Skip to main content

Dataran Perasaan.

Wa tengok rakyat Thai yang pembangkang ni ngok juga. Demontrasi sepanjang masa. Kacau bilau negara jadinya. Main tembak2 lagi. Siap serbu Lapangan Terbang. Terlintas gak wa betapa bertuahnya Malaysia yang memiliki pembangkang berkepala otak macam PAS.

Demo, demo gak. Tapi tak la sampai sabotaj kepentingan negara. Buatnya PAS arahkan ahlinya berdemo tembak TV3, serbu KLIA, putuskan elektrik Kuala Lumpur, parah beb.

Jadi, sekali lagi, apakah penyelesaian dalam isu ini. Kaizen la. Lakukan peningkatan kepada baik daripada masalah yang timbul.

Wa rasa BR, kalau ambil alaih negara, ataupun di peringkat negeri dahulu, adakan Dataran Perasaan. Selagi masih di bawah perlembagaan, nak luah perasaan apa pun sila lah kat situ.

1. Nak bogel? Tak boleh. Letakkan berbogel antara perkara yang menganggu ketenteraman awam di bawah perlembagaan.

2. Nak hisap dadah. Sah2 tak boleh. Perlembagaan tak kasi.

3. Hina agama lain? Tak boleh. Agama semua diiktiraf bawah perlembagaan.

Apa yang boleh kat Dataran Perasaan?

1. Bersajak.
2. Berpidato.
3. Menyanyi lagu2 kritik.
4. Berdemo.
5. Bakar bendera.
6. Melukis.
7. Etc.

Jadi, dah tak payah la berarak kat jalan2 raya, walau feel berdemo kat jalan raya best gile. Hehehe. Just panggil media dan buat pelbagai simbolik kritik yang kreatif. Silap2 leh jadi produk perlancongan plak. Ada pemuzik jalanan, pelancong yang suka2 joint skali melakukan luahan perasaan tersebut.

Tak la menyusahkan orang lain. Polis pun senyum jer jaga lalu lintas. Praktikal ke? Hehehe….

Comments

  1. bro..... kat tempat aku ada gak tempat camtu..... ditubuhkan semasa memula PAS menang.... lokasi dia taman betul² depan bangunan UMNO negeri.... kat situlah kerajaan buat untuk rakyat luahkan apa² perasaan..... tak puas hati kat kerajaan negeri ke kat PAS ke kat UMNO ke..... tapi sayang...... takde sambutan..... mungkin budaya negara kita tak sesuai ngan kaedah camtu.....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...