Skip to main content

Bola Sepak Negeri PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Bendanya tidak salah langsung. Tapi pada wa, pada ketika ini, eloklah PAS tak payah sibuk2 ambil Bola Sepak Negeri. Buat macam Kelantan. Bagi jer UMNO handle.

Semua lu nak pegang, bahaya gak. Fokus perlu dikurangkan. Sebab PAS masih belum stabil. Wa tak berkenan kalau elemen Hadi diguna-pakai. Fokus terlalu banyak. Akulah ulama, akulah Presiden, akulah PJ Terengganu, akulah MB, akulah Majlis Syura, akulah itu, akulah ini. Last2 terbarai 2004.

Wa tak tahulah penyokong PAS lain, tapi pada wa la, eloklah UMNO yang pegang sukan. Melainkan sekiranya UMNO tidak lagi menguasai kerajaan pusat. Nak merudum seperti biasa ke, nak meningkat ke, biarlah UMNO yang tentukan untuk sementara ini. PAS focus kepada pentadbiran, penambahbaikan, dakwah, kaizen, etc.

Dasar perumahan bumiputera Kedah.

Dari segi ‘prinsip cabang’, wa memang tak setuju. Banyak cara lagi untuk hujah seimbangkan kaum-kaum di bandar. Selain dari meningkatkan kuota tersebut. Tapi, dari segi taktikal, bagi mendapatkan / menegakkan ‘prinsip utama’, wa tak mahu ulas. Hanya PAS Kedah / rakyat Kedah / blogger Kedah yang tahu situasi Kedah.

Jika bercakap soal taktikal, wa rasakan PAS Kedah perlu diberi ruang. Hasilnya sama-sama kita lihat PRU13. Lumrah alam perlu dihadapi. Berjaya dipuji, gagal dimaki seperti Hadi. Takut risiko, berhenti main politik. Dok rumah berpoligami.

Elak PRK dalam masa terdekat.

Diberitakan Ostad Azizan membuat pilihan utama ialah selesaikan kebankrapan YB UMNO. Yakni mengelak PRK di Kedah. Hujah untuk mendepani massa, Ostad bagi "Kita tidak perlu membazirkan wang dengan mengadakan pilihan raya. Kita boleh fokus kepada soal pembangunan negeri," (Penarik Beca)

Itu hujah dialah. Motif utama Ostad ialah mengelak PRK. Motif mengelak PRK pasti di bawah tajuk taktikal. Mungkin Ostad tidak mahu suasana ‘kerapatan’ Melayu UMNO Kedah kepada PAS pada ketika ini dirosakkan oleh PRK tersebut. Mungkinlah. Yelah.. dah PAS vs UMNO time tu. Pasti sentimen permusuhan UMNO-PAS direbakkan oleh kedua-dua pihak media. Seluruh negara lagi.

Apabila ‘kerapatan’ itu berjaya dikekalkan dan ditambah sehingga PRU13, maka, kuasa penentu / tawar-menawar PAS (Islam) dalan DUN Kedah menjadi lebih power. Di bawah tajuk taktikal, sekali lagi PAS Kedah perlu diberi ruang. Hasilnya kita lihat kelak. Kalau berjaya, Ostad Azizan memang genius la.

Comments

  1. Wa nak komen pasal bola tu walau wa bukan peminat bola pon.

    Wa tengok di Kedah ni terutamanya, pengurus dah letak jawatan, dan beri alasan seolah2 kerajaan negeri campur tangan (padahal takder pon).

    Next sessi wa tengok kedah dah takleh nak pulun cam last year coz import player dah takder.. so boleh la longgok kelemahan tu pada kerajaan negeri (yang kunun mengganggu).

    Pasal PRK, ada baik ada buruk.
    Buruk pada apa yang lu tuliskan tu... Baik pada parti, coz wa tgk orang2 Pas dah mcm umno... donia jer...
    ~zaminc~

    ReplyDelete
  2. wa tengok lu senada jer ngan PAS kelantan.... apasal hah.... nak kata lu ni ore kelante dak jugak.... bukan apa bro kat luar tu ramai yang anti kelante (PAS kelante ni).... lu ni melawan arus jer...

    pasal bola tu kami oram kelante pun sokong Annuar Musa pegang Pengerusi KAFA..... tengok jer kelab KELATE.NET tu..... walaupun ahli² dia orang ramai pro PAS tapi still ok jer sokong bola kelante walaupun pengerusi KAFA ni totok UMNO... profesional beb

    - abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...