Skip to main content

Cerita Gua 12


Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 | Siri 9 | Siri 10 | Siri 11 | Siri 12


"Kau buka gari dia. Pasang lampu sebelah dia."

"Takper la... saya boleh buka gari sendiri."

"Ha??!!!"

3-3 polis cakap 'ha' serentak. Polis X dengan Tuan toleh tengok gua dengan gari gua, polis X tengok cermin pandang belakang.

"Kalau saya sempat masuk Al-Maunah masa dulu la.." Kata gua sambil sengeh.

"Kacik mu ni..."

"Bengong.."

"Weih Rul.... mana ada ilmu2 macam tu, Rul... mana ada ilmu kebal kalau kena peluru. Tembus punya lah.." Tuan tu bersuara.

"Takder ker?"

"Yang ada ialah takdir peluru tu tak kena. Bukan dia kebal, tapi doa dia makbul. Peluru tak kena. Kalau kena, bocor Rul.."

Gua tak percaya. Member kepada member gua, pernah menyorok disebalik pokok tebu yang sebatang apabila dikejar polis. Hua3.... polis Paroi tu rabun ko, atau member kepada member gua tu terer, gua pun tak tahu la.

Polis Y buka gari gua. Gua buka tapau. Lauk ikan sembilang. Semerbak bau dalam Waja tuh.

"Elok lagi tak Aduka?"

"Elok kot."

"Kalau basi jangan makan. Nanti aku beli lain. Sakit mu nanti, kena jawab plak aku."

"Elok lagi ni."

Terpengaruh dengan gua, polis2 tu pun makan gak. Gua makan nasi, diorang makan cekedis. Elok lah tu..

"Rul... mu tahu tak Rais Yatim bergaduh statement dengan Hishamudin pasal mu?"

"Tak tau Tuan..."

Jangan kata internet, surat khabar pun tak dapat baca baii... gua tak tahu hujung pangkal dah nih.  Kalau Allah takdirkan semua ini untuk kuatkan gua, gua sanggup. Kalau Allah takdirkan semua ini untuk bersihkan gua, gua mohon dimudahkan.

Ya Allah... Lu memang Ego. Dengan ini, sekali lagi gua bersaksi bahawa tiada tuhan selain dari Lu. Tetapkan gua dengan jalan yang Lu redhai.

Tetapi jangan lupa bahawa sifat Allah itu sombong dan ego. Boleh jadi Ego Allah aktif bila gua ramal bentuk2 jawapan Allah. Yerla.. apa barang kalau AdukaTaruna, satu hamba yang hina boleh tepat meneka bentuk jawapan Allah. Allah mesti ada EgoNya sendiri. Dia punya level kemuliaan taraf paling atas.
Sifat Allah itu sifatnya TUHAN. Kalau kita samakan sifat Allah dengan sifat mak abah kita, bermakna kita dah samakan sifat Allah dengan ciptaan dia.

"Aduka... dengan mak kau, boleh ke kau minta guna perkataan gua lu? Apatah lagi dengan Allah."

Sebab tu gua cakap, pembolehubah bangang ialah genetik. Kalau genetik pun dah bodoh, maka automatik ulama Melayu pun tahap bodoh. Hujah ulama2 Melayu terutama dari tahap jemaah Rusila adalah tahap fakap. Sifat dan sikap Allah berbeza dengan mak abah gua.

Sifat Allah tidak terkesan kalau gua duduk berlunjur kaki mengadap kiblat.

"Oi Aduka... jangan biadap kepada Allah. Kaki mengadap kiblat kat masjid."

Kepala hotak lu. Kalau Allah berkecil hati semata2 atas sebab arah kaki gua, terlucut la dia dari kemuliaan dan ketinggian sifat TUHAN. Sejak bila Allah tunduk kepada budaya Melayu. Sejak bila Allah berbudaya Melayu?

"Oi... Aduka... lu kafir cakap Allah gua-lu."

Lu yang kafir sebab samakan Allah dengan tahap perasaan mak abah gua. Allah itu TUHAN yang Agong. Dia ada EgoNya sendiri. Kalau dia marah sebab gua bergua-lu dengan dia, tak payah jadi Tuhan. Itu bukan sifat Tuhan.

Allah itu sifatnya maha mulia, maha tinggi. Tidak sama dengan kita. Gua tidak boleh gua-lu dengan mak gua sebab itu hak dia sebagai mak. Gua boleh gua-Lu dengan Allah sebab itu hak gua kepada Pencipta gua. Gua bodoh atau ulama Melayu bodoh? Kalau ulama Melayu pun tahap bodoh, tak payah sebut la tahap UMNO.

Releks... releks... skang gua kena kena kembali kepada diri gua. Sekarang gua kembali kepada fitrah. Gua adalah AdukaTaruna. Manusia yang hanya boleh bertindak secara keupayaan manusia.

So, AdukaTaruna.... kalau benar teori Pak Bakaq, yang gua ditahan kerana menentang pemimpin 'UMNO' PAS, apakah yang sepatutnya berlaku sekarang ini?

"Rul... ok tak nasi tu? Lain jer aku tengok mu makan ni.."

Sepatutnya, jika teori itu benar...

"Rul... mu ok tak ni?"

"Ok Tuan.... ok. Saya makan memang camni."

Sepatutnya, jika teori itu benar... media PAS kumpulan Hadi + Nasha + Hasan akan bantai gua tak ingat punya. PAS Reform pasti dirosakkan. Kesian Xenan dan Bumblebee. sms pertama ketika malam gua mahu bertolak ke Kelantan pun dah info gua. Puak ulama Terengganu berpesta gila. TKO bersorak.

Sepatutnya, jika teori itu benar... media UMNO akan kaitkan gua dengan dengan Erdogan. Damagekan imej Erdogan. Sebab lawan kepada "UMNO' PAS ialah Erdogan. No 1 yang kena kompom Husam. Padahal gua bertentang mata pun tak pernah. Tgk Husam dari jauh pernah la.

Gua masukkan semula tapau dan sudu dalam plastik. Buka minuman tin. Sepatutnya, ketika ini, saat ini, apakah bentuk gambaran media yang berlaku seandainya teori Pak Bakaq adalah benar?

"Dah Rul? Aku gari semula ni.."

"Dah.. dah.. alhamdulillah. terima kasih.."

"Kau gari sendiri la Rul. Jangan longgar sampai tercabut dah."

"Ok." Nak gari tak perlu guna kunci beb. Gari tu pusing2 camtu jer. Lu beli la gari mainan kalau lu tak faham gambaran gua nih.

"Eh... Rul... serius ni. Aku nak tanya.... betul ke kau boleh buka gari?"

"Teori jer la."

"Teori?"

"Lepas asyik kena gari, saya dapat la jumpa teori."

"Caner Rul?" Tuan tu tanya sambil menoleh ke gua.

"Jap... bagi saya ketatkan dulu. Pasal dia yang gari sendiri tadi Tuan."

"Dah?"

"Ok dah. Cuba buka."

"Eh... caner nak tengok ni?" Polis X sound sambil tengok cermin pandang belakang.

(bersambung.....)

Comments

  1. arghhhh!!!
    kepala hotak lu... mentang2 cita lu.. ikut ska lu ja nak bersambung kat mana noo..

    xpa2...wa tetap tunggu!

    ReplyDelete
  2. LU ADA BELAJAR ILMU HAKIKAT TAK BRO,TAK PUN LU ADA BELAJAR APA ITU ISLAM...

    ReplyDelete
  3. Tetapi jangan lupa bahawa bla..bla...bla.... Itu bukan sifat Tuhan.
    ====================

    best la ayat lu kat atas umpama tak yah pikr keje diri seolah islam tidak bergerak dlm 3 serangkai islam , iman , EHSAN...pikir keje tuhan, sifat tuhan je ..lama2 tak yah sembahyg tak yah ,tak yah beradap dgn tuhan takyah buat baik sbb sifat tuhan tu...ah tak yah cite la lu pon paham

    wa d faq!!!!

    ReplyDelete
  4. duka, wa baru jengok blog lu. lu mmg power ar, ayat lu yg power bukan lu. wa jadi ketagih lau x bukak blog lu sehari.

    ReplyDelete
  5. duka pasal lu kenal tuhan tu simpan sendiri je lah...tak perlu tunjuk pada orang macam mana tuan aduka kenal tuhan.

    ada satu kisah satu ustaz famos cerita...ada satu ulama mahsyur Izzuddin namanya,di suruh berdoa oleh raja masa tu..dia pun doa...lepas tu raja tu marah sebab takde apa2 kesan..so jawab ulama tuh Allah tu tuhan maha kuasa so mana perlu tuhan jawab doa tu on the spot.(sila cari riwayat yg sebenar...aku tak pandai nak tulis supaya pembaca faham)

    ke2. ada satu hadis...ada sahabat tu doa..(lebih kurang) ya Allah kalau kau RASA nak beri ku sekian2...kalau kau RASA takperlu...
    lalu ditegur..nabi...kerana Allah itu maha kuasa...tak luak Allah tu kalau kita minta betul2 spt Ya Allah berilah aku sekian2...
    (sekali lagi tuan-tuan cari lah hadis tu)malas pulak aku nak carinya....

    ReplyDelete
  6. cara lu tulis ni bro ada sikit berbau riak dan takbur

    ReplyDelete
  7. actually nak tau , awak ni dah ade rase insaf ke tak sebenarnye ? huhuu . just nak tau . babai .

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.