Skip to main content

Catatan Kehidupan.

Oleh : AdukaTaruna

Ahad lepas, member paling baik wa kawin. Wa sanggup tak hadir sepupu wa kawin kat Taman Koperasi Polis untuk pergi ke Sungai Petani. Wa bertolak Sabtu malam. Bahari, si member wa, banyak menjadi kayu pengukur wa dalam meter kematangan.

Contoh, dulu wa asal memandu jer, pasti panas baran. Tapi Bahari tidak begitu. Sampaikan wa hairan. 2 tahun kemudian, baru wa faham apa yang Bahari faham. Baru wa rasa apa yang Bahari rasa. So, Bahari menjadi meter kematangan wa. Jarak 2 tahun.

Sepanjang perjalanan, wa terkenang saat ketika kami bersama. Kami habis belajar Politeknik PD sama-sama. Buat final projek sama-sama. Kawal robot guna printer port. Habis jer study, semua orang sambung, wa dengan Bahari nekad berniaga. Tolak tawaran kerja kerajaan.

Susah senang kami harung. Umur baru 21 time tu. Dah ada kedai sendiri, dah ada kereta sendiri. Tapi tak lama. Owner kedai ambil kedai semula, kami berpindah, dan mula rebah. Pengorbanan member wa ni sampai bila-bila pun wa takan lupakan. Insyaallah.

Dalam fasa kekalutan itu, wa putuskan hubungan wa dengan awek Sarawak wa. Kesian dia woo.. Sampai sekarang dia tak tahu kenapa. Wa tak mahu dia tunggu wa dan wa perlukan ruang untuk fight. Wa patahkan sim card dan terus tak guna handset. Wa ‘hilang’ untuk seketika. Wa berjaya hilangkan diri wa, tapi tak berjaya hilangkan ingatan wa kat dia. Watak-watak dia…. Sampaila la ni. Eh ni cerita Bahari ke, cerita apa ni?

Akhirnya kami tewas dan memutuskan berpecah. Memilih untuk berjuang sendirian. Namun, dalam hati wa, wa berniat akan kembali semula selepas berjaya. Pendek cerita kini Bahari kerja kerajaan di Sungai Petani. Dan wa masih kerja sendiri.

Segala kenangan sepanjang jalan terhenti apabila tiba turn wa drive. Wa sampai di Penang pada Subuh Ahad dan dijemput seorang rakan wa untuk berehat di rumahnya. Pendek cerita kami semua sampai di rumah Bahari. Bahari belum tiba (sebagai pengantin). Kami berborak di bawah pokok. Banyak topik2 lucu diungkit semula.

Akhirnya pengantin pun sampai. Bahari sudah tentu sibuk. Wa hanya memerhati dari jauh. Kenangan kembali terimbau. Dah kawin dah lu Bahari. Wa jer belum laku lagi. Hehehe. Bila Bahari perasan, kami terdiam seketika. Hanya mata sahaja yang berbicara. Sebak juga beb.

“Anak jangan bagi nama Azwan (si member Penang), tapi bagi nama aku.” Wa cuba berlawak. Kang tak buat lawak, ternangis plak. Malu la. Awek ramai nih. Bahari pun mata dah berkaca dah tu.

Selamat Pengantin Baru Bahari. Sehingga 27 umur wa, wa masih lagi senaraikan lu member paling baik wa di tangga pertama. Jaga keluarga elok2. Wa nak minta maaf kalau ada dosa wa sepanjang kita berkawan dulu-dulu. Wa tak dapat nak cakap ari tu, wa tulis dalam blog wa jer la.

Kepada isteri Bahari, kalau lu tahu apa yang AdukaTaruna tahu, lu pasti tahu bahawasanya; lu adalah wanita paling bertuah sebaik sahaja akad nikah yang Bahari lafazkan itu disahkan sah.

Bertuahnya anda memiliki Bahari. Jaga elok2 noo...

Jumpa lagi nanti. Insyaallah.

Comments

  1. bagi wa bini wa pompuan paling bertuah sebab kawin ngan wa..... bukan bini kawan lu aduka...... hehehe

    - abanghensem

    ReplyDelete
  2. Oooo.. camtu ke bro. Wa tarik balik la kenyataan tu.

    Wa tukar. Wanita yang kawen dengan wa adalah wanita paling bertuah. Miahahaha.

    AT

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...