Skip to main content

Berbulu, lega, bangga bercampur baur…

Oleh : AdukaTaruna

Bangga.

Sedikit fasa terdahulu, suara golongan PAS yang meminta PAS menarik diri dari Barisan Rakyat sangat kuat. Bermula dari konsert Ella sehingga kemuncak Carburetor Dung. Wa fight habis-habisan. Gile sungguh Pak Lebai konservatif dalam PAS. Tiada darah pejuang. Yang ada darah merajuk. Bongok punya Melayu. Diorang ingat, keluar Barisan Rakyat, konsert boleh dihentikan ke apa?

Kini, PAS Selangor sedang memperlihatkan elemen terajunya dalam isu arak. Kan ke cun tu. Gagal berjaya, releks la dulu beb. Pelan-pelan ma. Cetuskan isu dulu. Ada isu, ada polemic, baru lambakkan dan hebatkan penerangan Islam. Baru cantet beb.

Semua ini, dunia ini sebenarnya seumpama wayang ma. Kita boleh jadi pengarah. Asyik Yahudi jer yang berkemampuan jadi pengarah, letih la beb. Buang Melayu lu orang tu. Jadi licik sikit ma. Jangan bengap memboroi macam Hadi Awang.

Berbulu.

Wa memang berbulu habis dengan ulama genetic Melayu sekor ni. Ntah apa fungsi dia as Presiden Parti Islam utama di Malaysia ni ntah. Dalam isu Yoga, Presiden UMNO, si Paklah pulak yang mendahului. Bagi penerangan. Si lembab tu mana pergi? Sibuk kuliah kat kampong ke sibuk berpoligami wa pun tak tahu. Manjang hilang jer dari arus perdana politik Malaysia.

Nak menang dalam undi majority perlu popular ma. Perlu pantas. Kalau nak memboroi ntah ke mana, pilih jalan Osama Laden. Hilang ntah ke mana. Manage gerakan Islam dari tempat yang tidak diketahui. Ha, wadah yang itu baru kena dengan lu.

Ini tak. Apa pun isu politik, manjang ghaib jer dari arus politik negara. Macamana nak tarik jutaan pengundi baru ma. Apo la bengap sangat. Jutaan pengundi baru ni yang perlu direbut. Jutaan sebaya lu dah tahap nak mati dah 3-4 tahun lagi. Simple matematik ma.

Ops lupa. “Kita rela kalah, asal Islam tidak kalah.”

Lega.

Tadi kat TV3, ada slot minta komen TGNA. Isu Khalid Samad. Takut gak wa. Tapi TGNA pilih kaedah ‘rally’. Lega wa. Kira lanjutkan persoalan itu untuk membeli masa la. Genius orang tua ni.

“Kalau soal dasar, itu tanggungjawab saya. Tapi soal manusia (taktikal kot), kena tanya dia sendiri.” (lebih kurang macam itu la rasanya dialog TGNA. Kalau salah, betulkan di ruang komen.)

Lega yang kedua, nasib baiklah Khalid cool. Buatnya melatah macam Ulama genetik Melayu lagi sekor, Harun Taib, lagi parah. Harun Taib bakar jambatan Dewan Ulama masa nak bertanding Timbalan Presiden dulu. Kalau tak silap wa la.

Falfasah Kepimpinan Ulama membuatkan mereka menghidap Sydrom Dewa. Siyes beb. Semua tak boleh langgar falsafah agong tu. Dah bertahun-tahun terdoktrin begitu. Tapi, dengan wa tak dapek do bai. Nak taksub membuto, ala2 Melayu, insyaallah wa elakkan.

Kepimpinan Islam, bukan Kepimpinan Pak Lebai Melayu.

Comments

  1. bila lu sebut berbulu tu pikiran wa dah nak melencong dah...... hehehe

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. berbulu gak ni...huhu
    Jgn nak salahkan media arus perdana x bg peluang,,,
    Tengoklah lidah rasmi PAS sendiri harakahdaily...
    Bicara presiden patut ari2 apdet...bicara isu terkini...
    bukan isu lemau naik basi pun x apdet2....apa raa...

    >>Oitt duka duki,,,jgn asyik oppss opppss manjang ;p

    ~k.memot~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...