Skip to main content

Malaysia Sebelum UMNO.


Oleh : AdukaTaruna

UMNO adalah buah tangan sekumpulan pakar strategi British. Nama sahaja sudah dalam bahasa mereka. Malayan Union mula adalah satu sandiwara untuk menipu genetik terbangang, yakni Melayu, supaya menyertai beramai-ramai sebuah jemaah bernama UMNO.

Jadi, Malaysia melengkapkan seperti mana negara-negara Islam yang lain, di mana, kemerdekaan diberikan kepada boneka mereka.

Malaysia merdeka melalui rundingan. Satu pelan peralihan kuasa kepada boneka. Hasilnya, dengan restu bangsa Melayu, pekerja asing ketika itu diiktiraf sebagai warganegara.

Kemudiaannya, hasil restu seluruh genetik Melayu secara terbanyak, kita menganugerahkan Singapura kepada Lim Kuan Yew.

Dan hari ini, sekali lagi, dengan seluruh restu genetik Melayu, kita serahkan Pulau Batu Putih kepada Singapore. Eh, ada lagi, air Johor, eh ada lagi, hutan tadahan air Johor. Eh lupa, perairan lautan Pulau Batu Putih yang paling terbaru.

Yang tidak setuju.

Yang tidak setuju merdeka secara rundingan adalah golongan-golongan yang dimusuhi British. Dalam banyak-banyak golongan yang dimusuhi British itu, ianya terpecah kepada 2. Satu aliran bukan paksi Islam (komunis, kebangsaan Melayu anti British) dan satu lagi yang berpaksi Islam. Kedua-dua golongan ini diperangi British. Dan hari ni, ialah hari Malaysia selepas UMNO.

Jika kita lihat negara yang merdeka dengan darah keringat seperti Indonesia, kita tidak akan menjumpai pengiktirafan perlembagaan negara akan sekolah etnik pendatang, silibus mereka, tulisan mereka dan sebagainya. Semuanya disatukan dalam satu kerangka yang dinamakan BANGSA INDONESIA.

Kontrak sosial.

Jadi, pengkhianat sebenarnya jika ditakrifkan mengikut meter ukuran UMNO hari ini ialah UMNO sendiri. Kelahiran UMNO itu sendiri tidak diketahui oleh ahli UMNO itu sendiri. Begitulah taraf teramat bangangnya satu genetik bernama Melayu. Lahir dan ke liang lahat ditipu.

Dengar sini pembaca non muslim. Hamba menulis dalam kerangka demokrasi seperti mana anda. Kontrak sosial yang telah berlaku harus dipertahankan, kerana kita berada di garisan masa selepas UMNO. Sekiranya ada pihak-pihak mahu mempertikaikan kontrak sosial, kami juga boleh bertindak serupa.

Anda pertikai kontrak sosial ke arah Malaysian Malaysia.

Dan kami pertikai kontrak sosial ke arah sebelum UMNO.

Bagaimana?

Apa akibatnya sekiranya kami berjaya? Dan kami menyakini anda tidak akan berjaya kerana umum mengetahui bagaimana hebatnya muslim (bukan atas tajuk Melayu) sekiranya berjuang melalui darah. Dan kita sendiri tidak akan mahu ianya berlaku.

Jadi, apakah penyelesaiannya?

Islam for all. Anda rujuk Kelantan. Anda bergeraklah dalam idendiri bangsa anda, walau apa pun agama anda, walau apa pun tulisan anda, namun, kontrak sosial hari ini jangan dicabar.

Memang ada kecacatan pada kontak sosial itu. Tetapi, peroalannya, tangan siapakah yang layak untuk memperbaiki kecacatan itu, supaya ianya adil, dan tidak memusnahkan keakraban / keharmonian kita semua?

Jawapannya ialah Islam. Hanya tangan Islam sahaja boleh memperbaikinya. Kerana dalam Islam, tidak kira apa tulisan anda, apa bangsa anda, apa pakaian anda (asal menutup aurat), hensem atau tidak, yang paling mulia ialah takwa.

Dalam merujuk kepada tulisan Cina dan Jawi bagi tanda jalan, ketahuilah bahawa Islam sebenarnya tidak ada masalah dengannya, tetapi keadaan sekarang bukan masanya. Islam perlu diserapkan ke dalam hati, terutama Melayu yang tebal perkaumannya.

Dan dalam Islam sendiri, sesuatu yang membawa lebih mudarat adalah perlu diutamakan dari perkara bertaraf harus. Atau kata lainnya, perkara harus yang bertembung dengan perkara mudarat, hendaklah dielakkan yang mudarat itu.

Atau kata lainnya, tulisan Cina pada papan tanda ialah dibolehkan, tetapi bertembung dalam situasi yang belum sesuai, boleh mendatangkan mudarat, maka, hendaklah tidak memilih papan tanda itu.

Jadi, terimalah hakikat, bahawa kita semua berada di alam masa selepas UMNO. Kekalkan kontrak sosial, berjuanglah ke arah keadilan / ketelusan negara dalam alam masa selepas UMNO.

Wallahualam.

Comments

  1. bro...
    wa setuju...
    kt diperbodohkan.UMNO dh ubah sejarah.klu diteliti balik Tanah Melayu ni merupakan pusat penyebaran islam,diharapkan dpt kt semua kembali kepada Islam yg sebenarnya..apa yg seharusnya kt kena buat..Allah tak akan pandang kita ni beragama sedikitpn selagi x tertegaknya Sistem Negara Islam tu(sistem Allah)mudah2an sblum wa kembali kepadanya wa nk tgok Islam tertegak kembali dan jadi mcmne zaman2 kegemilagan islam 1 ketika dulu(sblm keruntuhan Uthmaniayah)Berpeganglah pd 2 benda KITAB ALLAH& SUNAH RASULNYA

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....kali ini tulisan Bro ,bernas,padat,penuh dgn nilai pengatahuan dan pengajaran nya.

    Caya lah........!!!!!

    ReplyDelete
  3. 1. Setuju dengan tulisan saudara itu.

    2. Itulah sebab jika kita merujuk kpd sejarah, Rashid maidin yang dikata dalam PKM itu tidak menyokong kemerdekaan negara Malaya ketika itu.

    3.Tiadakah anda semua tau siapa kah Rashid maidin sebenarnya??. Jika terkeluar berita hanya tentang penjuangan komunisnya lebih keburukan

    4.Buku tentang penjuangannya juga tidak diceritakan, yang hanya terdapat adalah Chen Peng aje.

    5. Jika anda semua nak dapat serba sendikit ttg dirinya hanya terdapat dalam buku perjuangan " anak kanang" dah terlupa tajuk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...