Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

Marah sungguh Penarik Beca kat PKR..

Hehehe. Tergelak wa baca artikel bro Bakaq terbaru. Pasal PKR nak luaskan atau kebalkan semula instusi raja-raja. Wa pun berbulu gak. Tapi biasalah bro… Anwar ma.. retorik bro.. Anwar ni bijak untuk level awam, bro. Berkali juta bijak dari Hadi yang ahli PAS pilih tu. Tapi, kalau kita duduk atas level awam, kita rasa kelakar. Siyes bro. Anak raja negeri wa, Negeri Tak Cukup 10, keluarkan kenyataan. Mohon institusi raja Melayu yang bengap nak mampos dan takder faedah tu supaya dikebalkan. Sesuai dengan fungsinya sebagai pelindung perlembagaan. Kita tinggalkan dulu sentiment berbulu kita kat institusi mangkuk tu, dan idea IRM (Islamic Republic of Malaysia). So, seperti kita kenali Anwar (PKR), dia ni memang laju. Kenyataan nak teguhkan bahasa Melayu, hak Melayu, nak luaskan, kebalkan semula raja-raja Melayu adalah semata untuk mendapatkan sokongan, kepercayaan dan harapan dari Majlis Raja-Raja jer bro. Kan ke Anwar nak ambil-alih pusat. Kalau ada backup dari Majlis Raja-Raja, kira kuat j

Dataran Perasaan.

Wa tengok rakyat Thai yang pembangkang ni ngok juga. Demontrasi sepanjang masa. Kacau bilau negara jadinya. Main tembak2 lagi. Siap serbu Lapangan Terbang. Terlintas gak wa betapa bertuahnya Malaysia yang memiliki pembangkang berkepala otak macam PAS. Demo, demo gak. Tapi tak la sampai sabotaj kepentingan negara. Buatnya PAS arahkan ahlinya berdemo tembak TV3, serbu KLIA, putuskan elektrik Kuala Lumpur, parah beb. Jadi, sekali lagi, apakah penyelesaian dalam isu ini. Kaizen la. Lakukan peningkatan kepada baik daripada masalah yang timbul. Wa rasa BR, kalau ambil alaih negara, ataupun di peringkat negeri dahulu, adakan Dataran Perasaan. Selagi masih di bawah perlembagaan, nak luah perasaan apa pun sila lah kat situ. 1. Nak bogel? Tak boleh. Letakkan berbogel antara perkara yang menganggu ketenteraman awam di bawah perlembagaan. 2. Nak hisap dadah. Sah2 tak boleh. Perlembagaan tak kasi. 3. Hina agama lain? Tak boleh. Agama semua diiktiraf bawah perlembagaan. Apa yang boleh kat Dataran Pe

Takziah kepada Keluarga Dato Razali dari Tuan Guru Presiden PAS

Oleh : Abdul Hadi bin Haji Awang Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan ucapan takziah bagi pihak diri beliau dan keluarga serta seluruh ahli-ahli PAS kepada keluarga Allahyarham Dato' Razali Ismail yang telah pulang ke rahmatullah petang semalam akibat serangan jantung. Allahyarham adalah Timbalan Menteri Pelajaran dan ahli parlimen Kuala Terengganu. Tuan Guru mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah swt dan semoga isteri dan keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian yang besar ini. Allahyarham adalah seorang ahli parlimen dan Timbalan Menteri yang baik dan sangat komited dalam menjalankan tugas-tugasnya terutama semasa sesi sidang dewan di Parlimen. Tuan Guru kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat haji dan dijangka pulang ke tanahair sekitar pertengahan bulan Disember nanti. ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR Setiausaha Akhbar Presiden PAS And here is the rest of it.

Siapa calon BR Kuala Terengganu?

Oleh : AdukaTaruna Kalau ditanya pada peribadi wa, wa pilih Mat Sabu. Sebab orang macam dia perlu diletak dalam parlimen tanah air kita yang tercinta ini. Kalau di bawah tajuk PAS Ganu, wa rasa calon dari PAS Ganu perlu diletakkan. Syed Azman. Keputusan calon PAS Ganu berguna untuk PAS Ganu analisis kuat-lemah mereka. Kalau Syed Azman menang, bermakna PAS Ganu perlu diremajakan. Kalau letak Mustapha Ali, dan kalah, maka sekali lagi isyarat PAS Ganu perlu diremajakan. Kalau Mustapha Ali menang, analisis menjadi lebih sukar. Apa kehendak pengundi Terengganu perlu dicari dan dipastikan. PAS Terengganu sepenting PAS Kelantan dalam persada politik Islam di tanah tercinta kita ini. Ianya (Kelantan dan Terengganu) menyumbang sejumlah besar kerusi parlimen kepada politik Islam. Malah, sekiranya persempadanan semula pilihanraya diadilkan, kawasan parlimen di Terengganu dan Kelantan boleh dipecahkan menjadi banyak, sekaligus membanyakkan lagi kerusi politik Islam. Sebab itu wa terasa sangat ‘pe

PAS Mat Jenin.

Oleh : AdukaTaruna Khalid Samad. Memula lega. Wa ingat ada rancangan atau slot khas interview TV3 dengan Khalid Samad. Member wa, lelaki_ini cakap, bagi peluang kat dia. Sama genius mempergunakan TV3 seperti TGNA atau bengap dipergunakan TV3 seperti TGHA. Alhamdulillah. Tiada yang kontroversi. Penjelasan yang ketat tanpa peluang bola tanggung. Namun, wa harap, perkara seperti ini dapat dielekkan. Soal medium adalah penting. Selesaikan anak-beranak maa.. Pengguguran itu telah pun berlaku. Malah diakui Khalid sendiri bahawa dia bersetuju dengan pelan itu. Wa harap Khalid terus menjadi Khalid. PAS Selangor terus memacu kepentingan Islam dalam kerajaan Selangor. Insyaallah. Fikrah non muslim. Dalam perjuangan PAS menegakkan satu system pemerintahan Islam, melalui wadah undi, dalam masyarakat majmuk, PAS memerlukan beberapa perubahan untuk menyesuaikan diri dalam wadah ini. Adalah sukar untuk mengajak fikrah non muslim memahami fikrah muslim. Jangankan non muslim, sesama muslim (Melayu) in

Khalid kat TV3? updated

Oleh : AdukaTaruna Tadi wa tak sempat tgk TV3. Ramai yang sms bgtau Khalid bagi ruang pada TV3 dalam kes dia digugurkan. Wa akan tengok esok. Pendirian wa sebelum melihat (sebelum lihat lah) slot Khalid ialah rasa tak patut. Memang wa bangkang. Khalid perlu pilih medium yang tepat. Selama ini lu menyalak, bersuara dalam blog lu, guna blog lu. Bila lu menyalak, bersuara, maka lu tahu bahawasanya lu bermain dengan risiko. Dan bila lu sedang menghadapi risiko, sepatutnya lu kekal berada dalam medium asal lu. Wah, wah,wah…. Sebelum ni, baik punya lantang guna blog. Bila terdesak, nak guna medium musuh pulak. Guna juga la blog lu tu. Biar TV3 petik blog lu. Biar blog lu jadi perhatian Malaysia. Banyak aktiviti PAS yang berada dalam tu skali. Wa bukan suka sangat Hasan Ali. Tapi tindakan lu kali ni buat wa melantun. Wa bukan tak setuju lu menyalak ke, bersuara ke, tapi ini soal bijaksana ma. Lu buat semak kat laman sendiri, lu kemas la kat laman sendiri. Yang lu duduk laman musuh sambil ter

Imbangan dari lelaki_ini

Oleh : lelaki_ini dr 1 sudut tulisan lu dlm tajuk ni adalah 1 cetusan minda yg baik utk difikirkan cuma pd aku ada 2 kemungkinan : 1-UMNO pencetus isu yoga (lu dah story pjg lebar) 2-UMNO bkn pencetus isu yoga (biar wa terangkan) dlm tajuk kemungkinan kedua : isu yoga haram telah ditimbulkan oleh Prof. Zakaria Stapa (UKM) dlm sbuah seminar. sepengenalan wa dgn Prof. ni, dia seorg pensyarah pro-PAS, prnh jd penasihat ISIUKM. so kebarangkalian dia jd pelakon kpd 'projek pencetus pertembungan sentimen yoga' adalah sgt kecil. pd wa Prof. cuma menyampaikan sape sgka ia jd isu hangat smua pihak desak Majlis Fatwa Majlis Fatwa sure refer Pak Lah dulu Pak Lah sure refer thinktanker UMNO lalu Majlis Fatwa terus tangguhkan 'fatwa declaration' dgn pelbagai alasan padahal thinktanker sdg b'sidang ttg taktikal sementara Majlis Fatwa uruskan teknikal Pak Lah ckp.. "Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak d

Yoga VS Silat

Oleh : AdukaTaruna Member wa bertanya tentang isu Yoga. Wa cakap, ini hal terbahagi kepada 2. Satu taktikal, satu teknikal Yoga itu sendiri. Kalau teknikal Yoga, jampi2 ke, mantera ke, pemujaan ke, bukan hak wa nak jawab. Wa tak tahu menda-alah Yoga ni, dan ilmu-ilmu fekah Islam. Serah kat ulama la. Yang wa nak ulas ialah taktikal Yoga. Wa memang percaya UMNO duta USA-Britain di Malaysia. Politik mereka, taktikal mereka dijaga oleh USA-Britain ini. Duta ini ada pelapis. Stanby. UMNO-BN dah hampir tak relevan. Dan USA-Britain ada Duta simpanan yang on the track. Bernama PKR. Kapten dia Anwar Ibrahim. Tamat setakat di sini. Wa tak mahu hurai teori dan kepercayaan wa, terutama sebab-sebab wa menyokong / mempertahankan PAS bertahaluf ‘dulu’ dengan PKR ni. Taktikal Yoga. Jadi, fatwa Yoga, fatwa Pengkid adalah sebahagian plan-plan mereka dalam tradisi memanipulasikan sentiment rakyat. Yang gen Melayu dah kompom senang. Yang gen bukan Melayu dijadikan feeder. Benda ni macam catur. Diorang ger

Berbulu, lega, bangga bercampur baur…

Oleh : AdukaTaruna Bangga. Sedikit fasa terdahulu, suara golongan PAS yang meminta PAS menarik diri dari Barisan Rakyat sangat kuat. Bermula dari konsert Ella sehingga kemuncak Carburetor Dung. Wa fight habis-habisan. Gile sungguh Pak Lebai konservatif dalam PAS. Tiada darah pejuang. Yang ada darah merajuk. Bongok punya Melayu. Diorang ingat, keluar Barisan Rakyat, konsert boleh dihentikan ke apa? Kini, PAS Selangor sedang memperlihatkan elemen terajunya dalam isu arak. Kan ke cun tu. Gagal berjaya, releks la dulu beb. Pelan-pelan ma. Cetuskan isu dulu. Ada isu, ada polemic, baru lambakkan dan hebatkan penerangan Islam. Baru cantet beb. Semua ini, dunia ini sebenarnya seumpama wayang ma. Kita boleh jadi pengarah. Asyik Yahudi jer yang berkemampuan jadi pengarah, letih la beb. Buang Melayu lu orang tu. Jadi licik sikit ma. Jangan bengap memboroi macam Hadi Awang. Berbulu. Wa memang berbulu habis dengan ulama genetic Melayu sekor ni. Ntah apa fungsi dia as Presiden Parti Islam utama di

Khalid Samad dipecat?

Oleh : AdukaTaruna Mula-mula sekali, kita pergi kepada apa yang perlu PAS Selangor buat dalam isu ini. Sebelum pelbagai teori, spekulasi berkecamuk dalam media, sila pilih satu istilah rasmi dari PAS Selangor. Jangan lembab seperti Hadi Awang. Pilih segera istilah. Dipecat atau diganti atau bersetuju diganti atau dirombak atau sebagainya. Yang mana satu perkara sebenarnya. Itu dahulu. Kemudian kita masuk kepada perkara no 2. Jahanam skandal PAS-UMNO. Kalau lu orang ingat lagi, masa memula PAS menang PRU12 lepas, angin takda, rebut tiada, tiba-tiba bro Mat Sabu bagi amaran : Pemimpin PAS yang berpakat dengan UMNO harus dipecat. Kemudian disambut oleh bro Husam. Pelik. Tapi selaku blogger bebas yang tiada ‘link’, wa tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Sehinggalah bro Penarik Beca mendedahkan skandal gelap-curiga tersebut. Dinafikan oleh yang terbabit. Siap nak saman-menyaman lagi. Lepas Paklah sahkan, baru Hadi terhegeh-hegeh nak sahkan. Lembab sama lembab, tido sama

Babi punya babi..

Oleh : AdukaTaruna Sekali lagi, diingatkan bahawa Melayu adalah genetik yang bangang. Kalau ikut Melayu, dalam isu babi, maka kita akan mengikut jalan yang bangang. Melayu tak makan babi bukan kerana Allah, tetapi kerana jijik dan dimomokkan benda yang jijik. Sebab itu separuh Melayu meminum arak dan kesemua yang meminum arak itu sesekali tidak akan memakan babi. Malah membenci haiwan ciptaan Allah itu secara total. Begitulah bodoh dan bangangnya genetik bernama Melayu ini. Jadi, setelah kita mengetahui fakta dan kenyataan bahawa keturunan kita ini adalah genetik yang bangang, maka, jalan penyelesaian setiap masalah ialah mengikut Islam. Tidak perlu ada pejuang bangsa Melayu, pejuang bahasa Melayu, pejuang bangsa India, pejuang bahasa Urdu, pejuang bangsa Israel, pejuang bahasa Hebrew. Universal. Setiap kita, setiap bangsa, setiap bahasa adalah sama di sisi Allah. Iman dan takwa menjadi pemisah. Kaizen. Setiap yang lebih baik, dalam Islam, perlu diamal dan disampaikan, dan ditambah-ba

Bila PAS Kedah Perak Selangor nak hapus premis judi?

Oleh : AdukaTaruna Masalah PAS ialah dihuni oleh majority Melayu. Masalah Melayu pula ialah masalah genetic. Apapun lah taraf ulama dan ustaz dalam PAS, masalahnya ialah masalah genetic. Isu terbaru ialah desakan ahli PAS supaya PAS dalam kerajaan Kedah, Perak dan Selangor menghapuskan premis judi. Jika mengikut hukum hafalan ulama genetic Melayu, memang mudah. A, B dan C. Ambil ayat perenggan di atas, tidak kira apapun taraf ulama atau ustaz dalam PAS, masalah utamanya ialah masalah genetic. Kepimpinan Islam, bukan Kepimpinan Ulama. Anda tidak akan menjumpai ini dalam ulama genetic Melayu. Tiada Kepimpinan Ulama atau Kepimpinan Professional dalam Islam. Kita tidak dikastakan seperti Hindu. Yang ada hanyalah Kepimpinan Islam. Ulama hanyalah sebahagian dari Islam. Dan ulama oleh diundurkan demi kepentingan Islam mengikut satu-satu situasi. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: [i]"Apabila dua orang lelaki, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendak

Catatan Kehidupan.

Oleh : AdukaTaruna Ahad lepas, member paling baik wa kawin. Wa sanggup tak hadir sepupu wa kawin kat Taman Koperasi Polis untuk pergi ke Sungai Petani. Wa bertolak Sabtu malam. Bahari, si member wa, banyak menjadi kayu pengukur wa dalam meter kematangan. Contoh, dulu wa asal memandu jer, pasti panas baran. Tapi Bahari tidak begitu. Sampaikan wa hairan. 2 tahun kemudian, baru wa faham apa yang Bahari faham. Baru wa rasa apa yang Bahari rasa. So, Bahari menjadi meter kematangan wa. Jarak 2 tahun. Sepanjang perjalanan, wa terkenang saat ketika kami bersama. Kami habis belajar Politeknik PD sama-sama. Buat final projek sama-sama. Kawal robot guna printer port. Habis jer study, semua orang sambung, wa dengan Bahari nekad berniaga. Tolak tawaran kerja kerajaan. Susah senang kami harung. Umur baru 21 time tu. Dah ada kedai sendiri, dah ada kereta sendiri. Tapi tak lama. Owner kedai ambil kedai semula, kami berpindah, dan mula rebah. Pengorbanan member wa ni sampai bila-bila pun wa takan lupa

Bola Sepak Negeri PAS.

Oleh : AdukaTaruna Bendanya tidak salah langsung. Tapi pada wa, pada ketika ini, eloklah PAS tak payah sibuk2 ambil Bola Sepak Negeri. Buat macam Kelantan. Bagi jer UMNO handle. Semua lu nak pegang, bahaya gak. Fokus perlu dikurangkan. Sebab PAS masih belum stabil. Wa tak berkenan kalau elemen Hadi diguna-pakai. Fokus terlalu banyak. Akulah ulama, akulah Presiden, akulah PJ Terengganu, akulah MB, akulah Majlis Syura, akulah itu, akulah ini. Last2 terbarai 2004. Wa tak tahulah penyokong PAS lain, tapi pada wa la, eloklah UMNO yang pegang sukan. Melainkan sekiranya UMNO tidak lagi menguasai kerajaan pusat. Nak merudum seperti biasa ke, nak meningkat ke, biarlah UMNO yang tentukan untuk sementara ini. PAS focus kepada pentadbiran, penambahbaikan, dakwah, kaizen, etc. Dasar perumahan bumiputera Kedah. Dari segi ‘prinsip cabang’, wa memang tak setuju. Banyak cara lagi untuk hujah seimbangkan kaum-kaum di bandar. Selain dari meningkatkan kuota tersebut. Tapi, dari segi taktikal, bagi mendap

Bacaan untuk awek-awek.

Oleh : AdukaTaruna Wa ada sorang member. Umur 25. Tapi masih kebudak-budakan la. Suka buat lawak. Contoh, gayakan aksi Naruto depan rakan-rakan lain. Dia ada sorang awek. Umo 20 kot. Entah. Masalahnya awek dia ni, manja over sket. Kengkonon cute la tu. Suka bentak2 member wa ni. Depan wa dan brader2 lain plak tu. Terjerit2. Contoh : “Abi….! Cepatlaaa…..!! Lempang kang aaaaaaa…..!” Perghh.. suara nyaring gile beb. Iras2 queen control pun ada ni. Ari tu wa siap kire besday diorang lagi, ikut artikel Mat Saman Kati (tajul muluk), yang perempuan 9 beb. Yang member wa tu 4 jer (suka-suka kira semata). Memanglah korang berdua bergurau. Dan masing-masing, antara korang berdua, memahami itu adalah gurauan. Tetapi, depan rakan-rakan kepada balak lu, lu tak boleh menjatuhkan maruah balak lu tu. “Tapi dia (si balak) tak kisah..” Sebab dia masih belum memasuki fasa lebih matang dari yang semasa. Lelaki akan masuk juga ma. Cepat dengan lambat jer. Tapi tetap masuk nanti. Bila dia dah masuk fasa le

Idea dari Tantawi

Wa jumpa satu idea menarik dari Ulama Tantawi. Idea menarik, tetapi perlaksanaan sukar di bawah tajuk masa. Wa tidak mahu masuk tajuk perlaksaan, tetapi isi idea ini merupakan satu imbangan kepada corak tulisan wa. Dalam sebuah negara terbuka, dan demokrasi, kita tidak boleh double standard. Walau sesuatu perkara itu menyalahi akhlak atau adab dalam parti kita, tetapi asalkan tidak menyalahi undang-undang negara yang digubal bersama, ianya tidak boleh ditutupi. Wa memilih corak keras berhadapan dengan puak Islam, dan lembut, penerangan, dalam berhadapan dengan puak bukan Islam. Wa tidak kata ini cara betul atau salah, tetapi ini adalah cara yang tidak salah di bawah kontek perlembagaan negara. Sebahagian dari teknik penulisan. Jadi, isi kepada idea dari Tantawi ini merupakan satu imbangan yang baik. Ianya memperlihatkan satu sudut imbangan terhadap perkara sebenar yang dilalui oleh yang dikritik. Melayu perlu menguasai pemikiran kritis. Boleh berfikir sudut musuh, dan berfikir sudut

Format pendidikan gen Melayu.

Oleh : AdukaTaruna Rujukan lanjut : http://adukataruna.blogspot.com/2008/05/cadangan-sistem-pendidikan.htm Sekali lagi, masalah utama segala permasalahan kita ialah genetic. Melayu adalah seumpama gen yang lemah dikalangan gen-gen padi atau mangga atau tumbuhan yang ada. Apa yang dipandang oleh gen Melayu hanyalah secetek apa yang dilihat. Bukan sedalam atau sejauh apa yang perlu difikirkan. Contoh. Majoriti Melayu mencaci atau menghina atau membantah apa yang dilakukan oleh jemaah Al-Arqam dan beberapa jemaah lain dalam membentuk sahsiah anak-anak jemaah mereka. Anak-anak seusia muda dilatih menjual cd-cd, kalender, buku agama, mengasah PR mereka dengan public, keberanian bersaing dan sebagainya. Melayu lebih suka anak mereka dibentuk seperti ayam daging. Disuap, dikunyahkan. Apabila ayam-ayam ini keluar dari university, maka jadilah ayam-ayam daging yang dibebaskan ke bandar atau jalan raya atau ke kampong-kampung. Terkebil-kebil. Tak kira siapa pun. Ulama keluaran Al-Azhar pun seru

Ulama-ulama bodoh.

Oleh : AdukaTaruna Demo campuri urusan Islam. Diberitakan segelintir manusia bukan Islam mencampuri urusan Islam apabila berdemo membantah fatwa berkenaan pengharaman perempuan seperti lelaki. Soalnya di sini, selain emosi dan sentiment genetic Melayu, di mana ianya (emo & sentiment itu) sentiasa lebih besar dari akal dan rasionalnya; di bagaimanakah tafsiran kita terhadap pembelaan Islam. Ketika lalu, Majlis peguam menganjurkan forum secara bertamadun. Forum yang membincangkan secara ilmiah berkaitan kepentingan Islam yang dilindungi oleh perlembagaan. Tetapi, ulama-ulama genetic Melayu, ostad-ostad genetic Melayu, pantas mentafsirkan beberapa tindakan yang kononnya membela Islam. Dengan nas-nas dan dalil-dalil hafalannya, mereka memutuskan untuk berdemo, menjerit seperti orang gila, merempuh masuk dengan bantuan gangster asobiyyah PEKIDA. Ini semua disaksikan oleh dunia. Termasuk dunia muslim bukan Melayu. Islam ulama gen Melayu berbeza. Islam tafsiran ulama genetic Melayu tidak

Kepimpinan Saga : Kecelaruan PAS semakin memudaratkan.

Oleh : AdukaTaruna Anti-kesegaran tetap akan dihukum alam. Selagi PAS menyimpan pemimpin-pemimpin yang tidak relevan, berpegang kepada falsafah sempit ciptaan manusia (kepimpinan Ulama), selagi itulah PAS semain mengalami ketidak-licinan dalam perjuangan mereka. Memang benar perjuangan ada pasang surutnya. Tetapi itu di bawah tajuk pengaruh, prestasi dan sebagainya bukan di bawah tajuk ketetapan perjuangan. Ijtihad-ijtihad dalam setiap isu semasa yang timbul. Semua ini memerlukan pemikir, peneraju, pemimpin yang segar dalam satu-satu zaman itu. Pada ketika itu. Malaysia semakin terbuka. Terbaru, luahan seorang individu non Melayu dan non muslim yang mendakwa mewakili sebahagian mereka terhadap PAS (rujuk blog roslan sms). Dia menyamakan PAS seperti UMNO. Tidak boleh dipercayai. Mari kita sorot kembali di mana punca secara time line nya. Puluhan juta pengundi anti-BN tersentak terhadap maruah PAS selama ini sejak terbongkarnya skandal sulit dan gelap PAS dengan UMNO. Inilah time line p

Genetik : Isu PKNS.

Oleh : AdukaTaruna Jika anda membaca dalam keadaan terikat kepada sentiment kebangsaan, walau sebutir, maka anda tidak akan berjaya memahaminya. Ianya sama dengan isu Bahasa Inggeris untuk Matematik dan Sains. Tajuk perpaduan adalah tidak logic. Kerana ianya tidak terbabit sama sekali. Sekolah Cina dan India selama ini berhak mengguna-pakai bahasa ibunda masing-masing dalam Matematik dan Sains. (Kemerdekaan terancang melalui UMNO) Jadi, alasan Bahasa Melayu, untuk sekolah Melayu sahaja, bagi Matematik dan Sains, atas tajuk bahasa perpaduan adalah alasan yang tiada kena mengena. Melainkan Sekolah Cina dan India menghapuskan pelajaran Bahasa Melayu, barulah tajuk Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, bahasa ‘asas’ yang dituturkan rakyat Malaysia relevan dalam hal ini. Dalam isu PKNS diterajui Cina, ianya perlu dilihat dari mana MB Selangor mengambil keputusan itu. Kita sekarang memasuki fasa pengasingan tajuk yang gagal dikuasai oleh ulama-ulama genetic Melayu yang bodoh secara geneti