Skip to main content

Yoga VS Silat


Oleh : AdukaTaruna

Member wa bertanya tentang isu Yoga. Wa cakap, ini hal terbahagi kepada 2. Satu taktikal, satu teknikal Yoga itu sendiri. Kalau teknikal Yoga, jampi2 ke, mantera ke, pemujaan ke, bukan hak wa nak jawab. Wa tak tahu menda-alah Yoga ni, dan ilmu-ilmu fekah Islam. Serah kat ulama la.

Yang wa nak ulas ialah taktikal Yoga. Wa memang percaya UMNO duta USA-Britain di Malaysia. Politik mereka, taktikal mereka dijaga oleh USA-Britain ini. Duta ini ada pelapis. Stanby. UMNO-BN dah hampir tak relevan. Dan USA-Britain ada Duta simpanan yang on the track. Bernama PKR. Kapten dia Anwar Ibrahim.

Tamat setakat di sini. Wa tak mahu hurai teori dan kepercayaan wa, terutama sebab-sebab wa menyokong / mempertahankan PAS bertahaluf ‘dulu’ dengan PKR ni.

Taktikal Yoga.

Jadi, fatwa Yoga, fatwa Pengkid adalah sebahagian plan-plan mereka dalam tradisi memanipulasikan sentiment rakyat. Yang gen Melayu dah kompom senang. Yang gen bukan Melayu dijadikan feeder.

Benda ni macam catur. Diorang gerak buah ni, kita perlu gerak buah itu. Tapi malangnya, sekali lagi wa bercakap soal genetik. Ulama gen Melayu terlalu bangang. Mereka kategori hafal. Tak faham?

Ok. Macam ni. Kita tinggalkan dulu kebangangan ulama tahap Hadi Awang. Kita masuk topic catur. Dalam percaturan, peperangan, mustahaknya ialah siapa yang menguasai siapa. Siapa yang memanipulasikan siapa. Siapa yang mendahului siapa.

Sekarang kita andaikan kita memiliki ulama gen Parsi. Melalui dutanya UMNO, Britain memulakan satu operasi khas bagi memulihkan kekuatan dutanya itu. Yoga dipilih. Pertembungan non muslim dan muslim perlu dicipta bagi menghasilkan sentiment.

Melalui pertanyaan UMNO, selepas Pengkid, Majlis Fatwa Kebangsaan, mengeluarkan fatwa haram terhadap Yoga. Hujahnya ialah sekian-sekian. Kemudian, isu ini diperbesarkan. NGO non muslim tajaan Britain mempolemikkan keadaan. Sentimen terhasil.

“Keadaan ini tidak berlaku ketika BN kuat dahulu..” Begitulah fikiran level awam yang diharapkan mereka.

Dengan diandaikan PAS memiliki Presiden genius dan laju bergenetik Parsi, Presiden PAS terus mengeluarkan kenyataan :

“ Setiap yang mengandungi unsur pemujaan kepada selain Allah adalah haram dan syirik. Bukan sahaja Yoga, tetapi juga silat. Bla.. bla… bla… ”

Perkataan silat itu sebenarnya adalah pembunuh operasi mereka (sentiment yang cuba dihasilkan). Di pihak non muslim, mereka akan melihat Islam turut membantah upacara Melayu.

“Jangankan Yoga, silat pun rupanya boleh jatuh haram sekiranya ada unsur pemujaan selain dari Tuhan Allah mereka.”

Jadi, insyaallah mereka akan dapat mesej itu. Peperangan memerlukan kelicikan, kepantasan dan genius. Bukan boroi, lembab dan sentiasa terpinggir dari arus politik tanah air.

Ops lupa.

“Kita rela kalah asal Islam tidak kalah.”

Comments

  1. kawe raso isu yoga bukan sebagaimana yang demo andaikan tu...pada pendapat kawe,kawe x rasa plak ada pihak yang nak manipulasi isu tu..yg kawe nampak suara ulamak n Majlis Ftwa tidak lagi di hormati.sebab musabab tidak kawe ketahui..mybe sbb jahil,degil dll.hehe..tapi pasal silat tu betul dah..maknanya sebarang amalan fizikal x kira yoga atau silat, kalau ada sebarang unsur memuja.membesarkan selain Allah swt, kira syirik la tu

    ReplyDelete
  2. dr 1 sudut
    tulisan lu dlm tajuk ni
    adalah 1 cetusan minda yg baik utk difikirkan

    cuma pd aku ada 2 kemungkinan :

    1-UMNO pencetus isu yoga (lu dah story pjg lebar)

    2-UMNO bkn pencetus isu yoga (biar wa terangkan)

    dlm tajuk kemungkinan kedua :

    isu yoga haram telah ditimbulkan oleh Prof. Zakaria Stapa (UKM) dlm sbuah seminar. sepengenalan wa dgn Prof. ni, dia seorg pensyarah pro-PAS, prnh jd penasihat ISIUKM.

    so kebarangkalian dia jd pelakon kpd 'projek pencetus pertembungan sentimen yoga' adalah sgt kecil.

    pd wa
    Prof. cuma menyampaikan
    sape sgka ia jd isu hangat
    smua pihak desak Majlis Fatwa
    Majlis Fatwa sure refer Pak Lah dulu
    Pak Lah sure refer thinktanker UMNO
    lalu Majlis Fatwa terus tangguhkan 'fatwa declaration' dgn pelbagai alasan
    padahal thinktanker sdg b'sidang
    ttg taktikal
    sementara Majlis Fatwa uruskan teknikal

    Pak Lah ckp..

    "Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan. Saya percaya umat Islam tidak mudah untuk disyirikkan"

    ..itulah taktikalnya
    demi m'jaga hati non-Muslim

    tersiratnya
    ayat t'sebut x b'kesan pd Muslim
    tp t'kesan pd non-Muslim

    babak2 spt ni dah b'ulangkali
    isu ratu cantik-JAIS 1997
    isu sajak kematian 2008
    isu yoga haram 2008
    taktikalnya tetap sama

    -lelaki ini-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...