Oleh : Abdul Hadi bin Haji Awang
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan ucapan takziah bagi pihak diri beliau dan keluarga serta seluruh ahli-ahli PAS kepada keluarga Allahyarham Dato' Razali Ismail yang telah pulang ke rahmatullah petang semalam akibat serangan jantung. Allahyarham adalah Timbalan Menteri Pelajaran dan ahli parlimen Kuala Terengganu.
Tuan Guru mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah swt dan semoga isteri dan keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian yang besar ini. Allahyarham adalah seorang ahli parlimen dan Timbalan Menteri yang baik dan sangat komited dalam menjalankan tugas-tugasnya terutama semasa sesi sidang dewan di Parlimen.
Tuan Guru kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat haji dan dijangka pulang ke tanahair sekitar pertengahan bulan Disember nanti.
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Akhbar Presiden PAS
And here is the rest of it.

Comments
Post a Comment
Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.