Skip to main content

Khalid Samad dipecat?


Oleh : AdukaTaruna

Mula-mula sekali, kita pergi kepada apa yang perlu PAS Selangor buat dalam isu ini. Sebelum pelbagai teori, spekulasi berkecamuk dalam media, sila pilih satu istilah rasmi dari PAS Selangor. Jangan lembab seperti Hadi Awang.

Pilih segera istilah. Dipecat atau diganti atau bersetuju diganti atau dirombak atau sebagainya. Yang mana satu perkara sebenarnya. Itu dahulu. Kemudian kita masuk kepada perkara no 2.

Jahanam skandal PAS-UMNO.

Kalau lu orang ingat lagi, masa memula PAS menang PRU12 lepas, angin takda, rebut tiada, tiba-tiba bro Mat Sabu bagi amaran : Pemimpin PAS yang berpakat dengan UMNO harus dipecat. Kemudian disambut oleh bro Husam. Pelik. Tapi selaku blogger bebas yang tiada ‘link’, wa tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Sehinggalah bro Penarik Beca mendedahkan skandal gelap-curiga tersebut. Dinafikan oleh yang terbabit. Siap nak saman-menyaman lagi. Lepas Paklah sahkan, baru Hadi terhegeh-hegeh nak sahkan. Lembab sama lembab, tido sama tido.

Terus meletup. PAS berkecamuk. Memang wajar sungguh amaran bro Mat Sabu. PAS hilang kehormatan di mata pengundi. Tak pernah dalam sejarah sebegini. Istilah Endorgan timbul, kabilah Terengganu melantun. Parah. Hanya kerana Master Mind skandal tersebut : Mustapha Ali yang menunggang Presiden Parti Islam SeMalaysia.

Khalid Samad.

Antara nama yang terbabit ialah Khalid Samad. Ketepikan dahulu sebab dia menyertai skandal gelap-curiga (istilah arab muzakarah konon). Nama dia menjunam. Menjunam di kalangan pengundinya.

Setelah penjelasan, sebab kehadiran dia adalah pemantauan, Khalid terus vocal dan dilihat pro Barisan Rakyat. Sebelumnya tidak begitu. Secara taktikalnya, vokalnya terhadap pro skandal gelap-curiga adalah demi menaikkan namanya yang menjunam. Membersihkan namanya.

It’s ok. Wa takda masalah. Wa senyap kecuali apabila dia meletakkan dirinya terlalu taksub kepada Anwar demi taktikal itu, baru wa
kritik sikit-sikit.

Hassan Ali.

Wa dengan Hassan Ali ni, wa memang tiada masalah. Tapi, sejak masuk team skandal-curiga, berbaiah dengan Mustapha Ali, wa dah letakkan dia di satu taraf lain. Namun, tidaklah seteruk Nasha yang bermatian menegakkan benang yang basah, politik ugut-mengungut atau
berdendam seperti Mustapha Ali. Dia hanya berdiam diri.

Perkara sebenar.

Itu adalah analisis wa. Perkara sebenar wa tidak tahu. Wa blogger bebas. Dan kita dapat lihat betapa jahanamnya PAS akibat pelan skandal-curiga tajaan penunggang Hadi, si Mustapha Ali itu. Dan memang wajarlah mengapa bro Mat Sabu tiba-tiba memberi amaran sebegitu. Hasilnya kita boleh lihat sekarang.

Dari sudut kelebihan politik, ianya memberikan kemenangan kepada Khalid Samad. Elemen politik Anwar terdapat di sini. Orang standard awam akan melihat Khlalid sebagai hero, berkorban dan rela terkorban. Jika PRU13 diadakan sekarang, Khalid akan mendapat undi besar.

Penyelesaian.

PAS sudah memiliki barah (skandal gelap-curiga PAS-UMNO). Barah itu sudah bermula dan terjadi. Masa tidak boleh diundurkan. Akan ada lagi keparahan dan kecederaan dalam PAS akan datang. Malah akan lebih teruk lagi.

Wa telah lama bercakap tentang sunnah alam. Anti-kesegaran akan dihukum alam. Master Mind Mustapha Ali, buldozernya Hadi Awang, awak-awaknya Nasharuddin dan Hassan Ali perlu ditolak oleh ahli PAS demi kesegaran.

Jika terlalu susah, cukup hanya menukar-ganti Presiden PAS kepada yang lebih segar. Dengan jasad yang ditukar, maka, si Master Mind tidak lagi boleh menguasai Presiden Parti Islam Malaysia, automatiknya Parti Islam SeMalaysia.

Kita harus terus maju ke hadapan.

Mereka yang membuatkan perlumbaan lembab dan lambat harus ditinggalkan di tepi jalan. Dikutip semula selepas tamat perlumbaan. Fokusnya ialah perlumbaan. Fokusnya ialah peperangan.

Kita bercakap soal politik Islam. Kita bercakap soal perjuangan umat Islam. Soal-soal remeh-temeh seperti pelan 16 September tidak logic (sehingga buat sidang akhbar), seperti Majoriti Melayu Muslim, seperti berskandal, kemudian bagi nas-dalil, dan sebagainya hanya membuatkan PAS kekal tipikal sebagai Parti Pak Lebai Genetik Melayu.

Ketika Parti Islam genetik Parsi sudah lama mengganggu USA-Israel, Parti Pak Lebai genetik Melayu masih terkial-kial soal mendapatkan kuasa di negara sendiri. Asyik dan asyik dan tipikal ditipu. Asyik dan asyik dan tipikal malang.

Kepimpinan Islam, bukan Kepimpinan Pak Lebai Melayu.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...