Skip to main content

PAS Mat Jenin.


Oleh : AdukaTaruna

Khalid Samad.

Memula lega. Wa ingat ada rancangan atau slot khas interview TV3 dengan Khalid Samad. Member wa, lelaki_ini cakap, bagi peluang kat dia. Sama genius mempergunakan TV3 seperti TGNA atau bengap dipergunakan TV3 seperti TGHA.

Alhamdulillah. Tiada yang kontroversi. Penjelasan yang ketat tanpa peluang bola tanggung. Namun, wa harap, perkara seperti ini dapat dielekkan. Soal medium adalah penting. Selesaikan anak-beranak maa..

Pengguguran itu telah pun berlaku. Malah diakui Khalid sendiri bahawa dia bersetuju dengan pelan itu. Wa harap Khalid terus menjadi Khalid. PAS Selangor terus memacu kepentingan Islam dalam kerajaan Selangor. Insyaallah.

Fikrah non muslim.

Dalam perjuangan PAS menegakkan satu system pemerintahan Islam, melalui wadah undi, dalam masyarakat majmuk, PAS memerlukan beberapa perubahan untuk menyesuaikan diri dalam wadah ini.

Adalah sukar untuk mengajak fikrah non muslim memahami fikrah muslim. Jangankan non muslim, sesama muslim (Melayu) ini pun dah sukar tahap gaban dah. Jadi, apa jalan penyelesaiannya? Ini yang perlu dicari.

Cadangan awal.

Setelah berfikir, wa ingin mencadangkan satu cadangan peringkat awal kepada PAS. Yakni mewujudkan satu Kelab Antara Agama di bawah PAS. Jangan jadikan dewan dulu, tapi peringkat kelab.

Ok. Macamni. Contoh hasrat PAS menghadkan penjualan arak di dalam pemerintahan secara berkongsinya. Katakan di Selangor. Wa try susun ikut time line la eh.

1. Fikrah non muslim dikawal oleh ahli politik yang bukan rapat atau ahli dalam agama mereka. Jadi, dalam agama mereka sendiri mereka tidak arif, apatah lagi mengenai agama Islam.

2. PAS ingin menyelamatkan muslim, melindungi modal insan, menegakkan Islam dalam tajuk arak. Caranya ialah menghadkan penjualan arak. Tak la sampai melampau di jual secara terbuka, di kedai 24 jam, etc.

3. Jadi, jemput Kelab Antara Agama (agama yang diiktiraf di bawah perlembagaan lah. Kang ada pulak yang loyar buruk cakap agama Ayah Pin, Zionis plak kang) di bawah PAS bermuzakarah. Ada Persatuan Tertinggi Budha di negeri itu, Persatuan Hindu Tertinggi di negeri itu. Bermuzakarah dan keluarkan satu resolusi atau persetujuan.

4. Katakan resolusinya seperti ini : Kelab Antara Agama dan Dewan Ulama PAS bersetuju bahawa penjualan arak perlu dihadkan. Contoh :

i. Persatuan Tertinggi Hindu (PTH)memaklumkan bahawa arak dibenarkan dalam agama mereka. Tetapi penyalahgunaan arak adalah tidak dibenarkan. Jadi, kami (PTH)bersetuju bahawa penjualan arak perlu dihadkan supaya tidak boleh dicapai dengan bebas.

ii. Persatuan Tertinggi Budha bersetuju arak dijual secara terhad. Kami memaklumkan bahawa arak dibenarkan dalam agama kami, tetapi pengambilan secara berlebihan, dan tanpa keperluan adalah tidak dibenarkan dalam agama kami. Kesimpulannya kami bersetuju sebulat suara penjualan arak dihadkan demi kesejahteraan penganut kami.

iii. Persatuan Tertinggi Khatolik memaklumkan kepada orang awam bahawa arak diharamkan dalam agama Khatolik. Malah kami mengsyorkan supaya arak dijual melalui rumah-rumah ibadat agama yang membenarkannya supaya ianya boleh dikawal.

Jadi, fikrah awam non muslim dipecahkan. Dan mereka mula dididik dan dihalakan berpandu kepada ahli agama. Tidak lagi berpandu sepenuhnya kepada ahli politik non muslim yang bukan ahli dalam agama mereka. Sebagai pejuang agama yang universal, PAS telah meletakkan ahli agama non muslim di satu taraf tertinggi.

Pergh… universal gila PAS beb. Sampai agama lain juga boleh dicantumkan dengan PAS. Ini semua soal taktikal dan soal falsafah. Masa panjang PAS, PAS boleh letak calon dari Dewan Non Muslim PAS di kawasan majority non muslim atau calon Kelab Antara Agama PAS.

Memang masa tu Malaysia sudah hanya 2 parti. Satu parti PAS, satu lagi Parti Rakyat (gabungan BN-PKR-DAP). Mat Jenin?

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...