Skip to main content

Isu Husam : Stand gua.

[1]
Walau macam poyo dan koya, gua mulakan N3 ni dengan; gua tolak permintan kawan2 untuk lead Kelantan Reform (reform keseluruhan bukan Husam semata).

Sebab macam tak kena. Anak Kelantan sendirilah yang kena duduk depan. Kalau tiada, takan gua plak nak memandai2.

[2]
Terlalu ramai bertanya stand gua tentang ini. Cuma gua kalut di Seremban. Dan alhamdulillah, gua dah ada di KB.

Pertama, gua tak kisah sama ada Husam atau tidak. Gua dan isteri tetap hidup begini. Still tumpang rumah mak mertua.

Kedua, dari segi perjuangan Royalti, maybe terjejas sedikit sebab Husam AHLI dalam isu teknikal seperti ini.

Ketiga, gua catatkan di sini untuk bacaan anak cucu Kelantan, peralihan kuasa selepas era TGNA dibuat macam budak2 takut hantu.

1. MB angkat sumpah dalam keadaan macam tergesa2. Sultan duduk atas sofa 3 muatan. Sebelah TMK duduk sofa 1 muatan. Depan sofa ada meja kopi. Selepas meja kopi baru berdiri MB angkat sumpah. Gambar tu tiada dlm HP gua. Gua taip N3 ni guna HP. Siapa ada, tolong bagi link.

2. Amalan biasa MB angkat sumpah. Exco dipilih selepas mesyuarat bersama2. Hampir seminggu selepas MB. Tapi, MB baru dan exco dibuat serentak. Tergesa2.

3. Jika UMNO menyebarkan fitnah air liur, maka ulama PAS pun serupa. Contoh :

UMNO kata Anwar zina atau liwat. Saksi tiada. Video meragukan ada.

Ulama PAS sebar air liur Sultan potong nama Husam. Bukti tiada. Audit kertas yang ditolak sultan pun tiada. Perkara sebesar peralihan kuasa dilakukan tanpa audit. Secara budak sekolah pilih ketua kelas.

Ahli PAS suruh gua tanya sendiri sultan. Terkesima gua. Tukang fitnah tak perlu kemuka bukti. Yang mendengar fitnah kena cari bukti sendiri. Nak lawan tak boleh. Diorang ulama. Masuk neraka.

4. Husam pemalas hadir mesyuarat. Kalau dia tak hadir selepas dipanggil, memang padan muka Husam.

Tapi mana audit surat panggilan mesyuarat? Tiada. Gua catat sejarah ini untuk bacaan anak Kelantan masa hadapan.

5. Gambar exco angkat sumpah ada. Gambar majlis selepas diterima sultan akan senarai yang diserahkan memang lah ada. Tak siapa pertikai benda tu.

Tapi pemilihan exco yang pelik dan paling hina dalam sejarah Kelantan. Dilakukan secara budak2. Dan tanpa audit.

6. Memang banyak hikmah Husam tidak lagi exco. Tapi hikmah kerja Allah. Kerja manusia yang diarahkan Allah ialah jangan tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

7. Surat perletakan jawatan pemandu Husam oleh SUK bertarikh sebulan lepas. Ianya notis sebulan. Wujudkah perancangan awal?

8. Sultan hanya mempunyai kuasa memilih MB. Sejak bila sultan mempunyai kuasa memilih exco? Dan sejak bila ulama PAS meletakkan Sultan lebih dari hujah agama Islam? Lama dah keyy..

Bersambung....

Comments

  1. bilamana mb baru menyatakan sultan yang gugurkan nama husam sama macam menafikan aku tak berak tepi jalan.tapi tangan berbau taik.alasan yang paling tak matang serta suku masak dari seorang yang bergelar menteri besar.

    ReplyDelete
  2. Ore luar jagea dok sibuk....ambo buko undae undae tubuh negeri klate...
    Sultan dijunjung...agama terpelihara..

    ReplyDelete
  3. Bhai AT...

    Hahaha.... gua malas nak campur tangan isu Kelantan buat masa nih... tapi gua tau ini semua penangan saper punya kerja.... Hahaha....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  4. Adakah ini satu usaha untuk menjayakan UG antara UMNO & PAS? Boleh tuan kupas?

    ReplyDelete
  5. gua ingt dalam UMNO jer yang ada politik cantas. Rupe nya dalam Pas pun ada jugak. Orang yang ada potensi kene cantas awal2 dah cantas jual nama Sultan pulak....chehhh!!!!! low class punya politicking!!!!

    ReplyDelete
  6. Bro, gua respek lu punya stand, tapi gua lagi tertarik bila lu sendiri mengaku kata isu ROYALTI lu terjejas sikit sebab Dato Husam lebih arif tentang isu TEKNIKAL tuntutan ROYALTI.

    Jadi gua nak bagi kawan2 kita semua nih celik sikit dan jangan dok nak main terjah tak tentu hala kata bukan2 tentang Husam tiada dalam kabinet kerajaan baru Kelantan.

    Lu org semua ada pernah dengar cerita tentang terdapatnya telaga minyak diatas darat ditengah2 bandar kota bharu? tapi memang gua tahu tak ramai yang tahu pasal nih sebab isu nih tak dihebohkan lagi diatas sebab2 tertentu.

    Berbalik kepada isu Dato Husam, yang mana kenapa dia tak dilantik SEKARANG menjadi ahli exco kabinet Kelantan. Ini lah dipanggil strategi. Sebab apa gua kata strategi, kerana jawatan exco tuh bila2 masa boleh berubah2 dan boleh di tamatkan dan dimahsyurkan bila2 masa yang perlu. Jadi isu Husam menjadi Exco tuh bukan isu besar sebenarnya sebab ada lagi isu yang paling besar yang beliau akan pikul selepas ini dan gua doakan semoga Dato Husam akan membawa nama Kelantan dgn berjaya.

    Kenapa gua kata dia ada tugasan yang lebih besar dari menjadi ahli EXCO kerajaan negeri, sebab selepas ini beliau akan diberkan tugas2 khas untuk tuntutan royalti yang diperjuangkan sebelom ini, tuntutan saman fitnah media arus perdana terhadap kerajaan kelantan dan last skali beliau akan membuka isu penemuan telaga minyak diatas darat ditengah2 bandar kota bharu. itu tugasan baru beliau.

    skg nih bagi Dato Husam, mungkin dia ingin masa dan konsentrasi untuk memikul tugasan baru beliau tersebut dan kalau beliau dilantik menjadi exco, nanti ada lagi tuduhan kata beliau tak pernah hadir meeting lah selalu tak masuk opis lah itu lah ini lah... semua akan terkeluar. Jadi jalan yang baik untuk nya menolak saja jawatan exco dan tumpukan seluruh tenaga dan fikirannya demi menuntut hak2 seluruh rakyat kelantan.

    Ok, gua rasa dah panjang lebar dah gua cerita niih, jadi ini stand gua pasal isu Dato Husam walaupon gua nih bukan penyokong dia atau kaki ampu dia tapi apa yang benar dan betul gua tahu itu gua sharekan utk semua kat sini.

    Jadi utk lu Bro, jangan risau pasal isu tuntutan Royalti, sebab Bos lu masih lagi Dato Husam, cuma lu kena lah pandai2 exposed kan perjuangan lu ini sebab lepas nih lu dah tak boleh direct jumpa Husam dah sebab ada lagi selapis org2 yang akan monitor isu royalti nih. Harap2 lu faham lah apa yg gua pesan pada lu nih Bro.

    oke Bai... FULLSTOP!

    ReplyDelete
  7. Nak tergelak gua baca komen2 ada yang buat cerita kihayat serinu satu malam rasa nak terlena.cerita syok sendiri ...macam ye2 jer

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...