Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Aug 21, 2010

Pundek punya Fadhil Noor. WDQAC (7)

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8


"Bukan begitu, Aduka. Maksud kami, sedarlah diri sendiri itu penting demi perjuangan di jalan Allah. Jika sedar diri lemah dan bodoh, maka, demi Allah Tuhan sekalian alam, undur dan serahkan sesuatu itu kepada ahlinya. Aduka kenal Fadhil Noor?"

"Kenal la. Satu kelas dengan gua. Dulu gua pengawas. Gua selalu tulis nama dia sebab dia selalu datang lewat."

"Bos!"

"Lu.. lepak la sket. Terbos-bos.Lu duduk diam2. Lu tu menyusu lagi."

"Serius la bos."

"Ha.. apsal dengan Fadhil Noor?"

"1989 dia jadi Presiden PAS. Ketika itulah kami menghantar risikan kami memantau fikrah beliau."

"Bos pada tahun 1989 dah lahir blom? Kah kah kah."

"Babik lu. Serius la sket!"

"Pada awal 1990, di awal pemerintahan Fadhil Noor, sekumpulan besar teknorat dan professional Melayu mula menyatakan kesediaan terjun secara terbuka bersama PAS."

"Baguslah."

"Tapi Fadhil Noor enggan. Dia teruskan polisi Presiden PAS terdahulu. Yakni Yusof Rawa."

"Pundek punya Fadhil Noor. Apsal dia buat camtu?"

"Aduka tahu tak apa polisi Yusof Rawa?"

"Aduka belum lahir lagi ma masa tu. Kah kah kah. Warghhh kah kah kah."

"Nate bewok nih. Gua lempang plak ni kang."

"Yusof Rawa berijtihad adalah satu kerugian kalau golongan teknorat dan professional terjun secara terbuka dalam PAS ketika PAS ditolak oleh keseluruhan muslim."

"Apsal?"

"Tenaga dan kepakaran mereka wajib digunakan bagi mengimbangi UMNO merosakkan masyarakat terlalu banyak. So, Yusof Rawa mengambil polisi itu. Golongan teknorat dan professional diminta menyusup ke dalam UMNO, menawarkan kemahiran, pemikiran PAS dalam kerajaan."

"Kalau diorang masuk PAS ketika itu bos..... 2 kali rugi. Negara musnah tanpa idea, tenaga mereka dalam PAS turut ditolak rakyat.Tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya."

"Terrer gak Ostad Fadhil nih. Bagi contoh sket."

"Aminuddin Baki, tokoh pendidikan negara adalah antara fikrah PAS yang menyusup ke dalam UMNO mengimbangi keadaan."

"Aduka tahu Wilayah Persekutuan?"

"Kuala Lumpur dan Labuan?"

"Tahu idea siapa Wilayah Persekutuan dan mengapa berlaku Wilayah Persekutuan?"

"Aduka blom lahir lagi la time tuh. Warghh kah kah kah."

"Ek eleeeee.... ringan jer tangan gua nih."

"Selepas tercetus 13 Mei 1969...."

"Dicetuskan UMNO."

"Tahu. Tapi itu bab lain. Sebab itu tiada ulama yang menfatwa Melayu yang mati mengangkat senjata masa itu mati syahid. Sebab pergaduhan perkauman. Assobiyah Melayu. Bukan atas nama Allah. Skang kita bab penyusupan fikrah PAS dalam UMNO ketika zaman PAS lemah sebagai tembok politik Islam."

"Hmmm..."

"Tidak ada mana2 negara demokrasi undi yang memiliki kawasan pentadbiran seperti Wilayah Persekutuan. Diletak terus di bawah Agong."

"Kenapa?"

"Ketika itu, Kuala Lumpur adalah kawasan pentadbiran dan ekonomi penting Malaysia. Tapi atas kelemahan UMNO sendiri, ianya dikuasai oleh parti politik perkauman lawan. Bagi mengelakkan kawasan itu terjatuh kepada tembok politik lain, maka, demokrasi kawasan itu dihapuskan melalui idea Wilayah Persekutuan. Walau keseluruhan kerusi dimenangi oleh parti lawan, ianya tetap diperintah oleh pusat melalui bawah Agong."

"Idea pemikir PAS?"

"Benar. Tapi yang pasti bukan dari PAS Terengganu."

"Haha.. Tapi apa rasionalnya Labuan?"

"Ketika sentimen perkauman memuncak pada dan selepas 13 Mei 1969, sentimen borneo anti Malaya juga merebak di Sabah. Jadi Labuan sebagai Wilayah Persekutuan adalah simbolik meletakkan Ketua Angkatan Tentera Malaysia, Yang Dipertuan Agong di Sabah. Jadi, parti politik Sabah sukar bersatu bagi menuntut merdeka dari Malaysia."

"Apsal la tak isytihar Singapura sebagai Wilayah Persekutuan juga? Kalau tak takan la kita terhina sehingga sekarang. Memang bodoh Melayu. Tiada maruah."

"Kerana ketika itu, tiada pemikir PAS yang berada dalam UMNO."

"Mengapa?"

"Ketika zaman itu, PAS adalah Hizbul Muslimin yang dipenjara British. Berjuang mendapatkan kemerdekaan total. Bukan kemerdekaan celaka seperti ini. Perjanjian dajal laktullah."

(bersambung...)

2 comments:

Manjungmari said...

Salam...

Bagaiman dengan 40 ulama muda yang masuk UMNO tu,,, apa kah serupa dengan golongan profesional tu juga...

Katon Tin Ton said...

tak dak perkataan lain ke yang lebih sesuai dari PUNDEK ?