada sekiranya anda berjuang tanpa memerlukan undi muslim bangang atau undi kafir. Jelas atau tidak?

Itu yang pertama. Yang keduanya, fahamilah, bahawa TGNA adalah genius taktikal yang PAS miliki sekarang. Dalam menetapkan hukum (kes taktikal gelap itu), memang TGNA bersetuju dengan ketetapan syura. Tetapi dalam pemilihan taktikal (taktikal lain yang juga tidak haram oleh syura), TGNA adalah penentu terbaik.

Kata lainnya, pastikan mengikut prosedur. Taktikal hendaklah dipilih oleh Jawatan Kuasa PAS Pusat dahulu, kemudian diluluskan hukumnya oleh Majlis Syura. Bukan seperti ini. Taktikal dilakukankan oleh PAS Terengganu secara gelap dan menipu ahli, kemudian mengheret Syura meluluskannya. Jelas?

Yang ketiga, PAS perlu membersihkan tangan-tangan jahanam di dalam PAS. Mungkin ini isyarat ALLAH supaya PAS berada dalam keadaan mantap menjelang peralihan kuasa memerintah negara. Kami tidak mahu Malaysia diperintah seperti Terengganu 1999-2004.

Untuk membersihkan Mustapha Ali, Nasharudin, Hadi Awang secara serentak adalah sukar. Masa suntuk, dan situasi kritikal. Adalah cukup mengganti Presiden supaya Musthapa Ali tidak mampu lagi mempengaruhi tindak-tanduk Presiden PAS. Ini dahulu untuk masa ini.

Setiap tulisan adalah sejarah. Jika anda tidak percaya, baca semula tulisan ini selepas PRU13. Ingat kembali wadah apakah yang dipilih PAS.

Wallahualam.

Comments

  1. Tak perlu tunjuk baik wahai SB..!

    -almansur-

    ReplyDelete
  2. maaf, tidak terniat menghina...atau mengata atau menfitnah...tetapi ini adalah kewajaran dan kebenaran...

    Saya bukannya menyokong 100% saudara Aduka... tetapi kewajaran dan 99% kebenaran dan kelojikan komen beliau boleh diterima oleh akal..

    kenapa..sbb kami adalah pejuang PAS dan keadilan yg sejati...kami mmg tidak berdaftar..krn kami tidak suka dikesan..kami bergerak dibwh tanah..

    sudah sampai masa, perubahan berlaku...perubahan untuk mara ke depan...

    Kita tak mampu utk maju tetapi pada masa tertentu...balik ke belakang...bukankah ianya perjuangan sia2..

    Kita ..atau penyokong PAS yg lain..banyak berkorban...demi maruah..adakalanya sanggup ditembusi peluru...di tangkap ISA..dan di cota sakan oleh FRU...hanya kerana nak tegakkan wadah perjuangan PAS...

    ada juga yg dibuang kerja...

    kesimpulannya..kami tdaik dibayar gaji...kami tidak pernah minta dan tidak pernah meminta elaun utk berjuang bg PAS...kami relakan demi PAS..

    ttp, pd masa sama, pemimpin atasan..jgnla UGAH...atau MENONJOL diri didepan KAMERA atau DIDEPAN WARTAWAN... nampak sangat ketrampilan sbg PEIMPIN ULAMAK atau ISLAM trsbut menjadi lenyap dan diganti dgn sifat UGAH dan OVER EXCITED...

    Perwatakan terpuji apabila banyak tindakan ditunjukkan (tindakan waras dgn perbuatan yg baik dan sifat2 terpuji) daripada percakapan...krn percakapan ini kdg2 menjadikan kita bongkak...

    maksud saya...org akan perhati kita...kita nak juangkan dibwh parti lain..tak boleh..ttp di bwh PAS bolh..maka kita digelar pemimpin...maka kita kena tunjukkan dgn perbuatan kita sbg pemimpin tersebut...

    tunjukkan sifat2 rendah diri... dan kurangkan bercakap...

    sbg contoh..TG Nik Aziz, sanggup makan bersila dan menyingsing lengan makan dengan tangan diperhatikan org..bukan menunjuk2..ttp memang perbuatan beliau spontan... dan biasa..sbg manusia..org perhatikan dia sbg pemimpin...sbg MB tetapi merendahkan diri..

    beliau kurang bercakap...lttp bila bercakap...kata2 dia PEDAS dan menusuk kalbu sbg PUKULAN kpd musuh2..

    ini yg saya maksudkan..
    ttp apa yg saya lihat kebanyakan pemimpin kita...bila didpn KAMERA, ddpn WARTAWAN... seolah kita bercakap spt nk menawan DUNIA...bercakap seolah2 kita memiliki BOM ATOM...kan UGAH namanya...bercakap berlapiskan sifat keislaman kita...perwatakan rendah diri yg terpuji...

    baru kita di kagumi... biar pakai kereta buruk sekalipun...bila masuk bab kepimpinan...org akan kagum dan akan menghormati kita...

    kembalilah kepada SUFI...merendah diri...

    kesimpulan saya...segala yg berlaku adalah kerana perwatakan yg berlawanan dgn kehendak sebenar...

    apa org kata...spt LUPA LIRIK...nak menyanyi..org nampak..spt sumbang dan melalut...

    kembali kepada KESUFIAN dan KEABADIAN ABADI melalui sifat2 terpuji...insyaalah..pemimpin akan jd seorang pemimpin...biar dgn apa yg ada sekali pun...

    kata2 mampu menjadi BOM ATOM kpd pihak lawan...

    UGAH, Bongkak dan over excited di sesuatu keadaan menyebabkan kita LUPA SIAPA DIRI KITA... ini yg berlaku kpd kebanyakan PEMIMPIN PAS... dan kebanyakannya tidak setaraf TG Nik Aziz...perwatakan sederhana..dan merendah diri...ttp kata2nya adalah PANDUAN kpd penyelesaian sesuatu KEKALUTAN... bukan jawapan..ttp panduan...

    syabas ADUKA TARUNA.. akhirnya saya dapat sampaikan apa yg nak saya sampaikan...

    komen saudara bukan saya sokong atau bukannya saya tak sokong.,... ttp 99%, tuan berhak memberi komen trsbut....dan komen tuan adalah LOJIK... apa org kata HAKIKAT...kita makan garam...masin...makan Gula..manis...begitulah komen tuan...hakikat yg sebenarnya...

    ReplyDelete
  3. Jutaan maaf ..saya tidak berniat atau terniat menyinggung mana2 pihak, pemimpin atau individu...komen saya diatas adalah sejati dan ikhlas...jgn pulak ada pihak yg terasa... krn saya tak terniat...

    komen saya adalah utk membangunkan PEMIMPIN...apakh sifat yg diperlukan...itu saja..

    wasalam..

    p/s..kalu ada...saya mohon berbanyak2 maaf...ttp saudara aduka Taruna saya ini..perlu di bantu dan disokong...keterbukaan dlm memberikan komen spt dia harus ada didalam setiap KUMPULAN atau PAKATAN ..krn memberikan panduan kpd pemimpin agar jgn lari dr garis panduan atau wadah perjuangan yg sbenar..

    jgn kerana pandangan sewajarnya...ADUKA TARUNA menerima hukuman dan disisihkan spt cerita TODAK MELANGGAR SINGAPURA pulak yg berlaku kpd HANG NADIM..

    wasalam

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.