Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

23 Jun 2013 : Ayuh cipta sejarah Malaysia!!

Seruan untuk seluruh rakyat Malaysia!! Mohon sebarkan!! 9.00 mlm (23 Jun) - Kehadiran aktivis dari seluruh Malaysia. - Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an. - Ucapan aktivis - Persembahan aktivis seni - 12 malam berhenti. Tidur dan berjaga secara bergilir - Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin sehingga pagi esok. 8.00 pagi (24 Jun) - Ketibaan Ahli Parlimen - Kutipan tandatangan Ahli Parlimen yang setuju dengan objektif (SPR & JPN) - Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an. - Kenyataan media bersama - Menilai jumlah kekuatan (*) - Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin.

Cara tegakkan Islam : Anda pilih yang mana?

[1] Allah create sunnah alam. Lemah banyak dari kuat. Bodoh banyak dari pandai. Nyamuk banyak dari katak. Rumput lagi banyak dari kambing. Allah kata, kalau ikut majoriti, kamu pasti akan sesat. Allah create plak kaedah nak dapatkan sistem universal (Islam). Semuanya melalui revolusi. Ada ganas, darah, air mata, perang, etc. Dari kaedah itulah, terhimpunnya Al-Quran dan hadis. Hari ini, ulama penghafal guna Al-Quran dan hadis yang diturunkan dari pembolehubah revolusi untuk dipaksakan kepada pembolehubah suara majoriti. Undi jari. Sebarang kesilapan ulama penghafal, mereka pantas meletakkan Allah dan Muhammad SAW di depan mereka bagi membentengi mereka dari kritikan dan kehinaan. Ayat lainnya, Allah dan Muhammad SAW disalibkan para ulama bagi menebus dosa mereka. [2] Ada satu jemaah Islam (A) yang sengaja tidak dinamakan dalam N3 ini. Puluh tahun dahulu, mereka menolak kaedah ikut majoriti untuk menegakkan Islam. Untuk memilih revolusi pula mereka tidak mampu. Atau belum dijelmak

Tahukah anda?

1. Kabinet Kelantan dibentuk sebelum ayam berkokok? Sabar. Jangan gopoh. 2. Kabinet Kelantan bukan dibentuk oleh Parti Islam SeMalaysia atau rakyat Kelantan. Tetapi seorang Seltan dan keluarganya. Ini bermakna rakyat Kelantan terpaksa melalui kabinet kaum keluarga sepanjang 5 tahun. 3. Kerusi Temerloh dan Pasir Mas atas kapasiti Jawatan Ketua Pemuda PAS dan Timbalan Pemuda PAS. 2 jawatan itu pula dimenangi oleh Tantawi dan Nik Abduh tanpa bertanding. Menggunakan istilah Islam iaitu syura. Istilah profesionalnya ialah rundingan sesama sendiri untuk mengagihkan jawatan sesama sendiri dengan mengkhianati perlembagaan parti iaitu hak perwakilan untuk mengundi pemimpin mereka sendiri. (Dibetulkan pembaca. Nik Abduh bertanding.) 4. Individu yang menganjurkan teori jalan raya untuk mengubah negara, bukan pilihanraya; dikatakan sudah melarikan diri selepas Adam Adli ditahan polis. Lari keluar negara untuk mengubah negara adalah teori terbaru dari beliau!

Kawan si Adam Adli.

(1) Alhamdulillah. Gua dikurniakan kesempatan untuk Himpun Solidariti Bebas Adam Adli selama 2 malam di Lokap Bersepadu Jinjang. Kalau gua di Kelantan, memang sukar gua ke KL. Tapi gua berada di Shah Alam sehari awal sebelum Adam ditangkap kerana adik gua konvo. (2) Gua just nak share. Pengalaman peserta solidariti Adam ni. Memang ramai di kalangan peserta adalah rakan Adam sendiri. Tapi rata2nya hadir atas prinsip isu. Cina2 dan India2 semua tu hadir bukan sebab Adam pun. Tapi atas falsafah isu. (3) Ramai juga kategori aktivis tua yang tidak mampu tidur di lokasi himpun, datang dengan membawa makanan dan minuman. Kira memang mewah lah. DBKL pun gua tengok bertolak ansur. Polis pun just berkumpul dari jauh jer. Cuma ada kedengaran beberapa pihak mahasiswa tidak hadir kerana personal. Bukan kerana falsafah isu. (4) Sebelum orang salah faham bahawa aktivis adalah golongan tak bekerja, gua catit di sini, hampir kesemua kat situ bekerja. Menariknya seolah2 ada syif giliran. Ada

Beza aktivis dan politikis

Politikis : Bekerja untuk menyusun kekuatan kumpulan masing-masing dalam pangkat dan kuasa. Mempergunakan isu rakyat dan populis bagi tujuan itu. Disokong majoriti rakyat Malaysia. Aktivis : Memperjuangkan isu rakyat kerana kehendak jiwa. Ikut kemampuan masing2. Bebas tidak bersetuju dengan mana2 pimpinan politik. Disokong minoriti rakyat. Di bawah adalah gambaran isu rakyat (Royalti di mahkamah) selepas PRU. Dari 1.5 juta rakyat Kelantan, 100 000 ahli parti politik, hanya aktivis kekal hingga ke titik terakhir.

TGNA diperguna dan diketepi?

Disampaikan ke gua, Majlis Jasamu (TGNA) Dikenang, dibuat bagi mengenakan Husam. Dalam majlis ini, Husam tidak hadir, TGNA diberikan kerusi tepi, dan pertanyaan media dijawab sepenuhnya oleh Nik Amar.

Meluat dengan Setpol Azizan

Oleh : AdukaTaruna [1] Memula lagi nak belasah. Tp gua silap langkah. Gua plak kena belasah. Takper.. Padan muka gua dulu. Hero tamil memang kalah dulu. Tapi makin hari makin banyak kenyataan dan cerita cover line tentanf Azizan, menyebabkan gua meluat yang meluap2. Hari ni gua nak luahkan berbulu gua. [2] Hari pertama gua keluarkan kenyataan padan muka kalah PRU dengan bekas MB Kedah yang baik dengan orang2 dia tapi sombong dengan rakyat yang lain. Dengan exco sendiri pun bergaduh, inikan pula dengan mahasiswa KUIN apatah lagi NGO ANAK pasal saham Felda. Hari seterusnya, Setpol Azizan buat benda bodoh. Publickan / awamkan berita Azizan tenat. Member doktor Spital Penang kol gua mengadu. Setpol paling bodoh dalam sejarah. Nak cover line kalah, pergi rasmikan berita Azizan tenat. Azizan memang turun kesedaran diri. Tapi bukan koma apatah lagi tenat. Hanya kencing manis. Bila rasmikan Azizan tenat, boleh bayangkan hospital jadi huru-hara. Beribu penyokong berkumpul. Orang2

Masker Anti Racist.

Kita semua saudara. Asal Adam dan Hawa. Darah semua kaler merah. Sempena 13 May ni, gua lancarkan produk yang benar2 tolak perkauman. Yang Melayu akan jadi Cina. Cina akan jadi Melayu. Infia akan jadi Iban. Semua sama. Email gua untuk harga. Terbukti secara klinikal bergambar. Yeyah!

KB Mall bergelap.

Kempen gelapkan shopping complex utama di ibu negeri seluruh negara. KB Mall Blackout. 11/05/13. 8 malam.

Husam dan istana

Mudah2an ini N3 terakhir gua buat berkenaan isu Husam. Sebab kalau gua layan banyak sangat gua bimbang perjalanan perjuangan Royalti jadi terganggu. Dakwaan mengatakan begini. Husam tidak disukai Sultan kerana rapat dengan Kuli dalam isu Royalti. Pangkat Datuknya hampir ditarik jika tidak kerana Sultan hormat dengan Tok Guru. Jika ditanya kepada gua soal logik, gua mengatakan YA memang logik. Tiada mustahil dalam politik. Tapi dijelaskan sekali lagi, stand gua dalam isu ini ialah kerja peralihan kuasa macam budak2. Tiada audit. Buat nak cepat. Gua bayangkan flow sepatutnya berlaku. Ini benda besar. Bukan benda kecil. 1. Husam PJ PAS no 2 dalam hiraki PAS Kelantan dan Naib Presiden PAS yang diundi oleh ahli. Konsep PAS ialah parti yang memandu pemerintahan. 2. Panggil Husam melalui surat dan audit. Bukti notis sudah dikeluarkan. 3. Jelaskan fakta istana tidak mahu Husam. Minitkan mesyuarat itu. 4. Perincikan. Istana tidak mahu Husam MB atau TMB atau exco atau kesemuanya. Kuasa s

Rumah aktivis R hangus

Rumah aktivis R hangus dijilat api. Cabang 3. Pengkalan Chepa. Kelantan.

Selamat berjuang Abang Tak

Saya pasti dan yakin Abang Tak akan jadi calon lagi PRU14 akan datang. Abang Tak kena cari parti lain untuk ditipu plak.

Isu Husam : Stand gua.

[1] Walau macam poyo dan koya, gua mulakan N3 ni dengan; gua tolak permintan kawan2 untuk lead Kelantan Reform (reform keseluruhan bukan Husam semata). Sebab macam tak kena. Anak Kelantan sendirilah yang kena duduk depan. Kalau tiada, takan gua plak nak memandai2. [2] Terlalu ramai bertanya stand gua tentang ini. Cuma gua kalut di Seremban. Dan alhamdulillah, gua dah ada di KB. Pertama, gua tak kisah sama ada Husam atau tidak. Gua dan isteri tetap hidup begini. Still tumpang rumah mak mertua. Kedua, dari segi perjuangan Royalti, maybe terjejas sedikit sebab Husam AHLI dalam isu teknikal seperti ini. Ketiga, gua catatkan di sini untuk bacaan anak cucu Kelantan, peralihan kuasa selepas era TGNA dibuat macam budak2 takut hantu. 1. MB angkat sumpah dalam keadaan macam tergesa2. Sultan duduk atas sofa 3 muatan. Sebelah TMK duduk sofa 1 muatan. Depan sofa ada meja kopi. Selepas meja kopi baru berdiri MB angkat sumpah. Gambar tu tiada dlm HP gua. Gua taip N3 ni guna HP. Siapa ada, tol

Muhyiddin Yassin bakal Perdana Menteri

Muhyiddin bakal Perdana Menteri. Tiada lagi slogan 1 Malaysia kerana gagal tarik kaum Cina. Muhyiddin Yassin dikatakan akan menggantikan Najib Razak dalam pemilihan UMNO depan. Satu lagi peralihan kuasa. Semua pimpinan tertinggi yg jadi Pengerusi BN negeri sasaran berjaya. Perak, Kedah dan Terengganu. Najib yang diamanahkan menjaga Selangor, kalah teruk. Secara keseluruhan, rekod Najib menyaksikan parlimen hilang 7 berbanding Paklah. DUN hilang 77 berbanding Paklah. Seluruh saluran televisyen merakamkan wajah mencuka Najib bersama Rosmah ketika pengumuman BN membentuk kerajaan.

PRU13 : Pendapat gua

[1] Pertama sekali, gua ucapkan fakap kepada JPN dan SPR kerana pilihanraya di luar tamadun manusia. Dakwat tak kekal untuk pengundian berganda dan pemberian IC kepada warga asing menjadikan mereka pengundi sah. Kedaulatan negara yang diinjak2. Kedua gua ucap takziah kepada BN kerana walau pelbagai teknik kotor dan salah guna kuasa, majoriti parlimen mereka merosot. Ketiga gua ucap padan muka pada PAS Kedah sebab kalah. Supaya Allah menjelaskan batil itu jelas kebatilannya. Dan semoga Allah membersihkan jemaahNya dengan takdirNya itu. Keempat, gua sedih sebab PR gagal di kerusi negeri terutama Melayu Hutan. Dan tajuk keempat inilah yang gua nak share. [2] Pada pendapat gua, kegagalan PR untuk tajuk keempat di atas adalah kerana faktor tersebut. 2.1 Hebat menyerang. Terlupa bertahan. PR dalam aspirasi mereka terlalu hebat menyerang. Terutama isu nasional. Tetapi, mereka tidak bersungguh bertahan dalam isu yang musuh guna. Di antaranya : DAP - Cina - Negara Kristian - Kalimah Al

Siapa MB Kelantan?

Ofkos ramai yang masih mahukan TGNA. Tapi kesian la weii orang tua tu. Nak menangis pun ada bila tenaga dia kena perah sana sini. Nak2 lagi time pilihanraya. Mengikut tinjauan rakan Kelantan sekeliling (ramai rakan sekeliling gua bukan aliran agama), rata2 mahukan Husam. Tapi di Kelantan ni, gua nampak, golongan bukan agama terbuka kalau golongan agama menjadi MB. Cuma golongan agama memberontak sekiranya bukan agama  menjadi MB. Ini mendatangkan mudarat. So, gua tanya ke rakan2 Kelantan soalan begini : "Selain Husam dan mahu ahli agama, demo nak siapa MB Kelantan kalau bukan TGNA?" Kebanyakannya jawab Ust Nasrudin Speaker. Gua tak kenal dia. Dia pun tak kenal gua. So, no komen. Cumanya, gua berharap, jika berlaku perubahan, exco ekonomi harus dikekalkan kepada Husam. Gua tak nampak lagi sesiapa setakat gua menulis N3 ni.

Padan muka anak Kelantan

Tadi bas gua singgah Hentian Putra. Kecoh bercakap pasal bas anak Kelantan kena sabotaj. Seb baik gua tak pakai baju BN time tu.