Skip to main content

Cerita Gua 13


Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 | Siri 9 | Siri 10 | Siri 11 | Siri 12 | Siri 13


"Dah?"

"Ok dah. Cuba buka."

"Eh... caner nak tengok ni?" Polis X sound sambil tengok cermin pandang belakang.


Polis Y dah ketatkan gari kat tangan gua. Gari sebelah tangan kanan berada di atas 'buku lali' pergelangan tangan. Tapi gari sebelah tangan kiri berada di bawah 'buku lali'. Lu tengok la tangan memasing dan cari sendiri buku lali pergelangan tangan lu.


"Teori jer tuan... teori kalau terdesak jer."

"Ha la... macamana?"

"Gari yang sebelah kiri ni boleh la buka.. tapi gari sebelah kanan tak boleh buka."

"Macamana?"

"Patahkan tulang ibu jari ni.. dalam omputeh sebut dislocation kot."

"Tulang mana?"

"Ni pangkal kepada keseluruhan tulang ibu jari ni. Cabut dia dari soket asal, keluarkan gari, dan masukkan semula tulang ke dalam soket bila keadaan selesai."

"Boleh ke?"

"Entah..."

"Dah tu?"

Sengeh... 12htu5 2khty4 wxct678 jer beb. Kuang3.... 3 polis pun terus berminat membelek2 tangan mereka.... Hujan kejap lebat, kejap renyai di sepanjang jalan Gua Musang - Karak.

Pendek cerita gua sampai highway Karak. Tuan kol polis Bukit Aman maklumkan mereka sudah berada di Karak. Kalau gua, gua lulit beb. Kencing cakap dah berada kat jalan KL. Highway Karak satu lubang jer ma... bukan boleh caya keseluruhan kepada PDRM ni.. bocor maklumat kepada puak pelampau yang gua kat Highway Satu Lubang Karak, mampos.

"Singgah rumah saya dulu lah. Ambil barang sket. Alang2 tu..." Tuan tu bersuara. Gua ingat Tuan ni ada 2 rumah la. Satu maybe sewa kat Kelantan.

"OKT ada ni Tuan.."

"Bawak jer sekali. Bukan masuk rumah pun. Singgah kejap jer. Bukan penjenayah pun."

"Ok."

"Tahu jalan KL tak AdukaTaruna Semerah Padi?"

"Tahu 2% jer kot."

"2%? Tahu area mana?"

"Low Yat."

"Selain tu?"

"Boleh dikatakan tak tahu."

"Bagus.. anggap jer la kamu tak tahu rumah aku."

Kami singgah rumah Tuan dulu. Tak sampai 5 minit, terus blah menuju ke Bukit Aman.

"Bawak2 bersabar Rul. Bukit Aman kamu faham2la... driver pegawai polis Bukit Aman pun pandang rendah kat polis berpangkat dari luar."

Gua angguk dan senyum. Ya Allah, Lu sedang menyaksikan gua. Dan gua menyaksikan tiada Tuhan selain dari Lu. Kalau apa yang Lu rencanakan ini sebagai asbab seluruh masyarakat menggali fikrah gua, menggali sebab2 yang gua kemukakan betapa perlunya Hadi dijatuhkan demi sistem ciptaan Lu atau sehampir yang termampu kami capai, gua sanggup; dalam masa yang sama mohon dipermudahkan.

Kalau semua ini adalah satu bentuk kekuatan yang Lu mahu berikan kepada gua, mudahkanlah gua dan rakan2 gua. Kami tidak menentang Hadi dan kumpulannya kerana akhlak dan ibadah mereka kepada Lu. Tapi kami menentang mereka kerana satu tajuk penting perintah Lu. Serahkan sesuatu itu kepada ahlinya. Bukannya falsafah bidaah sesat Kepimpinan Ulama secara mutlak dan total.

Kereta Waja menghala ke Bukit Perdana. Itu pun sebab gua nampak sign board. Kalau gua nampak Sign Board tulis Manjung, memang secara wala' gua percaya gua berada di Manjung.

Gua masuk ke satu bangunan yang bertulis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Perdana, pada pukul lebih kurang 12 malam. 2 pengawal berada di pondok kawalan. Pemeriksaan ketat. Tuan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pengawal. Setelah disahkan, 2 pengawal membenarkan masuk.

"Rul... selesai semua ni, jangan lupa, kalau datang Kelantan, cari aku." Polis Y bersuara sambil cari tempat parking.

"Rul ada apa2 nak minta sebelum saya serahkan kamu?"

"Lain tiada Tuan. Nak buang air jer."

Gua keluar dari Waja dengan diringi oleh 3 polis dari JSJK IPD Pengkalan Chepa. Bergari. Menuju ke tempat yang gua tafsirkan sebagai lobi.

Dari jauh kelihatan kira2 10 pegawai polis Bukit Aman menanti gua. Mereka dalam lobi yang dipisahkan dengan cermin gelap. Gua nampak mereka, mereka terkial2 terjengok2 nak nampak gua. Muda2 semuanya. Tak berapa jelas berapa umur.

Gua menapak semakin hampir. Semakin jelas polis JSJK. Dalam versi novel, gua akan lukis bentuk gambaran beserta gambar dari sumber media dan rakan blogger untuk setiap situasi. Insyaallah.

Bila kami rapat, pintu utama terbuka sendiri. Ni kalau Melayu Felda Palong 16 tengok, terpegun dia dengan kerajaan BN nih. Kalau teknologi ni baru dipasang, sebulan keluar dalam RTM. Canggihnya Malaysia. Padahal, beli dan pasang. Bukan cipta dan jual.

Pintu terbuka... kira2 10 pegawai Bukit Aman berhadapan dengan 3+1 rombongan dari Kelantan. 10 pegawai JSJK, hanya 1 sahaja berumur lebih dari gua. Yang lain tafsiran gua berumur sebaya atau bawah gua. Budak2 nerd dari university. Pakai spek, rambut belah tengah masa sekolah dulu, sekarang sudah pandai pacak2.

3 dari mereka sedang merokok. Mata gua meliar melihat papan tanda larangan merokok untuk signalkan melalui anak mata gua. Nasib baik, tiada. Satu pegawai polis JSJK yang gua anggap paling nerd merokok dari dalam meja bahagian kuanter. Mangsa gua. Gemok dan berkaca mata.

Gua pandang rokok, pandang name tag. Pandang name tag, pandang rokok. 2 kali pandang jer, terus buang rokok walau masih suku dihisap.

"Ada surat?" Pegawai paling berpangkat pada anggapan gua ketika malam itu bersuara. Umur dalam sebaya dengan gua. Gua bagi nama Tuan II. Muka hensem. Ni kalau Kak Memot tengok, mesti cair punya nih. Nur, nanti pakcik lukis gambar dia dan jual kat Nur RM50. Ngee...

"OKT saya mahu ke tandas dulu." Tuan menjawab. Menunai janjinya untuk settlekan permintaan gua sebelum menyerahkan gua ke polis Bukit Aman.

"Bawa OKT ke tandas." Arah Tuan II.

Seorang pegawai sambut dan bawa gua ke tandas. Gua berlalu ke tandas sambil dipandang oleh kesemua polis di situ.

"Kejap." Arah Tuan II.

"Kamu ikut sekali." Arah Tuan II kepada seorang lagi pegawainya.

(bersambung....)

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.